11/15/12

Dia.




Dia pernah bahagia tapi hanya seketika.


Dia tidak pernah akan melupakan seseorang itu. Seseorang yang pernah membahgiakan dia, meskipun seketika. Dia tidak pernah lupa setiap detik kebahagiaan yang pernah dia lalui dengan seseorang itu. Meskipun seseorang itu sentiasa membuat dia nangis, tapi dia tidak pernah ambil kisah tentang hal itu. Kerana cinta dia kepada seseorang itu sangat kuat. Dia terlalu sayangkannya sehingga dia tidak nampak kejahatan seseorang itu. 


Meskipun seseorang itu banyak kali tipu dia. Meskipun seseorang itu pernah meninggalkannya sebab orang ketiga. Meskipun seseorang itu telah melontarkan segala kata cacian. Meskipun seseorang itu selalu bagi dia harapan palsu. Meskipun seseorang itu tidak pernah pegang pada janji. Meskipun seseorang itu sentiasa membuat dia nangis. Dia tetap menyayanginya dengan sepenuh hati.


Sehingga suatu hari. Dia betul-betul rasa lemah. Dia betul-betul hilang kekuatan. Dia melepaskan seseorang itu meskipun hatinya meronta tidak mahu melepaskannya. Terlalu berat untuk diri dia melepaskan orang yang sangat dia sayangi. Dia cuba mempertahankan hubungan itu, tapi dia tidak mampu. Mungkin ini diapanggil tak ada jodoh. Mungkin. 


Sejak hal itu. Dia tidak pernah mempercayai istilah 'cinta'. 


Setiap hari, dia juba untuk 'move on'. Dia cuba berhenti hubungi seseorang itu. Dia cuba melupakan seseorang iitu. Dia cuba berhenti 'stalk' seseorang itu. Dia cuba untuk terima kenyataan. Dia cuba untuk bertahan dengan semua dugaan yang telah diberikan. Dia cuba untuk berfikiran positif. Dia cuba untuk tabahkan hati. Dia cuba tidak menangis sepanjang hari. Dia cuba untuk senyum. Dia cuba untuk gembira. Dia cuba mengawal perasaannya.


 Dia cuba. 


Dia tidak pernah berhenti mencuba.


Meskipun.


Kenangan lama sering menghampirinya. 











2 comments: