Showing posts with label decision. Show all posts
Showing posts with label decision. Show all posts

7/25/12

Ex , im still stalking you..

Assalamualaikum , helloo :)

Done with sahur and subuh prayer , aku nak cakap pasal "stalk" . Dalam hidup kita , itu hal biasa , stalk org sana orang sini . Stalker ni makin hari jadi makin menular plak pada mata aku :D ahakss..

Why kita stalk orang ? especially ex kita ? Dulu masa tga couple , kita stalk dia . Da break pun , still stalk lagi . Perasaan yg kita rasa same jek , ingin tahu and last2 cemburu :D tapi kalau dulu kita jeles , still bole mngadu dgn couple yg kita ta suka dia kawan dgn org tu , org ni but now ? semua dah berubah.. Kita cuma mampu makan hati jek .

Tapi tak salah jadi stalker , thats mean kita still sayang ex kita and still nak tahu pasal dia every second , kan ? :) Don't deny , aku pun pernah rasa and aku still buat benda tu walaupun ex aku da ada couple lain haha meroyan :D

Aku bagi tips sikit la ehh mcm mana nak buat supaya kita less stalk ex kita ataupun berhenti terus . First , cut all ur connection dgn diorang . Unfriend fb , unfollow twitter , kurangkan kegatalan tgn nak call or text diorang . Tapi kalau ta bole handle jugak , ahh kau buang jelaa no dia yeee :) And time couple , confirm ah mesti byk punya barang tanda ikatan cinta tu kan , kau letak dalam satu kotak , kau simpan kat tempat yg kau memg jarang gila tgk . Bawah katil kau ke , katil mak kau ke . Kt mana2 jek ah , jnji jgn slalu tgk . Itu buatkan kau tringat ex kau and saat tu jugk kau terus capai lappy , stalk dia.. Ta mau ta mau :)

Ini jelaa yg aku buat dulu in order to forget my ex :) And yeah aku berjaya sebab aku tgk daripada aku makan hati bukak fb dia , stalk dia , cemburu , marah , berperang dgn diri sendiri , better aku unfriend . After a while lepas rasa mcm dah stable , aku contact dia slow2 , treat dia as a friend but i'll never friend dia balik kat fb selagi dia ta putus dgn couple dia skrg :)

Dalam hidup ni , ada perkara yg kita tak mampu nak cerita pada sahabat betapa peritnya sesuatu , hanya pada Allah kita boleh luahkan :) so have a nice day peeps.. ingat , kalau boleh g bazar bawak rm5 jek , cukup sebenarnya :)

by HatiDunia

7/23/12

Remaja dan TIDUR

Assalammualaikum .

Hangat ke tak agak-agak topic yang MD nak sentuh ni? Topic ini dikemukan oleh brother ECHAM (http://www.facebook.com/EchamMagika) dan MD rasa topic ni sangat patut disentuh, dihuraikan dan dibahaskan.

Berdasarkan article yang MD pernah baca mengenai tidur, remaja dan belia memerlukan sekurang-kurangnya 5-7 jam tidur supaya fizikal dan mental kita dapat berehat dan menyediakan diri untuk menempuh hari seterusnya. Well, apa yang kita lihat sekarang, remaja dan belia zaman kini terlalu taksub dengan laman web-laman web sosial sehingga sanggup mengurangkan masa tidur mereka.


Wah wah wah. Adakah ini langkah yang bijak? I don't think so. Anda telahpun tersilap langkah. Dan kesan sampingan negatif yang bakal anda perolehi adalah lebih banyak dari yang anda jangkakan. Tanpa tidur yang mencukupi, kesan-kesan ini akan berlaku pada diri anda keesokkan harinya :

1- Mengantuk
2- Senang hilang tumpuan dalam apa jua aktiviti atau pekerjaan
3- Badan letih kerana tidak mendapat rehat yang mencukupi
4- Kemungkinan besar untuk bagun lewat pada keesokan hari
5- Mengakibatkan strees. Yes tidur yang kurang akan menyumbang kepada stress. Ini bukan satu anggapan tapi ia berdasarkan sumber kajian yang solid. Minda yang kurang rehat akan mengalami lebih banyak tekanan dari semasa ke semasa.
6- Akan mengakibatkan penampilan kita terjejas dari segi eye bag di bawah mata, jerawat yang tumbuh dan pelbagai lagi kesan sampingan pada kulit yang menandakan kita tidak tidur dengan secukupnya.
7- Senang mendapat sakit kepala.
8- Akan menyumbang kepada perubahan suara. Bukan perubahan suara bila matang tapi perubahan suara sebab tak cukup tidur.
9- Akan menjejaskan kesihatan kita dan memudahkan diri mendapat penyakit.

Tidak percaya? Do your research like i just did.


MD bukan nak condemn siapa-siapa yang tidur lewat. Tapi Md sekadar memberi teguran dan nasihat buat diri MD sendiri dan rakan-rakan di luar sana yang gemar tidur lewat. Maklum lah. Semua dah jadi burung hantu.

Okay jadi bersempena dengan topic ini. MD nak kongsi quote ni

Sleep is the best meditation.
Dalai Lama



Perhatian kepada semua yang bekerjaya burung hantu di malam hari. Cukupkan lah tidur anda demi kebaikan diri anda. 

