Showing posts with label byPerawanGila. Show all posts
Showing posts with label byPerawanGila. Show all posts

10/26/11

Hello.

Hello.

My name is PG.

PG 13.

Just kidding.

Name is Perawan Gila.

I know top part not funny.

But please fake laughter.

Ok. Cukuplah aku tunjuk kepintaran aku dalam berjenaka. Aku tahu aku lagi kelakar dari kumpulan BerSepah dan Jozan. Aku nak cerita kat korang dan kemungkinan beri tips dalam mengucapkan first hello ataupun first contact dengan si dia.

Ok. First of all, kau pakai baju lawa-lawa. Stylekan diri itu sedikit. Tiada orang dalam dunia ini yang amalkan 'Don't judge a book by its cover'. Percayalah. Baju dengan style yang diaplikasikan dengan betul sangat membantu. Kalau kau selekeh macam orang yang tiada rumah siapapun takkan nak layan kau, silap-silap orang itu call rumah kebajikan suruh ambil kau.

Secondly, perangai. Kalau muka kau macam tahi, kau mesti jaga perangai. Ini disebabkan kerana ada pepatah menyatakan 'kita boleh cuba mencantikkannya dengan apa cara sekalipun namun tahi tetap tahi'. So, kalau kau dah macam tahi kau mesti tonjolkan nilai-nilai murni kau. Contohnya berani, gagah, sopan-santun, etc. Lagi bonus kalau mukan hensem/cantik dan memiliki perangai yang baik.

Furthermore, kau perlu tahu apa yang ingin dibualkan. Kalau kau cuma tahu nak cakap 'hello' dan kemudian hancur baik kau pegi mati. Cari perkara yang senang dibualkan seperti hal artis, lagu terbaru dan sebagainya. Elakkan bertanya perkara personal macam 'single ke?', 'mak ayah awak garang tak?', 'duduk kat mana?', etc. Oh, sangat digalakkan anda elakkan berbual pasal perkara seperti politik, ekonomi dan perkara-perkara yang sehubungan dengannya.

Other than that, kau kena relax. Act natural. Jangan gabra sangat. But jangan friendly sangat sampai melampaui batasan. Kita kena act cool walau jantung berdegup dengan kencang sekali.

Ok, rasanya sampai sini je tips yang boleh aku beri. Semoga berjaya dan jangan sakit hati jika tidak berjaya.

p.s: selamat datang kepada ahli baru NSM. Akulah senior kau yang paling patut kau hormat.

p.s.s: semua malas nak post sebab exam.

p.s.s.s:bestnye meniru masa exam ^_^

10/10/11

Mak ai! Terlanjur tu! Nak buat apa kalau terlanjur?

Ahohoi! Hari ni nak cerita pasal terlanjur. Terlanjur apa? Terlanjur di atas katil la!

Hoho. Seronok kan? Best? Itukan tanda kita sayang sangat-sangat kat kekasih kita so, tak salah la kan?

Tapi,

Yang perempuan bila perut dah mengembung, period pun dah terhenti apa mau buat? Taubat? Insaf?

Sorry tapi anda terlambat. Sepatutnya anda fikir sebelum buat. Ni tak. Nak syok sepuluh minit tapi nak tanggung sembilan bulan.

Tanggung? Tanggung apa? Tanggung malu! Tanggun hina! Tanggung pandangan orang!

Tapi,

Kalau dah bijak sangat, mula lah nak tambah dosa. Mulalah cari tempat gugur. Haish. Tak cukup zina, nak dosa bunuh kandungan pula? Wah, ni macam calon penghuni neraka je.

Atau,

Kalau nak lagi bijak, ada juga yang tak gugur. Tapi, bila bayi lahir bayi itu terus di tidurkan di dalam tong sampah, longkang dan sebagainya. Wah, ni memang bijak. Albert Einstein pun kalah tau. Tanggung bayi itu sembilan bulan tapi bila dah lahirkan buang je? Tiada perasaan betul.

Sepatutnya,

Kau kena bawa berbincang benda ni. Jangan ingat kau boleh handle sendiri. Kalau jantan tu lari, bincang ngan parents kau. Of course bayi tu tidak boleh digugurkan dan mungkin kau terlalu muda untuk jaga bayi itu oleh itu kau boleh mencari pusat kebajikan untuk menyerahkan bayi itu. Tak pun cari pasangan suami isteri yang tak boleh nak hasilkan anak walau dah banyak kali cuba (tak macam kau, cuba terus dapat) dan serahkan anak kau. Mesti dia hargai dan jaga anak kau betul-betul.

Yang lelaki pula,

Wow, hebat sungguh kau. Sejahat-jahat, sesetan-setan aku pun, aku tak pernah terlanjur.

Terlanjur pukul orang, terlanjur ponteng sekolah pernahlah tapi terlanjur di atas katil tak pernah.

So, aku nak ucap syabas kat korang yang berjaya terlanjur ni. Kau da berjaya tempah tiket ke neraka jahanam.

Paling-paling, kalau kau dah terlanjur kau bertanggungjawab la. Jaga minah tu. Kahwin dengan dia. Lepas tu bila dia dah beranak, bela anak tu sama-sama.

Tapi,

Malang sekali, lelaki sekarang lebih suka lari dari tanggungjawab mereka. Haish, berani buat berani tanggung boleh tak? Haha.

Aku buat post ni bukan nak mengutuk korang yang dah alami dan bukan nak menggalakkan korang untuk buat. Cuma nak beritahu korang yang korang sentiasa ada pilihan. Jangan terburu-buru buat keputusan yang bodoh. Dah buat, beranilah tanggung, jangan jadi pengecut.

Sudah cukup penat aku mencoret.
Harap tidak akan dicaci dan dicerca.
Walau otakku agak senget.
Harap berguna untuk para pembaca.
Aku tak suka pakai baju ketat,
Akulah PERAWAN GILA!

9/19/11

Surat Pengenalan.

Assalamualaikum.. kehadapan Najoha Insaq yang cantik lagi lawa orangnya. Semoga awak terus cemerlang dalam pelajaran dan sihat tubuh badan. Saya tahu awak mungkin agak risau akan peperiksaan PMR yang akan bermula tidak lama lagi.Tapi relax la sebentar dan baca surat ini.

Awak mungkin agak terkejut untuk menerima sepucuk surat dari saya. Sebenarnya saya pun tak nak surat-menyurat tapi disebabkan saya tiada nombor telefon awak, saya mengambil keputusan untuk menulis surat kepada awak. Tujuan sebenar surat saya adalah untuk berkenalan dengan awak dengan lebih rapat.

Nama saya Ismail Rajoli Bin Najib Tengah Botak atau saya lebih dikenali sebagai Perawan Gila di kalangan rakan-rakan yang rapat dengan saya. Saya seorang pelajar di Tingkatan 4 Cipan.. erk, maksud saya 4 Cemerlang. Awak mesti pelik macam mana saya boleh minat awak kan? Sebenarnya, dulu awak pernah maki hamun saya sebab makan bersepah kat kantin. Tapi takpe, saya tak kisah sebab saya tahu awak hanya menjalankan tugas awak sebagai seorang pengawas.

Sejak awak maki hamun saya, saya asyik termenung seorang diri, makan tak berselera, mandi tak basah dan haus tak minum. Setiap kali saya tidur saya akan termimpi awak memaki hamun saya. Suara awak yang nyaring tatkala memaki saya itu masih dapat saya ingat dengan jelas.

Disebabkan saya sentiasa mengingati awak, saya mengambil keputusan untuk menambahkan maklumat tentang awak. Oleh itu saya mula mengekori awak di sekolah. Saya bukan seorang stalker tapi saya cuma ingin tahu. Hasil pengekoran saya, saya telah mendapat tahu bahawa awak dalam kelas 3 Dungu dan keputusan percubaan awak adalah 2B 4C 1D 1E. Rupanya awak taklah pandai mana tapi bila kita sudah rapat nnti saya berjanji akan mengajar awak untuk membantu awak bersedia untuk PMR.

