Showing posts with label marriage. Show all posts
Showing posts with label marriage. Show all posts

12/7/11

Kawin dulu baru bercinta? Atau sebaliknya?

Assalammualaikum wbt semua. Maaf kami menyepi dalam jangka masa yang agak panjang. Well, kami bercuti.  Tapi dah kembali.

Trend sekarang. Bercinta baru kawin. Kononnya proses 'bercinta' ni proses mencari 'jodoh'. Tapi betul ke konsep ni? Dapat ke kita kecapi kebahagiaan nanti?

Tapi ada juga orang2 tua cakap. "jangan nak bercinta2. Belajar rajin2. Dapat kerja. Kawin. Barulah bercinta." Haaa... So, dalam hal ini. Kita kawin baru bercinta. Tapi konsep mana kah yang lebih baik? Yang lebih menjanjikan kita kebahagiaan apabila dah berumah tangga nanti?

Bila fikir2 balik kan. Setiap kaedah adalah untuk orang2 yang berbeza. Ada yang suka minum air pakai straw. Ada yang suka hirup dari cawan. Ada yang pakai piring bila air tu panas sangat. Kan?

SO, some goes here. Kita ikut konsep mana yang kita selese dan sesuai dengan. Jangan lah ambik satu konsep atau kaedah yang kita tak suka atau gemar. Tapi kalau mencuba tidak salah pun.

Bercinta sebelum kawin tu sebenarnya tak berapa digalakkan. Sebab orang bercinta ni macam2 boleh jadi. Terlanjur pun boleh berlaku. Namun istilah 'bercinta sebelum kawin' ni sebenarnya proses 'mengenali sebelum kawin'.

Kita nak pilih pasangan yang terbaik buat diri kita. Nak tahu dia yang kita perlukan tu macam mana? Dengan mengenali dia. Kan? SO, daripada buat maksiat apabila bercinta. Lebih baik kita kenal2 macam kenal kawan. Kalau berkenan. APA LAGI TUNGGU? KAWIN LAH !

HAHA. SO, kawin baru bercinta ni bagus. Kita kenal dulu. Sebagai kawan. Berkenan. Kawin. Lepas kawin. Dating lah puas2. Buat lah apa2 yang nak. Sebab hubungan tu dah jadi hubungan yang halal. Bercinta sebelum berkahwin ni bahaya sebab hubungan tu belum ada ikatan yang sah.

Jadi saranan MD adalah. Korang pilih lah konsep 'Kawin dulu baru bercinta'. Namum kene paham betul2 konsep ni. Bukan main melulu kata. Macam mana nak kawin kalau tak cinta/kenal? Padahal kita kenal dia sebelum kawin tapi proses 'bercinta' ni yang kita letak di selepas pernikahan .


Cinta boleh membutakan kita. Mengheret kita kelembah maksiat. Persahabatan boleh menyuluhkan hidup. Membantu meringankan segala sesusahan.
-Midnight Dweller

10/7/11

Keterlanjuran dalam hubungan dan langkah selepas itu

Assalamualaikum readers. Memang da lame aku tak post, maaf yee. Aku manusia biase yg penuh dugaan dlm hidup. Aku penah susa, korang pon kan? so chill lah :) Topik yg diberi ketelanjuran dalam hubungn dan langkah selepas itu, quite hard lahh kan..

Da terlanjur satu dosa then tak kan korang nak buat dosa lagi kan? Better way if da terlanjur tu bertaubat lah. Be responsible, tak kire side perempuan or side lelaki, due2 kena tanggungjawap sebab yang buat korang, tu lah time seronok dulu tak hingat kan? hahha :D

Kalau korang nasib baik, mungkin tak ade lah zuriat haha then after that jangan buat lagi plak, takot jadi habit korang tapi if ade, tolong lah set mind korang yang first step jangan lari or gugurkan zuriat tuu. Korang bole bayangkan tak if mak bapak korang buat korang cmtu dulu then korang buat kat baby tu pulakk...err kejamm noo..aku tak kate parents korang terlanjur tapi kalau dorang buang korang, gugurkan korang , kau ingt kau ade sekarang nih? :) so fikir sebelum buat ehh.

Manusia tuhan dah bagi cukup perasaan, tak hade manusia yang tak ade perasaan kesian and simpati. Yang buang2 baby sume nih ade perasaan ke? Hahaha jawapan bukan pade aku. Fikir lah semula if ade yg penah buat, jangan buat lagi..tolong lahh. Tak ade agama yang menggalakkan perlakuan cmni sebelum kawen. Tapi kalau da gatal sangatt, kawen jek ahahha :D

Lastly, before doing something sama ade baik atau sebaliknye, fikir ibu bapa, family. Maruah sangatt berharga dalam hidup lagi2 perempuan. Lelaki dye buat or tak, orang tak tahu tapi perempuan yang tanggung malu bile jalan perut kat depan dulu so fikir eh fikir..

Itu je yang Ell dapat share dgn korang, maafkn sala Ell kalau betol Ell ade buat salaa, buat korang terase and kecikk hati dgn pendapat Ell. Tanggungjawap manusia kan ingtkan orang lainn..

Jangan sia kan hidup remaja dengan malapetaka..
Enjoy your life as long as youu stay away from alcohol, drugss, and obviously sex..
By: Hati Dunia 

9/7/11

Lelaki kahwin empat (versi lelaki)

Amacam? Ada sihat ke? Haha, sebenarnya ni assignment Stinson tapi aku rembat sebab aku terlebih rajin. Maklumlah, pasal blog mesti rajin sentiasa. Balik kepada topik utama yang hendak dibincangkan, kahwin empat.

Sebenarnya, kita sebagai lelaki mesti bangga kalau boleh kahwin empat kan? Ye lah, pepatah inggeris mengatakan bahawa 'the more the merrier' kan? Apa barang kahwin sorang, kahwin ramai la baru power.

Aku bukan nak mengutuk (sebenarnya memang nak kutuk pun) tapi ramai lelaki sekarang yang sebelum kahwin dah pasang dua tiga. Memang power. Backup plan. Haha. Tapi biasanya nnti mesti salah seorang diketepikan dan salah sorang didahulukan. Adil kan? Kalau sebelum kahwin pun tak boleh adil, ingat dah kahwin nanti boleh adil? Sorry but I don't think so la.

Bagi aku kalau kau boleh adil dan saksama macam hakim kat mahkamah boleh la kahwin empat. Tapi hakim pun kadang-kadang ter-tak-adil apatah lagi korang yang tak ada training dalam keadilan ni kan? HAHA. Yang baru selalu didahulukan dan yang lama diliwatkan. Oops, salah dilewatkan.

Ooh, one more thing. Bila lelaki nak kahwin baru mulalah nak jadi ustad yang belajar di Mesir atau Jordan. Pelbagai sunah dan hadis dikeluarkan. Alasan nak ikut mcam Nabi junjungan kita kan? Wah, halim sungguh, sembahyang penuh tak? Sembahyang sunat takyah cakap la kan, sembahyang yang wajib pun belum tentu korang tunaikan.

Daripada korang guna duit korang untuk kahwin lagi satu baik korang bawa bini korang ke Umrah atau Haji. Lagi besar pahalanya. Kata nak ikut Nabi junjungan kita kan?

One more thing, kalau korang nak juga kahwin lagi satu jangan lupa ajak aku. Aku suka makan free.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

PERAWAN GILA!

Pendapat Tentang Lelaki Kahwin Empat

Hello guyss. Da lame ta post kt blog niy. Baru dapat assignment so ade la subjek nak dibincangkan. Back to topic kat atas tu, lelaki kahwin empat..? Rasa rasa perempuan setuju tak dengan topik ni? Even kalau korg yg baca ni still skola or rasa mcm jauh lagi pasal kahwin2 ni tapi ni preparation untuk masa depan (:

Aku sebagai perempuan mesti lah sekerasnye ta mahu kalau lelaki kahwin empat nihh. Nak buat apa kahwin banyak2 if yang sorang tu pon korg tinggal-tinggalkan? Memang betol kata pepatah 'sayang anak ditangan-tangankan, sayang isteri ditinggal-tinggalkan' tapi kalau da smpi abai tanggungjawab korang, ape benda tuu ?

Jadilah lelaki yang bertanggungjawab atas segala kewajipannya. Kalau korang kahwin lagi sebab korang kesiankan nasib janda-janda atau pun wanita yang susah kehidupannya, cukup mulia lah hati korang sebab nak membela nasib mereka. Tapi jangan gunakan nama agama untuk berkahwin. Bila bab kahwin, pandai plak menurut Islam tapi bila bab sembahyang , beribadat , kewajipan , ta menurut Islam pulakk. Aku pantang dengar lelaki kata 'dalam Islam bole kahwin empat' aduhh sakit hati aku..

Even korang mampu sekalipon, ta perlulah na kahwin lagi. Percaya lah , yang pertama sentiasa jadi yang terbaikk. Jangan lah kahwin lagi kerana kecantikannya sebab kecantikan bole membinasakannya. Jangan pulak kahwin lagi sebab hartanya kerana boleh jadi hartanya itu penyebab dia derhaka pada si suami.

Tapi kalau korang still na kahwin lagi atas tujuan yang baik dan bukan kerana nafsu , nikahi lah dia, jaga lah dia, sayangi dan cintai lah dia seperti isteri yang lain. Jangan membezakan kasih sayang korang even korang sorokkan , perempuan mudah terasa dan tambahan lgi dia isteri korang.

Akhir sekali sebelum aku sudahh kan entry nih , aku nak kongsi dengan korang sesuatu yg aku pernah baca dan aku selalu ingat..Nikahi lah wanita itu kerana kecantikannya yang tidak didedahkan, keturunannya, dan agamanyaa..

Itu sahaja entry kali ni , maafkn aku kalau ada yang tidak sependapat atau membantah..(:

by hati dunia