Showing posts with label emotion. Show all posts
Showing posts with label emotion. Show all posts

8/10/12

Umur pasangan.

Hi and Assalamualaikum.


Today is Friday. Wiwiwiwiwiwiwiwi~ Semua students tunggu saat ni. Lol~ Ok. Oh, btw. Sekarang ni tengah musim trial PMR. So, good luck untuk siapa yang ambil exam tu!


Ok back to the topic. Kalau sebut pasal umur 'boyfriend' yang diidamkan oleh perempuan, of course la lebih tua dari dia kan? Tapi tak semua yang nak boyfriend yang lebih tua dari dia. Ada yang nak sebaya, ada yang nak lebih muda dari dia and etc. Tapi orang tua-tua kata, perempuan kalau nak cari pasangan hidup kena cari yang lebih tua, lelaki kalau nak cari pasangan hidup kena cari yang muda. Ok. Aku akan explain.




Pada pendapat aku, kebanyakannya perempuan lebih suka lelaki yang umur dia lebih tinggi dari dia.  Sebab, first. Perempuan ni sebenarnya tak matang sangat. Sorry to say eh. Jangan kecil hati pulak bila aku cakap macam tu. Lulzz~ Perempuan perlukan someone yang boleh matangkan diri dia. Hidup mestilah kena matang kan? Nak main-main sangat pun tak boleh. Kita hidup umur makin lama makin meningkat. Tak kan hidup nak kekal perangai macam budak kecil. Kena lah ubah sikap tu.


Seterusnya. Ada sesetengah yang anggap bila ada teman yang lebih tua dari dia ni, orang tu akan protect dia. Bagi aku, itu betul. Sebab kalau aku pun, aku mesti nak ada boyfriend yang boleh protect aku. Rasa macam... Omg... Sweetnya bila ada orang nak protect kita... Rasa macam diri ni dihargai. Lagi-lagi kalau yang badan dia muscular. Wuwuwuwu~ Tapi bukan ke memang dikatakan bahawa lelaki diciptakan untuk melindungi wanita. So lelaki kenlah protect perempuan walawpun perempuan tu ganas mana pun ke ape benda yang terjadi! PErempuan yang ganas ni comel tau. Dalam hati, ada taman. Katanya. Eh?


Tapi zaman sekarang kan kalu korang perasan, lelaki lebih suka perempuan yang lebih berusia. Kenapakah? Persoalan mula timbul.


Ada lelaki cakap sebab perempuan yang lebih tua ni matang. Eh? Actually kematangan seseorang bukan berdasarkan umur dia. Macam aku cakap tadi, perempuan ni tak matang sangat sebenarnya. Kalau ikut sains la kan. Kematangan perempuan berdasarkan hormon dia. Kalau hormon dia cepat matang, cepat matang la dia. Kalau hormon dia lambat matang, lambat matang la dia.


Ada jugak yang cakap perempuan yang lebih tua ni lebih berpengalaman. Aku bukan nak cakap benda kotor k. Tolong jangan fikir bukan-bukan. Kononnya. Perempuan lebih tua dia berpengalaman dalam hidup dia. Dia tau macam mana nak selesaikan sesuatu masalah. Eh? Yeke? Kalau yang jenis yang lambat fikir tu boleh cepat selesaikan masalah ke? Sorry kalau apa yang aku cakap tadi agak sensitif. Dan ada lelaki beranggapan bahawa perempuan muda ni cerewet, tak pandai nak selesaikan masalah, hanya menambahkan masalah je ade la. Betul ke?


Secara konklusinya, umur pasangan kita tak penting pun dalam sesuatu perhubungan. Umur ni hanya perkara tambahan. Yang penting hati dan perasaan. Kalau seseorang tu perangai matang, romantik, badan muscular, pandai tapi dalam hati perasaan cinta tu tak pernah pun wujud... tak guna apa pun.



12/7/11

Kawin dulu baru bercinta? Atau sebaliknya?

Assalammualaikum wbt semua. Maaf kami menyepi dalam jangka masa yang agak panjang. Well, kami bercuti.  Tapi dah kembali.

Trend sekarang. Bercinta baru kawin. Kononnya proses 'bercinta' ni proses mencari 'jodoh'. Tapi betul ke konsep ni? Dapat ke kita kecapi kebahagiaan nanti?

Tapi ada juga orang2 tua cakap. "jangan nak bercinta2. Belajar rajin2. Dapat kerja. Kawin. Barulah bercinta." Haaa... So, dalam hal ini. Kita kawin baru bercinta. Tapi konsep mana kah yang lebih baik? Yang lebih menjanjikan kita kebahagiaan apabila dah berumah tangga nanti?

Bila fikir2 balik kan. Setiap kaedah adalah untuk orang2 yang berbeza. Ada yang suka minum air pakai straw. Ada yang suka hirup dari cawan. Ada yang pakai piring bila air tu panas sangat. Kan?

SO, some goes here. Kita ikut konsep mana yang kita selese dan sesuai dengan. Jangan lah ambik satu konsep atau kaedah yang kita tak suka atau gemar. Tapi kalau mencuba tidak salah pun.

Bercinta sebelum kawin tu sebenarnya tak berapa digalakkan. Sebab orang bercinta ni macam2 boleh jadi. Terlanjur pun boleh berlaku. Namun istilah 'bercinta sebelum kawin' ni sebenarnya proses 'mengenali sebelum kawin'.

Kita nak pilih pasangan yang terbaik buat diri kita. Nak tahu dia yang kita perlukan tu macam mana? Dengan mengenali dia. Kan? SO, daripada buat maksiat apabila bercinta. Lebih baik kita kenal2 macam kenal kawan. Kalau berkenan. APA LAGI TUNGGU? KAWIN LAH !

HAHA. SO, kawin baru bercinta ni bagus. Kita kenal dulu. Sebagai kawan. Berkenan. Kawin. Lepas kawin. Dating lah puas2. Buat lah apa2 yang nak. Sebab hubungan tu dah jadi hubungan yang halal. Bercinta sebelum berkahwin ni bahaya sebab hubungan tu belum ada ikatan yang sah.

Jadi saranan MD adalah. Korang pilih lah konsep 'Kawin dulu baru bercinta'. Namum kene paham betul2 konsep ni. Bukan main melulu kata. Macam mana nak kawin kalau tak cinta/kenal? Padahal kita kenal dia sebelum kawin tapi proses 'bercinta' ni yang kita letak di selepas pernikahan .


Cinta boleh membutakan kita. Mengheret kita kelembah maksiat. Persahabatan boleh menyuluhkan hidup. Membantu meringankan segala sesusahan.
-Midnight Dweller

10/10/11

Mak ai! Terlanjur tu! Nak buat apa kalau terlanjur?

Ahohoi! Hari ni nak cerita pasal terlanjur. Terlanjur apa? Terlanjur di atas katil la!

Hoho. Seronok kan? Best? Itukan tanda kita sayang sangat-sangat kat kekasih kita so, tak salah la kan?

Tapi,

Yang perempuan bila perut dah mengembung, period pun dah terhenti apa mau buat? Taubat? Insaf?

Sorry tapi anda terlambat. Sepatutnya anda fikir sebelum buat. Ni tak. Nak syok sepuluh minit tapi nak tanggung sembilan bulan.

Tanggung? Tanggung apa? Tanggung malu! Tanggun hina! Tanggung pandangan orang!

Tapi,

Kalau dah bijak sangat, mula lah nak tambah dosa. Mulalah cari tempat gugur. Haish. Tak cukup zina, nak dosa bunuh kandungan pula? Wah, ni macam calon penghuni neraka je.

Atau,

Kalau nak lagi bijak, ada juga yang tak gugur. Tapi, bila bayi lahir bayi itu terus di tidurkan di dalam tong sampah, longkang dan sebagainya. Wah, ni memang bijak. Albert Einstein pun kalah tau. Tanggung bayi itu sembilan bulan tapi bila dah lahirkan buang je? Tiada perasaan betul.

Sepatutnya,

Kau kena bawa berbincang benda ni. Jangan ingat kau boleh handle sendiri. Kalau jantan tu lari, bincang ngan parents kau. Of course bayi tu tidak boleh digugurkan dan mungkin kau terlalu muda untuk jaga bayi itu oleh itu kau boleh mencari pusat kebajikan untuk menyerahkan bayi itu. Tak pun cari pasangan suami isteri yang tak boleh nak hasilkan anak walau dah banyak kali cuba (tak macam kau, cuba terus dapat) dan serahkan anak kau. Mesti dia hargai dan jaga anak kau betul-betul.

