Showing posts with label announcement. Show all posts
Showing posts with label announcement. Show all posts

9/7/12

Journal Lazer SEP2012

Assalammualaikum wbkt.

Rindu MD dengan blog ni. Dah lama mengidam nak pot macam-macam article tapi tak berkesempatan. Tapi tidak mengapa. Akan datang  pasti akan ada banyak post dari kami. Kenapa? Sebab 80% daripada crew kami akan melangkah keluar dari penjara persekolahan. JYEAH !

Dan seperti biasa, jari MD dan Mister Stinson akan rancak menari-nari di atas keyboard yang berhabuk ni. Rasanya Stinson dah ada banyak project article untuk korang semua. Dan yang pasti MD akan pastikan ada article-article daripada yours-truly untuk buat santapan jiwa korang yang buas buana tu.

What's hot?

Lazer User Igniting List September 2012

1. PROJECT LOVE ROUTE oleh STINSON. Sangat teruja dengan initiatif Sang Stinson yang bakal merungkai perjalanan-perjalanan percintaan. #A MUST READ

Link : Project Love Route - Intro

2. Lazer User's Female crews. We have 3 hot chicks here but none of them are for you. Haha. Korang jangan nak miang-miang dekat blog ni. Baca blog ni untuk belajar bermiang di luar boleh. Bermiang dengan writer kami? See my fist here? Female crew are off limit. Semua dah kene booking. *evil grin. And like i said. They are hot, hot and hot. 

3. PROJECT YOUTUBE ! Yeah , you heard it right. Lazer User kini memasuki gelanggang youtube. Our first openhouse-made video is a cover of Kau Harus Ada by Hujan. #A MUST SEE



4. PROJECT mythDWELLER. Apa itu mythDWELLER? wah wah wah. Project ni bakal merungkai misteri-misteri dan propaganda yang kita tidak terfikir oleh fikiran akal kita sendiri. Kerana tidak sedar dan tidak pernah kisah. Walaupun bunyinya macam MD rungkai kan benda yang remeh-temeh. Tapi kalau MD tak rungkaikan. Siapa lagi yang nak buat kan? 



What's next? The Upcoming List 

1. A TALKSHOW ON YOUTUBE called LazerUser VLOG ! Yeah baby ! We're more than just a blog now. Kami ada initiatif baru. Misi baru. Dan kebenaran yang baru untuk dikongsi dengan jiwa-jiwa yang membaca dan menonton kami di blog mahupun youtube. Akan datang lebih banyak lagi yang kami akan offer kepada anda semua seperti COVER LAGU, SHORT FILM, ORIGINAL SONGS? Macam makan burger kan? Complete satu set kasiatnya. Ada semua dalam satu channel. SUBSCRIBE>LIKE>SHARE

Link : LazerUserCrew

2. More crew! Yes, kami dah semakin berkembang. Blog tambah youtube equal lebih banyak crew. Do the math. Kami dah add beberapa orang crew baru dan akan datang akan ada lagi new recruit. Dengan cerita another HOT CHICK. WOAH! 


LAZER USER is running some changes around here. The crew are getting awesomer! Stay tune for more.
-Midnight Dweller-


12/7/11

Kawin dulu baru bercinta? Atau sebaliknya?

Assalammualaikum wbt semua. Maaf kami menyepi dalam jangka masa yang agak panjang. Well, kami bercuti.  Tapi dah kembali.

Trend sekarang. Bercinta baru kawin. Kononnya proses 'bercinta' ni proses mencari 'jodoh'. Tapi betul ke konsep ni? Dapat ke kita kecapi kebahagiaan nanti?

Tapi ada juga orang2 tua cakap. "jangan nak bercinta2. Belajar rajin2. Dapat kerja. Kawin. Barulah bercinta." Haaa... So, dalam hal ini. Kita kawin baru bercinta. Tapi konsep mana kah yang lebih baik? Yang lebih menjanjikan kita kebahagiaan apabila dah berumah tangga nanti?

Bila fikir2 balik kan. Setiap kaedah adalah untuk orang2 yang berbeza. Ada yang suka minum air pakai straw. Ada yang suka hirup dari cawan. Ada yang pakai piring bila air tu panas sangat. Kan?

SO, some goes here. Kita ikut konsep mana yang kita selese dan sesuai dengan. Jangan lah ambik satu konsep atau kaedah yang kita tak suka atau gemar. Tapi kalau mencuba tidak salah pun.

