Showing posts with label attitude. Show all posts
Showing posts with label attitude. Show all posts

9/7/12

Underage boys with Older girls

Hellooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.
Telah agak terlalu lama menyepi.
Mungkin sebab dah sibuk dengan peperiksaan.
Hampir semua blogger dalam ni sibuk dengan SPM dan PMR.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok. Ke topik. Pendapat aku tentang orang lelaki yang lagi muda bercinta dengan orang perempuan yang lebih tua.

Bagi aku, biasanya orang lelaki yang lagi muda akan ada masalah kalau bercinta dengan perempuan lagi berusia. Firstly because, lelaki lambat matang. Ni fakta aktual dari pakar luar negara so jangan nak kata aku salah. Biasanya perempuan akan matang dulu dari lelaki dan kebiasaannya ini menimbulkan masalah bila berdepan masalah yang memerlukan si lelaki untuk menyelesaikan masalah tersebut. Of course ada exception contoh terbaik adalah Nabi kita tapi dia Nabi, kita manusia biasa. So kalau boleh elakkan usha awek lagi tua kalau sedar akal tu masih macam budak sepuluh tahun.

Second, senang jealous. K, aku tahu ni biasanya masalah perempuan bukan lelaki tapi biasanya lelaki kurang matang ni kurang kepercayaan diri oleh itu dia lagi sukar nak percaya orang lain, terutama sekali teman wanita yang lebih tua. This is sebab utama perempuan tak boleh handle bf yang lagi muda especially kalau bf tu jenis jealous tak bertempat.

Third, sosial aktiviti perempuan lagi tua. Ni rumit sedikit. Biasanya kalau korang tengok perempuan lagi tua ni lebih banyak bersosial dengan lelaki berbanding perempuan lagi muda kan? Itu perkara biasa. Tapi untuk lelaki yang lagi muda mungkin dia tengok rakan perempuan sebaya dia semua tak begitu bersosial dengan lelaki lagi tua seperti gf mereka. Ni akan membuat lelaki tu rasa terancam dan takut kerana gf mereka membuat sesuatu yang diluar kebiasaan mereka.

Fourth, kebodohan lelaki kurang usia. Lelaki yang muda ni biasanya *ehem* bodoh sikit. Standard lah lelaki tak cukup usia. Bila ilmu tak setanding dengan perempuan lagi tua, lelaki itu akan mudah terpengaruh dengan setiap gosip buruk pasal si gf. Ni akan mempercepatkan lagi proses perpisahan.

Ok tu je kot. Mungkin ada lagi tapi aku tak mengetahui. My advice is: Girls, look for older men. Kalau tak boleh advice aku adalah: Perempuan, belajar bersabar dengan sikap kurang matang si lelaki dan kepada lelaki, belajar percayakan si perempuan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Stinson says: Damn. Menyesal ambil Sains Perakaunan. Susah nak mampus. Oh, aku tulis ni sebab ada orang yang rapat dengan aku couple dengan budak lelaki lagi muda. Harap Lazer akan kembali bangkit semula.

8/2/12

Sluts.

SLUTS.

Today I was given the task of talking about sluts. Ini perkara sensitif yang aku lihat sudah semakin bertambah di kalangan remaja-remaja sekarang ini.

What are sluts? Bagi aku sluts merupakan perempuan yang merendahkan harga diri masing-masing semata-mata untuk mendapatkan perhatian orang disekeliling mereka. Mungkin cara pemakaian diorang, cara percakapan diorang or maybe cara pergaulan diorang. Sluts ini akan cuba buat perkara yang mengaibkan diri semata-mata untuk perhatian.

Kenapa seorang perempuan menjadi sluts?

Well, maybe kurang perhatian dari parents or family sendiri. Ini perkara biasa oleh keluarga yang kurang kasih sayang.

Of course ada juga faktor kebodohan diri dan mudah terpengaruh. Ini terjadi kepada perempuan yang kurang pelajaran. Keadaan mereka yang bodoh tu membuat mereka sangat senang terpengaruh dengan rakan-rakan mereka atau western culture.