Selain itu, saya juga dapat tahu bahawa awak sedang single sekarang. Wah, tak sangka orang secantik awak pun boleh single. Tapi, percayalah, saya bukan nak usha awak, saya cuma nak berkawan sahaja. Tetapi kalau sudah jodoh kita berdua, nak buat macam mana kan? Kehkehkeh.

Untuk pengetahuan awak, saya ni pun agak 'hot' orangnya. Ramai dah awek yang nakkan saya tapi saya tolak cinta mereka sebab saya nak fokus kepada pelajaran. Saya juga seorang yang lebih bijak dari awak. Tak percaya? Percubaan PMR saya tahun lepas saya dapat 2a 2b 3c 1d. Saya juga sangat suka mempertahankan orang yang saya sayang. Kalau ada orang kacau awak nanti, awak terus beritahu saya. Nanti saya pukul orang tersebut. Memang untung kalau kenal dengan saya tau.

Saya tahu sebagai seorang pengawas sekolah, awak tak suka pelajar yang melanggar peraturan disiplin. Sebenarnya, saya selalu melanggar peraturan di sekolah. Ia seperti hobi saya. Setiap hari saya mesti buat sekurang-kurangnya tiga kesalahan. Tapi saya janji jika awak sudi berkenalan dengan saya, lepas ini saya tidak akan lagi melanggar peraturan sekolah. Malah saya sanggup menyertai pengawas demi awak.

Saya berharap awak balas surat saya ni dan sudi berkenalan dengan saya. Niat saya murni, tiada niat tersembunyi. Atau awak nak advance sikit dan terus contact saya melalui phone, nombor saya adalah 016-6666666 . Akhir kata, saya berikan serangkap pantun.

Gendang gendut tali kecapi,
Harap awak sudi berkenalan nanti.


Yang Kacak,
PERAWAN GILA!

9/11/11

Mentaliti Serupa Ba Alif Ba Ya (Babi)

Hai, follower blog sekalian. Aku bosan dan mulalah berblogging ni.

Blog kali ini aku nak story pasal, jeng jeng jeng: Playboy. Sebenarnya aku rasa Midmalam Dweellleer tak berapa nak faham hati seorang playboy. Meh, aku story kasi terang sikit.

Lelaki secara azali lahir sudah mempunyai nafsu yang buas bagai binatang buas di hutan. Sesetengah lelaki (kebanyakan) zaman sekarang ni aku lihat da bagai binatang jantan yang membawa penyakit H1N1 yang hidup di hutan. Ye la, iman tak kuat. Sembahyang wajib tu, haish. Tak yah la story kan?

Balik kepada cerita asal, binatang itu suka mengawan. Kalau diadaptasi ke dalam hidup manusia mengawan ni sama dengan mengusha, so memang tak de beza la kan? Lelaki pun ramai yang suka proses mengusha sahaja, lepas usha malas nak jaga. Binatang itu pun lepas da mengawan malas nak jaga da.

Selepas perempuan tu sudah puas di mainkan, lelaki itu mulakan proses mencari lain. Samalah dengan binatang itu, lepas puas mengawan terus cari betina lain. Yup, memang sama. Mentaliti yang sama. Lelaki sebegini tak suka tanggungjawab menjaga hati si perempuan, samalah dengan binatang tersebut, selepas mengawan taknak ambil kisah pasal si betina lagi.

Sebenarnya playboy dengan binatang ini tiada beza sangat pun, cuma dari segi paras rupa sahaja. Boleh teka tak binatang apa? Ya, binatang itu adalah BABI. Bagi aku play boy ni metaliti serupa babi. Maaf terkasar bahasa tapi ini la kebenarannya. Dan aku rasa ramai yang setuju dengan pemikiran aku ni.

PERAWAN GILA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

9/7/11

Lelaki kahwin empat (versi lelaki)

Amacam? Ada sihat ke? Haha, sebenarnya ni assignment Stinson tapi aku rembat sebab aku terlebih rajin. Maklumlah, pasal blog mesti rajin sentiasa. Balik kepada topik utama yang hendak dibincangkan, kahwin empat.

