9/25/11

Sayang VS Cinta :APA KATA MD

Sayang itu apa? Cinta itu apa? Bagi korang mungkin ianya satu perasaan yang sama. Yes, sayang dan cinta tu sama. Tapi kenyataan nya tidak . Sayang dan cinta itu sangat berbeza .

Sayang itu satu perasaan care atau ambil berat dekat sesiapa saja dalam hidup kita. Kita boleh sayang sesiapa saja kita nak. Bila kita kata kita sayang. Mesti kita nak ambil berat kan? Sebab kenyataan nya sayang satu luahan bagi maksud saya ambil berat tentang awak.

Mat salleh cakap : i care about you. Ade ke kita cakap : eh, saya sangat ambil berat pasal awak ? Tak ada kan? HAHA. Sebab kenyataan nya. Kita cakap : saya sayang awak. Perasaan sayang itu boleh kita lahirkan sendiri. Kita boleh control.

Tapi sangat berbeza pula dengan cinta. Cinta itu love. Yes, love bukan sayang. Tapi love itu cinta. Cinta ini suci. Sesuatu yang istimewa. Perasaan yang teramat istimewa yang tiba2 muncul dalam diri untuk seorang saja.

Yes cinta ini hanya untuk seorang pada satu masa. Tapi malangnya, cinta dianggap sama dengan sayang kerana perkataan love. LOVE is complicated. Tapi kalau kita cuba untuk memahaminya. Kita akan.

Jadi, sayang lah seberapa banyak orang yang korang nak dalam satu masa. Just korang kene tahu. Cinta itu hanya untuk seorang. Sangat berbeza dua maksud perkataan tu.


CINTA hanya seorang. Sayang seberapa banyak insan yang korang mahu. 
BY;Midnight Dweller

No comments:

Post a Comment