Selain itu, ada juga perempuan yang personaliti dia memang sosialis, di mana dia perlukan perhatian orang untuk rasa diri bernilai. Perempuan jenis ini kadang kala sengaja ambil jalan mudah iaitu merendahkan harga diri sendiri semata-mata hendak perhatian orang.

My take on sluts? Kita kena kasihani mereka dan menasihati mereka. Mereka perlukan bimbingan kita semua. Boyfriend mana suka awek slut? Suami mana nak isteri slut? Sluts out there, please change yourself.

There is no need to sell yourself cheaply. Good guys love girls who are hard to get. Besides, if you are so easy to get, then you can also be easily thrown away.

Stinson: Dah nak bukaaaaaaaaaaaaa

7/23/12

Remaja dan TIDUR

Assalammualaikum .

Hangat ke tak agak-agak topic yang MD nak sentuh ni? Topic ini dikemukan oleh brother ECHAM (http://www.facebook.com/EchamMagika) dan MD rasa topic ni sangat patut disentuh, dihuraikan dan dibahaskan.

Berdasarkan article yang MD pernah baca mengenai tidur, remaja dan belia memerlukan sekurang-kurangnya 5-7 jam tidur supaya fizikal dan mental kita dapat berehat dan menyediakan diri untuk menempuh hari seterusnya. Well, apa yang kita lihat sekarang, remaja dan belia zaman kini terlalu taksub dengan laman web-laman web sosial sehingga sanggup mengurangkan masa tidur mereka.


Wah wah wah. Adakah ini langkah yang bijak? I don't think so. Anda telahpun tersilap langkah. Dan kesan sampingan negatif yang bakal anda perolehi adalah lebih banyak dari yang anda jangkakan. Tanpa tidur yang mencukupi, kesan-kesan ini akan berlaku pada diri anda keesokkan harinya :

1- Mengantuk
2- Senang hilang tumpuan dalam apa jua aktiviti atau pekerjaan
3- Badan letih kerana tidak mendapat rehat yang mencukupi
4- Kemungkinan besar untuk bagun lewat pada keesokan hari
5- Mengakibatkan strees. Yes tidur yang kurang akan menyumbang kepada stress. Ini bukan satu anggapan tapi ia berdasarkan sumber kajian yang solid. Minda yang kurang rehat akan mengalami lebih banyak tekanan dari semasa ke semasa.
6- Akan mengakibatkan penampilan kita terjejas dari segi eye bag di bawah mata, jerawat yang tumbuh dan pelbagai lagi kesan sampingan pada kulit yang menandakan kita tidak tidur dengan secukupnya.
7- Senang mendapat sakit kepala.
8- Akan menyumbang kepada perubahan suara. Bukan perubahan suara bila matang tapi perubahan suara sebab tak cukup tidur.
9- Akan menjejaskan kesihatan kita dan memudahkan diri mendapat penyakit.

Tidak percaya? Do your research like i just did.


MD bukan nak condemn siapa-siapa yang tidur lewat. Tapi Md sekadar memberi teguran dan nasihat buat diri MD sendiri dan rakan-rakan di luar sana yang gemar tidur lewat. Maklum lah. Semua dah jadi burung hantu.

Okay jadi bersempena dengan topic ini. MD nak kongsi quote ni

Sleep is the best meditation.
Dalai Lama



Perhatian kepada semua yang bekerjaya burung hantu di malam hari. Cukupkan lah tidur anda demi kebaikan diri anda. 

Sleep is essential for us human being. Are you and owl or a human my friend?
-MidnightDweller

12/7/11

Kawin dulu baru bercinta? Atau sebaliknya?

Assalammualaikum wbt semua. Maaf kami menyepi dalam jangka masa yang agak panjang. Well, kami bercuti.  Tapi dah kembali.

Trend sekarang. Bercinta baru kawin. Kononnya proses 'bercinta' ni proses mencari 'jodoh'. Tapi betul ke konsep ni? Dapat ke kita kecapi kebahagiaan nanti?

Tapi ada juga orang2 tua cakap. "jangan nak bercinta2. Belajar rajin2. Dapat kerja. Kawin. Barulah bercinta." Haaa... So, dalam hal ini. Kita kawin baru bercinta. Tapi konsep mana kah yang lebih baik? Yang lebih menjanjikan kita kebahagiaan apabila dah berumah tangga nanti?

Bila fikir2 balik kan. Setiap kaedah adalah untuk orang2 yang berbeza. Ada yang suka minum air pakai straw. Ada yang suka hirup dari cawan. Ada yang pakai piring bila air tu panas sangat. Kan?

SO, some goes here. Kita ikut konsep mana yang kita selese dan sesuai dengan. Jangan lah ambik satu konsep atau kaedah yang kita tak suka atau gemar. Tapi kalau mencuba tidak salah pun.

Bercinta sebelum kawin tu sebenarnya tak berapa digalakkan. Sebab orang bercinta ni macam2 boleh jadi. Terlanjur pun boleh berlaku. Namun istilah 'bercinta sebelum kawin' ni sebenarnya proses 'mengenali sebelum kawin'.

Kita nak pilih pasangan yang terbaik buat diri kita. Nak tahu dia yang kita perlukan tu macam mana? Dengan mengenali dia. Kan? SO, daripada buat maksiat apabila bercinta. Lebih baik kita kenal2 macam kenal kawan. Kalau berkenan. APA LAGI TUNGGU? KAWIN LAH !

HAHA. SO, kawin baru bercinta ni bagus. Kita kenal dulu. Sebagai kawan. Berkenan. Kawin. Lepas kawin. Dating lah puas2. Buat lah apa2 yang nak. Sebab hubungan tu dah jadi hubungan yang halal. Bercinta sebelum berkahwin ni bahaya sebab hubungan tu belum ada ikatan yang sah.

Jadi saranan MD adalah. Korang pilih lah konsep 'Kawin dulu baru bercinta'. Namum kene paham betul2 konsep ni. Bukan main melulu kata. Macam mana nak kawin kalau tak cinta/kenal? Padahal kita kenal dia sebelum kawin tapi proses 'bercinta' ni yang kita letak di selepas pernikahan .


Cinta boleh membutakan kita. Mengheret kita kelembah maksiat. Persahabatan boleh menyuluhkan hidup. Membantu meringankan segala sesusahan.
-Midnight Dweller

10/7/11

Keterlanjuran dalam hubungan dan langkah selepas itu

Assalamualaikum readers. Memang da lame aku tak post, maaf yee. Aku manusia biase yg penuh dugaan dlm hidup. Aku penah susa, korang pon kan? so chill lah :) Topik yg diberi ketelanjuran dalam hubungn dan langkah selepas itu, quite hard lahh kan..

Da terlanjur satu dosa then tak kan korang nak buat dosa lagi kan? Better way if da terlanjur tu bertaubat lah. Be responsible, tak kire side perempuan or side lelaki, due2 kena tanggungjawap sebab yang buat korang, tu lah time seronok dulu tak hingat kan? hahha :D

Kalau korang nasib baik, mungkin tak ade lah zuriat haha then after that jangan buat lagi plak, takot jadi habit korang tapi if ade, tolong lah set mind korang yang first step jangan lari or gugurkan zuriat tuu. Korang bole bayangkan tak if mak bapak korang buat korang cmtu dulu then korang buat kat baby tu pulakk...err kejamm noo..aku tak kate parents korang terlanjur tapi kalau dorang buang korang, gugurkan korang , kau ingt kau ade sekarang nih? :) so fikir sebelum buat ehh.

Manusia tuhan dah bagi cukup perasaan, tak hade manusia yang tak ade perasaan kesian and simpati. Yang buang2 baby sume nih ade perasaan ke? Hahaha jawapan bukan pade aku. Fikir lah semula if ade yg penah buat, jangan buat lagi..tolong lahh. Tak ade agama yang menggalakkan perlakuan cmni sebelum kawen. Tapi kalau da gatal sangatt, kawen jek ahahha :D

Lastly, before doing something sama ade baik atau sebaliknye, fikir ibu bapa, family. Maruah sangatt berharga dalam hidup lagi2 perempuan. Lelaki dye buat or tak, orang tak tahu tapi perempuan yang tanggung malu bile jalan perut kat depan dulu so fikir eh fikir..

