8/10/12

Project Love Route

PROJECT LOVE ROUTE


What is Project Love Route?

Untuk tahu itu kita kena mendalami dan memahami apa itu love route. Dalam sesuatu percintaan pasti akan ada proses mengusha/ mentackle/ mengenali/ mengurat kan? Itulah love route. Dapat ke tak perempuan tersebut biasanya akan bergantung kepada sama ada love route korang baik atau hampeh. Love route itu biasanya dianggap berjaya kalau seseorang itu berjaya mendapatkan buah hatinya itu. 

Korang mesti fikir yang semua orang korang boleh dapat dengan love route yang sama kan? SALAH. Setiap orang memerlukan love route berbeza bedasarkan personaliti masing-masing. Lain orang, lainlah caranya.

Okay. Faham? Love route ni bergantung kepada beberapa benda penting. Antaranya,bilangan "meeting" atau "pertemuan" dengan orang tersebut. Ada yang memerlukan "meeting" yang sedikit untuk berjaya dan ada yang memerlukan "meeting" yang banyak. Bilangan meeting penting untuk perkenalkan diri kepada target kamu itu dan cara menambahkan rasa cinta dan minat si target kepada diri kamu. Tapi berhati-hati kerana "meeting" yang banyak mungkin menyebabkan target terlalu terbiasa dengan dirimu hingga menganggap kamu hanyalah sekadar kawan sahaja, manakala "meeting" yang sedikit akan menyebabkan kamu dianggap stranger.

Selain itu, ada juga benda yang aku namakan "event" atau "kejadian". Bila sesuatu "event" berlaku kepada target dan kamu menempuhnya bersama, pasti akan menambahkan rasa cinta dengan banyak. Sama ada "event" itu gembira ataupun sedih kalau digunakan dengan baik, pasti akan berjaya. Kalau "event" seperti salah faham atau pergaduhan dengan target berlaku, tak perlu risau sebab "event" yang negatif boleh dijadikan positif jika diaplikasikan dengan betul.

Lastly, ada benda yang aku namakan "confession" atau "pengakuan". Ini part yang paling penting dimana kau meluahkan perasaan kepada target. Part ini memerlukan mood dan setting yang baik dan juga perlukan si target untuk rasa cinta kat kau. Jangan sesekali luahkan terlalu awal dan jangan terlambat. Kalau boleh jangan buat masa "meeting" mahupun "event". "Confession" ini perlukan kau untuk sedar tahap kecintaan target kepada kau. Kalau kau tersilap, kau kemungkinan besar terlepas.

Kenapa aku buat post ni? Ok, lepas ni aku nak start post pasal ni. Project Love Route adalah projek yang aku startkan di mana aku akan post route-route yang aku tahu untuk dapatkan target mengikut personaliti mereka. Kalau diguna dengan betul, kemungkinan besar akan dapat target tersebut. So, please nantikan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

pesanan: Sila guna Love Route dengan baik dan jangan salahkan aku. Oh, dan jangan guna untuk mainkan perasaan orang.

Stinson: Dah nak raya woiiiiiiiii.

No comments:

Post a Comment