9/7/11

Lelaki kahwin empat (versi lelaki)

Amacam? Ada sihat ke? Haha, sebenarnya ni assignment Stinson tapi aku rembat sebab aku terlebih rajin. Maklumlah, pasal blog mesti rajin sentiasa. Balik kepada topik utama yang hendak dibincangkan, kahwin empat.

Sebenarnya, kita sebagai lelaki mesti bangga kalau boleh kahwin empat kan? Ye lah, pepatah inggeris mengatakan bahawa 'the more the merrier' kan? Apa barang kahwin sorang, kahwin ramai la baru power.

Aku bukan nak mengutuk (sebenarnya memang nak kutuk pun) tapi ramai lelaki sekarang yang sebelum kahwin dah pasang dua tiga. Memang power. Backup plan. Haha. Tapi biasanya nnti mesti salah seorang diketepikan dan salah sorang didahulukan. Adil kan? Kalau sebelum kahwin pun tak boleh adil, ingat dah kahwin nanti boleh adil? Sorry but I don't think so la.

Bagi aku kalau kau boleh adil dan saksama macam hakim kat mahkamah boleh la kahwin empat. Tapi hakim pun kadang-kadang ter-tak-adil apatah lagi korang yang tak ada training dalam keadilan ni kan? HAHA. Yang baru selalu didahulukan dan yang lama diliwatkan. Oops, salah dilewatkan.

Ooh, one more thing. Bila lelaki nak kahwin baru mulalah nak jadi ustad yang belajar di Mesir atau Jordan. Pelbagai sunah dan hadis dikeluarkan. Alasan nak ikut mcam Nabi junjungan kita kan? Wah, halim sungguh, sembahyang penuh tak? Sembahyang sunat takyah cakap la kan, sembahyang yang wajib pun belum tentu korang tunaikan.

Daripada korang guna duit korang untuk kahwin lagi satu baik korang bawa bini korang ke Umrah atau Haji. Lagi besar pahalanya. Kata nak ikut Nabi junjungan kita kan?

One more thing, kalau korang nak juga kahwin lagi satu jangan lupa ajak aku. Aku suka makan free.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

PERAWAN GILA!

No comments:

Post a Comment