Bercinta sebelum kawin tu sebenarnya tak berapa digalakkan. Sebab orang bercinta ni macam2 boleh jadi. Terlanjur pun boleh berlaku. Namun istilah 'bercinta sebelum kawin' ni sebenarnya proses 'mengenali sebelum kawin'.

Kita nak pilih pasangan yang terbaik buat diri kita. Nak tahu dia yang kita perlukan tu macam mana? Dengan mengenali dia. Kan? SO, daripada buat maksiat apabila bercinta. Lebih baik kita kenal2 macam kenal kawan. Kalau berkenan. APA LAGI TUNGGU? KAWIN LAH !

HAHA. SO, kawin baru bercinta ni bagus. Kita kenal dulu. Sebagai kawan. Berkenan. Kawin. Lepas kawin. Dating lah puas2. Buat lah apa2 yang nak. Sebab hubungan tu dah jadi hubungan yang halal. Bercinta sebelum berkahwin ni bahaya sebab hubungan tu belum ada ikatan yang sah.

Jadi saranan MD adalah. Korang pilih lah konsep 'Kawin dulu baru bercinta'. Namum kene paham betul2 konsep ni. Bukan main melulu kata. Macam mana nak kawin kalau tak cinta/kenal? Padahal kita kenal dia sebelum kawin tapi proses 'bercinta' ni yang kita letak di selepas pernikahan .


Cinta boleh membutakan kita. Mengheret kita kelembah maksiat. Persahabatan boleh menyuluhkan hidup. Membantu meringankan segala sesusahan.
-Midnight Dweller

8/29/11

Let's Celebrate ; HARI RAYA !

Kalau kat kampung. Dah meriah dengan bunyi mercun. Berwarna-warni dengan colour bunga api. Yes. Itu lah suasana hari raya di kampung.

Sangat unik. Sangat diingati. Dan sangat teristimewa. Why? Sebab ia satu perayaan of course ! Macam perayaan-2 yang lain di Malaysia. Hari Raya ini sangat unik.

Kerana ia menghidupkan kembali tradisi peninggalan nenek moyang kite. Itu lah yang uniknya tentang Malaysia. Kaya dengan budaya dan tradisi bangsa.

Well, back to the title. Marilah kite rayakan hari raya kali ini dengan semangat patriotik ! sebab sehari lepas raya. Kite celebrate Our National day. Kan kan kan?

Korang perasan tak. Hari raya kali ni agak sepi sikit. Aku lalu kawasan perkampungan. Dah tak meriah macam dulu. Aku lalu kawasan bandar. Lagilah kecewa.

Mane pergi semangat raya semua? YES. Semua. Melayu, cina, india dan semua bangsa di Malaysia. Dulu kita meriah sebagai 1 Malaysia. Semua sambut raya sama-2.

Enjoy sama-2. Tapi tahun ni 65% berbeza dari tahun lepas(buat mase ni dari pandangan mata aku). Tak kan sebab bunga api dah susah nak cari korang hilang semangat nak raya?

It's not about fireworks nor money. It's about sharing and caring. Jumpe sedara mara. Jumpe jiran-2. Jumpe kawan-2. And it's about tradision.

RAYA oh raya. Anyway, bagi yang balik kampung tu. Have a save journey pergi dan balik. Jangan lupe kami yang tak berpeluang ke kampung tahun ini.

Let's celebrate eid with an open heart and a wider range of friends and family.
BY;Midnight Dweller

8/14/11

Lazer User: Permulaan

Ok. Nervous boleh tak? Haha. Apakah Lazer User?

Lazer User bermaksud dan membawa definisi mulut lazer pengguna blog tentang segala masalah yang remaja lalui sekarang ni. Sama ada masalah sekolah, cinta, kawan-kawan dan pelbagai lagi perkara yang akan kami huraikan pendapat. Ya, kami. Lazer User bukan ada seorang pengguna tapi ramai. Kami still tengah recruit. Kami masih muda dan remaja. Mungkin akan ada yang kata kami belum matang tapi rasanya hanya remaja sahaja yang memahami perasaan dan naluri remaja. Jadi jika anda ada masalah anda boleh tinggalkan comment anda dan kami akan cuba berikan nasihat.

Sekian,
Mister Stinson.