8/20/11

KARYA WAKTU MALAM.

Untuk sesuatu yang tak pasti sanggup ditunggu,
Untuk mereka yang pergi sanggup termanggu,
Sakit sediri, sendiri yang tahu,
Dipandang sinis oleh orang yang mahu tahu.

Siapa salah? Siapa sakit lebih?
Siapa marah? Siapa sedih?
Kau yang salah, kau yang sakit lebih.
kau kena marah, kau sahaja sedih.

Cukuplah seksa diri.
Janganlah menyendiri.
Dia tak layak untuk diri ini.
hidup mesti berani.
ubah diri.

Teruskan hidup dan cuba berjaya.
Tunjukkan dia kau mampu berjaya.
Tunjukkan kau mampu kaya-raya,
dan tetap bahagia.

Cari orang lain.
Jangan dipermain.
Jangan main-main.

Sudah bahagia,
nanti pasti kita lupa,
tentang waktu kita berduka.
tentang hati yang terluka.

Dan mungkin dia akan kembali.
Tatkala dia disakiti.
Pada waktu itu kau boleh pergi.
Meniggalkan dia menyendiri.
Kerana bagimu dia sudah mati.
Salah dia sendiri,
Berani menyakiti diri ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pesanan: bukan nak menghasut tapi kalau orang itu dah sakiti kita sebegitu teruk, janganlah terima dia semula.

Stinson: Da lama benar tak post kat sini. Terasa rindu pula. Maaf kalau tak berapa sempurna karya ku ini, aku bukan ahli dewan bahasa.

STINSON

No comments:

Post a Comment