Showing posts with label APA KATA MD. Show all posts
Showing posts with label APA KATA MD. Show all posts

7/23/12

Remaja dan TIDUR

Assalammualaikum .

Hangat ke tak agak-agak topic yang MD nak sentuh ni? Topic ini dikemukan oleh brother ECHAM (http://www.facebook.com/EchamMagika) dan MD rasa topic ni sangat patut disentuh, dihuraikan dan dibahaskan.

Berdasarkan article yang MD pernah baca mengenai tidur, remaja dan belia memerlukan sekurang-kurangnya 5-7 jam tidur supaya fizikal dan mental kita dapat berehat dan menyediakan diri untuk menempuh hari seterusnya. Well, apa yang kita lihat sekarang, remaja dan belia zaman kini terlalu taksub dengan laman web-laman web sosial sehingga sanggup mengurangkan masa tidur mereka.


Wah wah wah. Adakah ini langkah yang bijak? I don't think so. Anda telahpun tersilap langkah. Dan kesan sampingan negatif yang bakal anda perolehi adalah lebih banyak dari yang anda jangkakan. Tanpa tidur yang mencukupi, kesan-kesan ini akan berlaku pada diri anda keesokkan harinya :

1- Mengantuk
2- Senang hilang tumpuan dalam apa jua aktiviti atau pekerjaan
3- Badan letih kerana tidak mendapat rehat yang mencukupi
4- Kemungkinan besar untuk bagun lewat pada keesokan hari
5- Mengakibatkan strees. Yes tidur yang kurang akan menyumbang kepada stress. Ini bukan satu anggapan tapi ia berdasarkan sumber kajian yang solid. Minda yang kurang rehat akan mengalami lebih banyak tekanan dari semasa ke semasa.
6- Akan mengakibatkan penampilan kita terjejas dari segi eye bag di bawah mata, jerawat yang tumbuh dan pelbagai lagi kesan sampingan pada kulit yang menandakan kita tidak tidur dengan secukupnya.
7- Senang mendapat sakit kepala.
8- Akan menyumbang kepada perubahan suara. Bukan perubahan suara bila matang tapi perubahan suara sebab tak cukup tidur.
9- Akan menjejaskan kesihatan kita dan memudahkan diri mendapat penyakit.

Tidak percaya? Do your research like i just did.


MD bukan nak condemn siapa-siapa yang tidur lewat. Tapi Md sekadar memberi teguran dan nasihat buat diri MD sendiri dan rakan-rakan di luar sana yang gemar tidur lewat. Maklum lah. Semua dah jadi burung hantu.

Okay jadi bersempena dengan topic ini. MD nak kongsi quote ni

Sleep is the best meditation.
Dalai Lama



Perhatian kepada semua yang bekerjaya burung hantu di malam hari. Cukupkan lah tidur anda demi kebaikan diri anda. 

Sleep is essential for us human being. Are you and owl or a human my friend?
-MidnightDweller

12/7/11

Kawin dulu baru bercinta? Atau sebaliknya?

Assalammualaikum wbt semua. Maaf kami menyepi dalam jangka masa yang agak panjang. Well, kami bercuti.  Tapi dah kembali.

Trend sekarang. Bercinta baru kawin. Kononnya proses 'bercinta' ni proses mencari 'jodoh'. Tapi betul ke konsep ni? Dapat ke kita kecapi kebahagiaan nanti?

Tapi ada juga orang2 tua cakap. "jangan nak bercinta2. Belajar rajin2. Dapat kerja. Kawin. Barulah bercinta." Haaa... So, dalam hal ini. Kita kawin baru bercinta. Tapi konsep mana kah yang lebih baik? Yang lebih menjanjikan kita kebahagiaan apabila dah berumah tangga nanti?

Bila fikir2 balik kan. Setiap kaedah adalah untuk orang2 yang berbeza. Ada yang suka minum air pakai straw. Ada yang suka hirup dari cawan. Ada yang pakai piring bila air tu panas sangat. Kan?

SO, some goes here. Kita ikut konsep mana yang kita selese dan sesuai dengan. Jangan lah ambik satu konsep atau kaedah yang kita tak suka atau gemar. Tapi kalau mencuba tidak salah pun.

Bercinta sebelum kawin tu sebenarnya tak berapa digalakkan. Sebab orang bercinta ni macam2 boleh jadi. Terlanjur pun boleh berlaku. Namun istilah 'bercinta sebelum kawin' ni sebenarnya proses 'mengenali sebelum kawin'.

Kita nak pilih pasangan yang terbaik buat diri kita. Nak tahu dia yang kita perlukan tu macam mana? Dengan mengenali dia. Kan? SO, daripada buat maksiat apabila bercinta. Lebih baik kita kenal2 macam kenal kawan. Kalau berkenan. APA LAGI TUNGGU? KAWIN LAH !

