7/23/12

Remaja dan TIDUR

Assalammualaikum .

Hangat ke tak agak-agak topic yang MD nak sentuh ni? Topic ini dikemukan oleh brother ECHAM (http://www.facebook.com/EchamMagika) dan MD rasa topic ni sangat patut disentuh, dihuraikan dan dibahaskan.

Berdasarkan article yang MD pernah baca mengenai tidur, remaja dan belia memerlukan sekurang-kurangnya 5-7 jam tidur supaya fizikal dan mental kita dapat berehat dan menyediakan diri untuk menempuh hari seterusnya. Well, apa yang kita lihat sekarang, remaja dan belia zaman kini terlalu taksub dengan laman web-laman web sosial sehingga sanggup mengurangkan masa tidur mereka.


Wah wah wah. Adakah ini langkah yang bijak? I don't think so. Anda telahpun tersilap langkah. Dan kesan sampingan negatif yang bakal anda perolehi adalah lebih banyak dari yang anda jangkakan. Tanpa tidur yang mencukupi, kesan-kesan ini akan berlaku pada diri anda keesokkan harinya :

1- Mengantuk
2- Senang hilang tumpuan dalam apa jua aktiviti atau pekerjaan
3- Badan letih kerana tidak mendapat rehat yang mencukupi
4- Kemungkinan besar untuk bagun lewat pada keesokan hari
5- Mengakibatkan strees. Yes tidur yang kurang akan menyumbang kepada stress. Ini bukan satu anggapan tapi ia berdasarkan sumber kajian yang solid. Minda yang kurang rehat akan mengalami lebih banyak tekanan dari semasa ke semasa.
6- Akan mengakibatkan penampilan kita terjejas dari segi eye bag di bawah mata, jerawat yang tumbuh dan pelbagai lagi kesan sampingan pada kulit yang menandakan kita tidak tidur dengan secukupnya.
7- Senang mendapat sakit kepala.
8- Akan menyumbang kepada perubahan suara. Bukan perubahan suara bila matang tapi perubahan suara sebab tak cukup tidur.
9- Akan menjejaskan kesihatan kita dan memudahkan diri mendapat penyakit.

Tidak percaya? Do your research like i just did.


MD bukan nak condemn siapa-siapa yang tidur lewat. Tapi Md sekadar memberi teguran dan nasihat buat diri MD sendiri dan rakan-rakan di luar sana yang gemar tidur lewat. Maklum lah. Semua dah jadi burung hantu.

Okay jadi bersempena dengan topic ini. MD nak kongsi quote ni

Sleep is the best meditation.
Dalai Lama



Perhatian kepada semua yang bekerjaya burung hantu di malam hari. Cukupkan lah tidur anda demi kebaikan diri anda. 

Sleep is essential for us human being. Are you and owl or a human my friend?
-MidnightDweller

No comments:

Post a Comment