Sleep is essential for us human being. Are you and owl or a human my friend?
-MidnightDweller

12/7/11

Kawin dulu baru bercinta? Atau sebaliknya?

Assalammualaikum wbt semua. Maaf kami menyepi dalam jangka masa yang agak panjang. Well, kami bercuti.  Tapi dah kembali.

Trend sekarang. Bercinta baru kawin. Kononnya proses 'bercinta' ni proses mencari 'jodoh'. Tapi betul ke konsep ni? Dapat ke kita kecapi kebahagiaan nanti?

Tapi ada juga orang2 tua cakap. "jangan nak bercinta2. Belajar rajin2. Dapat kerja. Kawin. Barulah bercinta." Haaa... So, dalam hal ini. Kita kawin baru bercinta. Tapi konsep mana kah yang lebih baik? Yang lebih menjanjikan kita kebahagiaan apabila dah berumah tangga nanti?

Bila fikir2 balik kan. Setiap kaedah adalah untuk orang2 yang berbeza. Ada yang suka minum air pakai straw. Ada yang suka hirup dari cawan. Ada yang pakai piring bila air tu panas sangat. Kan?

SO, some goes here. Kita ikut konsep mana yang kita selese dan sesuai dengan. Jangan lah ambik satu konsep atau kaedah yang kita tak suka atau gemar. Tapi kalau mencuba tidak salah pun.

Bercinta sebelum kawin tu sebenarnya tak berapa digalakkan. Sebab orang bercinta ni macam2 boleh jadi. Terlanjur pun boleh berlaku. Namun istilah 'bercinta sebelum kawin' ni sebenarnya proses 'mengenali sebelum kawin'.

Kita nak pilih pasangan yang terbaik buat diri kita. Nak tahu dia yang kita perlukan tu macam mana? Dengan mengenali dia. Kan? SO, daripada buat maksiat apabila bercinta. Lebih baik kita kenal2 macam kenal kawan. Kalau berkenan. APA LAGI TUNGGU? KAWIN LAH !

HAHA. SO, kawin baru bercinta ni bagus. Kita kenal dulu. Sebagai kawan. Berkenan. Kawin. Lepas kawin. Dating lah puas2. Buat lah apa2 yang nak. Sebab hubungan tu dah jadi hubungan yang halal. Bercinta sebelum berkahwin ni bahaya sebab hubungan tu belum ada ikatan yang sah.

Jadi saranan MD adalah. Korang pilih lah konsep 'Kawin dulu baru bercinta'. Namum kene paham betul2 konsep ni. Bukan main melulu kata. Macam mana nak kawin kalau tak cinta/kenal? Padahal kita kenal dia sebelum kawin tapi proses 'bercinta' ni yang kita letak di selepas pernikahan .


Cinta boleh membutakan kita. Mengheret kita kelembah maksiat. Persahabatan boleh menyuluhkan hidup. Membantu meringankan segala sesusahan.
-Midnight Dweller

9/25/11

Step Up Or Shut Up.

Hey, blogger-blogger sekalian. Stinson di sini. Kali ini Stinson dapat idea post dari cerita Step Up 3 bhahaha. Nak cerita pasal 2 benda:

1)Decisions in our life
2)Expressing our self.

Yang no. 2 aku nak buat kat post lain.

DECISIONS IN OUR LIFE.

Ok. Decision atau bahasa melayunya keputusan. Setiap hari dalam hidup kita akan ada masa kita perlu buat keputusan. Dari perkara remeh macam apa yang kita nak makan kepada perkara yang penting seperti sama ada nak pindah sekolah atau tidak, sama ada mahu terima seseorang atau tidak dan sebagainya.

Ada beberapa sebab yang membuatkan kita tak mampu buat satu keputusan.

Adakalanya dalam hidup kita akan berdepan masa yang kita fikir kita tiada pilihan. I don't have any choice. Ekcuali kita sentiasa ada pilihan. Ingat: we are in control of our own life. Kita sentiasa ada pilihan. Cuma mungkin kita tak perasan akan pilihan yang ada waktu itu. Oleh itu, jika kita berdepan masalah seperti ini, berhenti seketika dan tarik nafas panjang kemudian menimbangkan semula pilihan-pilihan lain.

Selain itu, ada juga masa kita berdepan dengan pilihan-pilihan yang sukar dalam hidup kita. Mungkin kerana risiko yang tinggi dan sebagainya atau mungkin kerana ketakutan tentang apa yang akan terjadi dengan keputusan yang dibuat. Kadang-kadang kita takut nak buat keputusan oleh itu kita ambil keputusan untuk tak membuat sebarang keputusan. Tapi kita kena ingat, the biggest decision in life are the hardest. Biasanya, keputusan-keputusan yang sukar ini boleh mengubah hidup kita. Oleh itu, kita tak boleh lari dari membuat keputusan. Kita perlu mengambil masa dan membuat keputusan yang tepat dan berdoa agar keputusan itu boleh membawa kebaikan untuk kita.

---------------------------------------------------------------------------

stinson: telah buat keputusan yang gila. akan ku beritahu dia aku cintakannya.

pesanan: segala keputusan di tangan kita. buatlah keputusan yang tepat.