HAHA. SO, kawin baru bercinta ni bagus. Kita kenal dulu. Sebagai kawan. Berkenan. Kawin. Lepas kawin. Dating lah puas2. Buat lah apa2 yang nak. Sebab hubungan tu dah jadi hubungan yang halal. Bercinta sebelum berkahwin ni bahaya sebab hubungan tu belum ada ikatan yang sah.

Jadi saranan MD adalah. Korang pilih lah konsep 'Kawin dulu baru bercinta'. Namum kene paham betul2 konsep ni. Bukan main melulu kata. Macam mana nak kawin kalau tak cinta/kenal? Padahal kita kenal dia sebelum kawin tapi proses 'bercinta' ni yang kita letak di selepas pernikahan .


Cinta boleh membutakan kita. Mengheret kita kelembah maksiat. Persahabatan boleh menyuluhkan hidup. Membantu meringankan segala sesusahan.
-Midnight Dweller

10/7/11

TUDUNG dan perempuan ; APA KATA MD

Assalammualaikum. Sorry aku dah lama xpost. Agak busy lately. LAZER USER sendiri dah makin menyepi buat mase ni. Buat mase ni lah. Akan datang. InsyaALLAH active balik. So, nanti-2 kan.

Post kali ni aku nak tegur/cakap/mention pasal TUDUNG. Yes, TUDUNG. I'm sure all of you know what tudung is. Lagi-2 kaum hawa. Tudung itu satu bahan atau pemakaian bagi perempuan terutama yang ISLAM.

Makin hari aku lihat makin ramai gaya tudung zaman kini. Alhamdulillah. Ada juga perubahan dan perkembangan. SO, kaum hawa xde lah bosan kan pakai tudung yang sama setiap masa. Betul tak?

Tapi korang jangan main pakai tudung dan main beli je. Korang perlu ingat bahawa tudung itu adalah untuk menutup aurat anda. Termasuk bahagian dada. Jangan lah pakai tudung parasnya lagi atas dari dada.

Aku sebagai seorang dari kaum adam rasa wajar bagi aku untuk menegur. Jangan lah pakai tudung tpi parasnya atas dari dada(tidak menutup dada).

Dan kalau dah pakai tudung tu . Pakai lah pakaian yang sopan. Ni pakai tudung pastu pakai baju tak de lengan lah. Ketak-2 lah. Sendat-2 lah. MasyaALLAH.

Tapi kegunaan tudung masa ni dah makin mengecewakan . yes, terAMAT mengecewakan. Aku lihat ramai perempuan zaman sekarang ni suka FREEHAIR. Memperlihatkan rambut dan aurat mereka dikalangan awam.

Tapi yang aku pelik. Korang tahu perbuatan itu dosa. Tapi masih korang buat. Knpa? Tak takot dosa? Tak takut azab neraka?

Jangan sia-sia kan kehidupan anda.
Dan ternyata. Bagi kaum adam.
Kami lebih nampak anda manis berTUDUNG.
By; MidnightDweller

PERUBAHAN ITU SATU KONSEP KEHIDUPAN

9/25/11

Sayang VS Cinta :APA KATA MD

Sayang itu apa? Cinta itu apa? Bagi korang mungkin ianya satu perasaan yang sama. Yes, sayang dan cinta tu sama. Tapi kenyataan nya tidak . Sayang dan cinta itu sangat berbeza .

Sayang itu satu perasaan care atau ambil berat dekat sesiapa saja dalam hidup kita. Kita boleh sayang sesiapa saja kita nak. Bila kita kata kita sayang. Mesti kita nak ambil berat kan? Sebab kenyataan nya sayang satu luahan bagi maksud saya ambil berat tentang awak.

Mat salleh cakap : i care about you. Ade ke kita cakap : eh, saya sangat ambil berat pasal awak ? Tak ada kan? HAHA. Sebab kenyataan nya. Kita cakap : saya sayang awak. Perasaan sayang itu boleh kita lahirkan sendiri. Kita boleh control.

Tapi sangat berbeza pula dengan cinta. Cinta itu love. Yes, love bukan sayang. Tapi love itu cinta. Cinta ini suci. Sesuatu yang istimewa. Perasaan yang teramat istimewa yang tiba2 muncul dalam diri untuk seorang saja.

Yes cinta ini hanya untuk seorang pada satu masa. Tapi malangnya, cinta dianggap sama dengan sayang kerana perkataan love. LOVE is complicated. Tapi kalau kita cuba untuk memahaminya. Kita akan.

Jadi, sayang lah seberapa banyak orang yang korang nak dalam satu masa. Just korang kene tahu. Cinta itu hanya untuk seorang. Sangat berbeza dua maksud perkataan tu.


CINTA hanya seorang. Sayang seberapa banyak insan yang korang mahu. 
BY;Midnight Dweller