10/18/11

Puitis dan... Kebodohan.

Maafkan aku, bahasa aku kasar dari bahasa biasa.
Kata-kataku terselit bisa.
Bagai ular berbisa,
kata-kata ku boleh membunuh jua.

Ya kini zaman sudah maju.
Semua begerak laju.
Kain sudah mula hilang dari baju.
Ya, otak orang sekarang sudah hilang seteru.
Larangan tuhan sudah diabai walau telah diseru.

Aku pandang kanan aku nampak dosa,
alihkan pandangan ke kiri tapi nampak perkara yang sama.
Orang suka dapat dosa secara percuma.
Mungkin syaitan sudah memekakkan telinga.
Mungkin mata sudah buta.
tidak dilihat mampu didengar dosa.
Aku sangat hampa,
dengan saudara-saudaraku di dunia.

Mata aku kini luas terbuka,
Tidak mahu hanya jadi kaya-raya di dunia,
akhirat juga yang selamanya.
Kini aku mampu lihat kebesaran Yang Maha Esa.
Selama ini aku alpa.
Berfantasi dalam kesesatan dunia.
Aku ini hanya manusia yang bodoh lagi hina.
Tapi tiap hari aku pinta,
Untuk harta halal, kawan warak, dan orang yang layak dicinta.
Aku berserah kepadaNya kerana hanya dia tentukan segala.

Telah pelbagai yang aku lalui dalam hidup ini.
Kawan tikam belakang, hati disakiti dan dicelakai.
Kadang-kadang aku fikir lebih baik aku mati.
Tolong jangan salah tafsir puisi ini,
Niatku baik dan suci.
Tapi siapa aku untuk menasihati?

Aku tahu aku hanya manusia yang sering lupa diri.
Ya, aku sering kufur nikmat.
Tapi bukankah kamu semua sama seperti diri ini.
oleh itu mari ikut aku sama-sama cari kebahagiaan akhirat.

Aku tidak bebas dari cacat-cela.
Aku cuma cuba menjelma sebagai ahli syurga.
Dalam dunia ini aku bersyukur dengan apa yang ada.
Nama yang dipanggil adalah Perawan Gila,
Moga puisi ini boleh menyentuh hati yang meronta.

No comments:

Post a Comment