9/7/11

Pendapat Tentang Lelaki Kahwin Empat

Hello guyss. Da lame ta post kt blog niy. Baru dapat assignment so ade la subjek nak dibincangkan. Back to topic kat atas tu, lelaki kahwin empat..? Rasa rasa perempuan setuju tak dengan topik ni? Even kalau korg yg baca ni still skola or rasa mcm jauh lagi pasal kahwin2 ni tapi ni preparation untuk masa depan (:

Aku sebagai perempuan mesti lah sekerasnye ta mahu kalau lelaki kahwin empat nihh. Nak buat apa kahwin banyak2 if yang sorang tu pon korg tinggal-tinggalkan? Memang betol kata pepatah 'sayang anak ditangan-tangankan, sayang isteri ditinggal-tinggalkan' tapi kalau da smpi abai tanggungjawab korang, ape benda tuu ?

Jadilah lelaki yang bertanggungjawab atas segala kewajipannya. Kalau korang kahwin lagi sebab korang kesiankan nasib janda-janda atau pun wanita yang susah kehidupannya, cukup mulia lah hati korang sebab nak membela nasib mereka. Tapi jangan gunakan nama agama untuk berkahwin. Bila bab kahwin, pandai plak menurut Islam tapi bila bab sembahyang , beribadat , kewajipan , ta menurut Islam pulakk. Aku pantang dengar lelaki kata 'dalam Islam bole kahwin empat' aduhh sakit hati aku..

Even korang mampu sekalipon, ta perlulah na kahwin lagi. Percaya lah , yang pertama sentiasa jadi yang terbaikk. Jangan lah kahwin lagi kerana kecantikannya sebab kecantikan bole membinasakannya. Jangan pulak kahwin lagi sebab hartanya kerana boleh jadi hartanya itu penyebab dia derhaka pada si suami.

Tapi kalau korang still na kahwin lagi atas tujuan yang baik dan bukan kerana nafsu , nikahi lah dia, jaga lah dia, sayangi dan cintai lah dia seperti isteri yang lain. Jangan membezakan kasih sayang korang even korang sorokkan , perempuan mudah terasa dan tambahan lgi dia isteri korang.

Akhir sekali sebelum aku sudahh kan entry nih , aku nak kongsi dengan korang sesuatu yg aku pernah baca dan aku selalu ingat..Nikahi lah wanita itu kerana kecantikannya yang tidak didedahkan, keturunannya, dan agamanyaa..

Itu sahaja entry kali ni , maafkn aku kalau ada yang tidak sependapat atau membantah..(:

by hati dunia

No comments:

Post a Comment