Itu je yang Ell dapat share dgn korang, maafkn sala Ell kalau betol Ell ade buat salaa, buat korang terase and kecikk hati dgn pendapat Ell. Tanggungjawap manusia kan ingtkan orang lainn..

Jangan sia kan hidup remaja dengan malapetaka..
Enjoy your life as long as youu stay away from alcohol, drugss, and obviously sex..
By: Hati Dunia 

TUDUNG dan perempuan ; APA KATA MD

Assalammualaikum. Sorry aku dah lama xpost. Agak busy lately. LAZER USER sendiri dah makin menyepi buat mase ni. Buat mase ni lah. Akan datang. InsyaALLAH active balik. So, nanti-2 kan.

Post kali ni aku nak tegur/cakap/mention pasal TUDUNG. Yes, TUDUNG. I'm sure all of you know what tudung is. Lagi-2 kaum hawa. Tudung itu satu bahan atau pemakaian bagi perempuan terutama yang ISLAM.

Makin hari aku lihat makin ramai gaya tudung zaman kini. Alhamdulillah. Ada juga perubahan dan perkembangan. SO, kaum hawa xde lah bosan kan pakai tudung yang sama setiap masa. Betul tak?

Tapi korang jangan main pakai tudung dan main beli je. Korang perlu ingat bahawa tudung itu adalah untuk menutup aurat anda. Termasuk bahagian dada. Jangan lah pakai tudung parasnya lagi atas dari dada.

Aku sebagai seorang dari kaum adam rasa wajar bagi aku untuk menegur. Jangan lah pakai tudung tpi parasnya atas dari dada(tidak menutup dada).

Dan kalau dah pakai tudung tu . Pakai lah pakaian yang sopan. Ni pakai tudung pastu pakai baju tak de lengan lah. Ketak-2 lah. Sendat-2 lah. MasyaALLAH.

Tapi kegunaan tudung masa ni dah makin mengecewakan . yes, terAMAT mengecewakan. Aku lihat ramai perempuan zaman sekarang ni suka FREEHAIR. Memperlihatkan rambut dan aurat mereka dikalangan awam.

Tapi yang aku pelik. Korang tahu perbuatan itu dosa. Tapi masih korang buat. Knpa? Tak takot dosa? Tak takut azab neraka?

Jangan sia-sia kan kehidupan anda.
Dan ternyata. Bagi kaum adam.
Kami lebih nampak anda manis berTUDUNG.
By; MidnightDweller

PERUBAHAN ITU SATU KONSEP KEHIDUPAN

9/25/11

Step Up Or Shut Up.

Hey, blogger-blogger sekalian. Stinson di sini. Kali ini Stinson dapat idea post dari cerita Step Up 3 bhahaha. Nak cerita pasal 2 benda:

1)Decisions in our life
2)Expressing our self.

Yang no. 2 aku nak buat kat post lain.

DECISIONS IN OUR LIFE.

Ok. Decision atau bahasa melayunya keputusan. Setiap hari dalam hidup kita akan ada masa kita perlu buat keputusan. Dari perkara remeh macam apa yang kita nak makan kepada perkara yang penting seperti sama ada nak pindah sekolah atau tidak, sama ada mahu terima seseorang atau tidak dan sebagainya.

Ada beberapa sebab yang membuatkan kita tak mampu buat satu keputusan.

Adakalanya dalam hidup kita akan berdepan masa yang kita fikir kita tiada pilihan. I don't have any choice. Ekcuali kita sentiasa ada pilihan. Ingat: we are in control of our own life. Kita sentiasa ada pilihan. Cuma mungkin kita tak perasan akan pilihan yang ada waktu itu. Oleh itu, jika kita berdepan masalah seperti ini, berhenti seketika dan tarik nafas panjang kemudian menimbangkan semula pilihan-pilihan lain.