Sebenarnya, kita sebagai lelaki mesti bangga kalau boleh kahwin empat kan? Ye lah, pepatah inggeris mengatakan bahawa 'the more the merrier' kan? Apa barang kahwin sorang, kahwin ramai la baru power.

Aku bukan nak mengutuk (sebenarnya memang nak kutuk pun) tapi ramai lelaki sekarang yang sebelum kahwin dah pasang dua tiga. Memang power. Backup plan. Haha. Tapi biasanya nnti mesti salah seorang diketepikan dan salah sorang didahulukan. Adil kan? Kalau sebelum kahwin pun tak boleh adil, ingat dah kahwin nanti boleh adil? Sorry but I don't think so la.

Bagi aku kalau kau boleh adil dan saksama macam hakim kat mahkamah boleh la kahwin empat. Tapi hakim pun kadang-kadang ter-tak-adil apatah lagi korang yang tak ada training dalam keadilan ni kan? HAHA. Yang baru selalu didahulukan dan yang lama diliwatkan. Oops, salah dilewatkan.

Ooh, one more thing. Bila lelaki nak kahwin baru mulalah nak jadi ustad yang belajar di Mesir atau Jordan. Pelbagai sunah dan hadis dikeluarkan. Alasan nak ikut mcam Nabi junjungan kita kan? Wah, halim sungguh, sembahyang penuh tak? Sembahyang sunat takyah cakap la kan, sembahyang yang wajib pun belum tentu korang tunaikan.

Daripada korang guna duit korang untuk kahwin lagi satu baik korang bawa bini korang ke Umrah atau Haji. Lagi besar pahalanya. Kata nak ikut Nabi junjungan kita kan?

One more thing, kalau korang nak juga kahwin lagi satu jangan lupa ajak aku. Aku suka makan free.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

PERAWAN GILA!

9/3/11

Antara Cinta dan Pengorbanan.

Waaaaaaa, cuti raya dah nak habis :'(. Blog ni pun da mula bagi assignment =='.

Today I want to talk about orang yang sanggup beri segalanya demi cinta.

Ok, sebenarnya aku tak suka orang yang buat ni.

Kau nak buat apa sahaja atas nama CINTA? Mana kau tau cinta tu tahan lama?

Sekarang ramai sangat remaja yang sanggup bagi apa sahaja demi benda bernama cinta ni, baik si perempuan mahupun yang lelaki.

Yang perempuan sanggup nak gadai maruah dan nyawa untuk lelaki yg tak tentu akan bertanggungjawab ke atas apa-apa yang mungkin berlaku kat perempuan itu.

Yang lelaki pula sanggup nak gadai wang dan masa belajar untuk perempuan yg tak tentu akan jadi isteri. Sanggup nak buat part-time semata-mata nak cari duit utk belikan hadiah atau keluar date dgn si perempuan dan part-time tu membakar masa belajar si lelaki dan akhirnya keputusan peperiksaannya hampeh.

Sebenarnya dalam cinta memang perlukan pengorbanan. Tapi kita kena tau la pengorbanan yang mcm mana. Ni tak, semua benda nak dikorbankan sampai nyawa sendiri pun nak korbankan.

Biasanya perempuan bila lelaki minta break nanti mulalah dia mencarut pasal nak bunuh diri tapi sekarang aku tengok kaum lelaki pun ada juga yang buat ugut-ugut nak bunuh diri. Haish. Ape nak jadi? Cetek sangat pemikiran korang. Putus cinta tak bermakna dunia da kiamat. Kita muda lagi, banyak benda lagi yang belum kita tengok dan buat. So, buat apa nak bunuh diri?

Banyak lagi benda yg aku blh kupas pasal ni tapi oleh sebab jam menunjukkan pukul 2 pagi dan mata pun mngantuk, aku berhenti kat sini dulu. Kalau rajin aku sambung.

PERAWAN GILA~