9/25/11

Step Up Or Shut Up.

Hey, blogger-blogger sekalian. Stinson di sini. Kali ini Stinson dapat idea post dari cerita Step Up 3 bhahaha. Nak cerita pasal 2 benda:

1)Decisions in our life
2)Expressing our self.

Yang no. 2 aku nak buat kat post lain.

DECISIONS IN OUR LIFE.

Ok. Decision atau bahasa melayunya keputusan. Setiap hari dalam hidup kita akan ada masa kita perlu buat keputusan. Dari perkara remeh macam apa yang kita nak makan kepada perkara yang penting seperti sama ada nak pindah sekolah atau tidak, sama ada mahu terima seseorang atau tidak dan sebagainya.

Ada beberapa sebab yang membuatkan kita tak mampu buat satu keputusan.

Adakalanya dalam hidup kita akan berdepan masa yang kita fikir kita tiada pilihan. I don't have any choice. Ekcuali kita sentiasa ada pilihan. Ingat: we are in control of our own life. Kita sentiasa ada pilihan. Cuma mungkin kita tak perasan akan pilihan yang ada waktu itu. Oleh itu, jika kita berdepan masalah seperti ini, berhenti seketika dan tarik nafas panjang kemudian menimbangkan semula pilihan-pilihan lain.

Selain itu, ada juga masa kita berdepan dengan pilihan-pilihan yang sukar dalam hidup kita. Mungkin kerana risiko yang tinggi dan sebagainya atau mungkin kerana ketakutan tentang apa yang akan terjadi dengan keputusan yang dibuat. Kadang-kadang kita takut nak buat keputusan oleh itu kita ambil keputusan untuk tak membuat sebarang keputusan. Tapi kita kena ingat, the biggest decision in life are the hardest. Biasanya, keputusan-keputusan yang sukar ini boleh mengubah hidup kita. Oleh itu, kita tak boleh lari dari membuat keputusan. Kita perlu mengambil masa dan membuat keputusan yang tepat dan berdoa agar keputusan itu boleh membawa kebaikan untuk kita.

---------------------------------------------------------------------------

stinson: telah buat keputusan yang gila. akan ku beritahu dia aku cintakannya.

pesanan: segala keputusan di tangan kita. buatlah keputusan yang tepat.

No comments:

Post a Comment