9/3/11

Antara Cinta dan Pengorbanan.

Waaaaaaa, cuti raya dah nak habis :'(. Blog ni pun da mula bagi assignment =='.

Today I want to talk about orang yang sanggup beri segalanya demi cinta.

Ok, sebenarnya aku tak suka orang yang buat ni.

Kau nak buat apa sahaja atas nama CINTA? Mana kau tau cinta tu tahan lama?

Sekarang ramai sangat remaja yang sanggup bagi apa sahaja demi benda bernama cinta ni, baik si perempuan mahupun yang lelaki.

Yang perempuan sanggup nak gadai maruah dan nyawa untuk lelaki yg tak tentu akan bertanggungjawab ke atas apa-apa yang mungkin berlaku kat perempuan itu.

Yang lelaki pula sanggup nak gadai wang dan masa belajar untuk perempuan yg tak tentu akan jadi isteri. Sanggup nak buat part-time semata-mata nak cari duit utk belikan hadiah atau keluar date dgn si perempuan dan part-time tu membakar masa belajar si lelaki dan akhirnya keputusan peperiksaannya hampeh.

Sebenarnya dalam cinta memang perlukan pengorbanan. Tapi kita kena tau la pengorbanan yang mcm mana. Ni tak, semua benda nak dikorbankan sampai nyawa sendiri pun nak korbankan.

Biasanya perempuan bila lelaki minta break nanti mulalah dia mencarut pasal nak bunuh diri tapi sekarang aku tengok kaum lelaki pun ada juga yang buat ugut-ugut nak bunuh diri. Haish. Ape nak jadi? Cetek sangat pemikiran korang. Putus cinta tak bermakna dunia da kiamat. Kita muda lagi, banyak benda lagi yang belum kita tengok dan buat. So, buat apa nak bunuh diri?

Banyak lagi benda yg aku blh kupas pasal ni tapi oleh sebab jam menunjukkan pukul 2 pagi dan mata pun mngantuk, aku berhenti kat sini dulu. Kalau rajin aku sambung.

PERAWAN GILA~

No comments:

Post a Comment