Selain itu, ada juga masa kita berdepan dengan pilihan-pilihan yang sukar dalam hidup kita. Mungkin kerana risiko yang tinggi dan sebagainya atau mungkin kerana ketakutan tentang apa yang akan terjadi dengan keputusan yang dibuat. Kadang-kadang kita takut nak buat keputusan oleh itu kita ambil keputusan untuk tak membuat sebarang keputusan. Tapi kita kena ingat, the biggest decision in life are the hardest. Biasanya, keputusan-keputusan yang sukar ini boleh mengubah hidup kita. Oleh itu, kita tak boleh lari dari membuat keputusan. Kita perlu mengambil masa dan membuat keputusan yang tepat dan berdoa agar keputusan itu boleh membawa kebaikan untuk kita.

---------------------------------------------------------------------------

stinson: telah buat keputusan yang gila. akan ku beritahu dia aku cintakannya.

pesanan: segala keputusan di tangan kita. buatlah keputusan yang tepat.

8/20/11

Controversy



hahaha. awesome funny song. ok. lagu ni merepek terlalu banyak. aku cuma nak point out pasal kontroversi dalam lagu ni. Penyanyi sudah tentu korang kenal kan? Eminem, Marshall Mathers, Slim Shady memang terkenal dgn kontroversi. ok, bagi korang yang tak suka kontroversi korang kena sedar yang hidup korang kalau takde kontroversi sikit mesti boring kan? HAHAHA.

Everybody needs a little controversy. Aku agree gila dengan ayat ni. Kalau asyik relax je dan hidup takde apa-apa buruk berlaku asyik perkara baik sahaja, mesti perkara baik tu jadi bosan juga kan? So, kontroversi sikit takpelah, tapi kena pandai la jaga. Banyak sangat kontroversi nnti orang cakap apa pulak kan? Boleh berkontroversi cuma jangan banyak sangat nnti rosakkan prestasi anda. Bak kata Melodi kat TV3 'kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi'. 'kurangkan' bukan 'hilangkan; :D

So jangan takut sangat dengan kontroversi. Sebab kontroversi macam percintaan, persahabatan, pertemuan dan perpisahan, kontroversi turut mewarnai hidup kita. Bukan nak suruh korang mendabik dada dengan kontroversi tapi cuma nak suruh korang jangan terlalu rejectkan kontroversi. So, renung-renungkan dan selamat beramal :)

BLOGGER YANG PENUH KONTROVERSI,
MISTER STINSON :P

8/19/11

KARMA.

Ok. Today, aku nak cakap ngan korang tentang sesuatu yang dipanggil karma. Karma adalah konsep dimana bila kita buat perkara baik kita akan di balas baik dan jika kita buat perkara jahat kita akan di balas dengan perkara yang tak diingini.

Mengupas lebih lanjut dalam al-quran ada juga nyatakan, the Koran states that the good or bad fortunes that befall man are the results of God's reactions to man's own actions as shown from part 28 (Surat Al-Qasas), part 3 (Surat Al-Imran), and part 30 (Surat Al-Ruum). ok aku rembat ni dari wikipedia :P. So. bagi mereka-mereka yang suka mendengki orang lain tu, bawak-bawak la bertaubat. Tak de faedah pun kau dengki orang lain nanti karma pusing balik ada orang dengki kau pulak, kan dah susah?

Ok, karma juga boleh berlaku dalam percintaan. Contoh: kau curang kat awek kau tu, paling-paling pun nanti kau akan break dgn dia dan kalau nasib kau tak baik, awek seterusnya akan curang kat kau pulak. hahaha. amacam? best? seronok? jangan main-main dengan karma. nanti sendiri yang susah.

Lepas ni, kalau nak buat sesuatu yang tak baik dok dulu dan fikir 'kalau aku kena macam ni apa akan jadi kat aku?'. Kalau orang itu yang start dulu baik kita buat tak tau je, insyaallah karma akan pusing balik kat dia. Haters only hate when they are jealous of you.



P/S I think karma is making me fall in love again :)



THE BLOGGER THAT BLOGS,
MISTER STINSON