12/7/11

Kawin dulu baru bercinta? Atau sebaliknya?

Assalammualaikum wbt semua. Maaf kami menyepi dalam jangka masa yang agak panjang. Well, kami bercuti.  Tapi dah kembali.

Trend sekarang. Bercinta baru kawin. Kononnya proses 'bercinta' ni proses mencari 'jodoh'. Tapi betul ke konsep ni? Dapat ke kita kecapi kebahagiaan nanti?

Tapi ada juga orang2 tua cakap. "jangan nak bercinta2. Belajar rajin2. Dapat kerja. Kawin. Barulah bercinta." Haaa... So, dalam hal ini. Kita kawin baru bercinta. Tapi konsep mana kah yang lebih baik? Yang lebih menjanjikan kita kebahagiaan apabila dah berumah tangga nanti?

Bila fikir2 balik kan. Setiap kaedah adalah untuk orang2 yang berbeza. Ada yang suka minum air pakai straw. Ada yang suka hirup dari cawan. Ada yang pakai piring bila air tu panas sangat. Kan?

SO, some goes here. Kita ikut konsep mana yang kita selese dan sesuai dengan. Jangan lah ambik satu konsep atau kaedah yang kita tak suka atau gemar. Tapi kalau mencuba tidak salah pun.

Bercinta sebelum kawin tu sebenarnya tak berapa digalakkan. Sebab orang bercinta ni macam2 boleh jadi. Terlanjur pun boleh berlaku. Namun istilah 'bercinta sebelum kawin' ni sebenarnya proses 'mengenali sebelum kawin'.

Kita nak pilih pasangan yang terbaik buat diri kita. Nak tahu dia yang kita perlukan tu macam mana? Dengan mengenali dia. Kan? SO, daripada buat maksiat apabila bercinta. Lebih baik kita kenal2 macam kenal kawan. Kalau berkenan. APA LAGI TUNGGU? KAWIN LAH !

HAHA. SO, kawin baru bercinta ni bagus. Kita kenal dulu. Sebagai kawan. Berkenan. Kawin. Lepas kawin. Dating lah puas2. Buat lah apa2 yang nak. Sebab hubungan tu dah jadi hubungan yang halal. Bercinta sebelum berkahwin ni bahaya sebab hubungan tu belum ada ikatan yang sah.

Jadi saranan MD adalah. Korang pilih lah konsep 'Kawin dulu baru bercinta'. Namum kene paham betul2 konsep ni. Bukan main melulu kata. Macam mana nak kawin kalau tak cinta/kenal? Padahal kita kenal dia sebelum kawin tapi proses 'bercinta' ni yang kita letak di selepas pernikahan .


Cinta boleh membutakan kita. Mengheret kita kelembah maksiat. Persahabatan boleh menyuluhkan hidup. Membantu meringankan segala sesusahan.
-Midnight Dweller

No comments:

Post a Comment