Yang lelaki pula,

Wow, hebat sungguh kau. Sejahat-jahat, sesetan-setan aku pun, aku tak pernah terlanjur.

Terlanjur pukul orang, terlanjur ponteng sekolah pernahlah tapi terlanjur di atas katil tak pernah.

So, aku nak ucap syabas kat korang yang berjaya terlanjur ni. Kau da berjaya tempah tiket ke neraka jahanam.

Paling-paling, kalau kau dah terlanjur kau bertanggungjawab la. Jaga minah tu. Kahwin dengan dia. Lepas tu bila dia dah beranak, bela anak tu sama-sama.

Tapi,

Malang sekali, lelaki sekarang lebih suka lari dari tanggungjawab mereka. Haish, berani buat berani tanggung boleh tak? Haha.

Aku buat post ni bukan nak mengutuk korang yang dah alami dan bukan nak menggalakkan korang untuk buat. Cuma nak beritahu korang yang korang sentiasa ada pilihan. Jangan terburu-buru buat keputusan yang bodoh. Dah buat, beranilah tanggung, jangan jadi pengecut.

Sudah cukup penat aku mencoret.
Harap tidak akan dicaci dan dicerca.
Walau otakku agak senget.
Harap berguna untuk para pembaca.
Aku tak suka pakai baju ketat,
Akulah PERAWAN GILA!

9/25/11

Sayang VS Cinta :APA KATA MD

Sayang itu apa? Cinta itu apa? Bagi korang mungkin ianya satu perasaan yang sama. Yes, sayang dan cinta tu sama. Tapi kenyataan nya tidak . Sayang dan cinta itu sangat berbeza .

Sayang itu satu perasaan care atau ambil berat dekat sesiapa saja dalam hidup kita. Kita boleh sayang sesiapa saja kita nak. Bila kita kata kita sayang. Mesti kita nak ambil berat kan? Sebab kenyataan nya sayang satu luahan bagi maksud saya ambil berat tentang awak.

Mat salleh cakap : i care about you. Ade ke kita cakap : eh, saya sangat ambil berat pasal awak ? Tak ada kan? HAHA. Sebab kenyataan nya. Kita cakap : saya sayang awak. Perasaan sayang itu boleh kita lahirkan sendiri. Kita boleh control.

Tapi sangat berbeza pula dengan cinta. Cinta itu love. Yes, love bukan sayang. Tapi love itu cinta. Cinta ini suci. Sesuatu yang istimewa. Perasaan yang teramat istimewa yang tiba2 muncul dalam diri untuk seorang saja.

Yes cinta ini hanya untuk seorang pada satu masa. Tapi malangnya, cinta dianggap sama dengan sayang kerana perkataan love. LOVE is complicated. Tapi kalau kita cuba untuk memahaminya. Kita akan.

Jadi, sayang lah seberapa banyak orang yang korang nak dalam satu masa. Just korang kene tahu. Cinta itu hanya untuk seorang. Sangat berbeza dua maksud perkataan tu.


CINTA hanya seorang. Sayang seberapa banyak insan yang korang mahu. 
BY;Midnight Dweller

9/23/11

Mawar khayalan







Selepas kejadian "break-up" terjadi pada diri seseorang,
dan ada kalanya mereka semua berfikiran seperti
"kalau lah aku dapat undur kan masa tu balek , aku akan jage dia betul betul , aku tak nak curang , aku taknak busted dia or aku taknak buat something yang boleh dia marah sangat kat aku sampai jadi macam ni"





(Dan pasti situasi anda yang membaca / yang baru break-up seperti ini , teringat waktu bersama)




&



Dua gamba ni aku tunjuk kat Uolls semua untuk Uolls paham and senang nak Hadam dalam kepale hotak Uolls semua ,


WAKE UP ! WAKE UP !


dia dah lame pergi , jangan kau fikir kan lagi pasal dia
dan kau jangan cuba cuba lagi untuk berMawar Khayalan lagi
mulai detik ini
biarkan dia cari jalan hidup dia sendiri dengan orang baru di sisi nya .




Tapi pada aku , hidup aku .
(selepas aku buat analisis) aku tak akan pikir macam tu

JIKA

aku dapat peluang untuk
"undur kan masa itu kembali"
kerana , pada aku . aku akan menyakit kan hati aku sendiri bila dapat tahu dia ade lagi dengan aku . sudah banyak dajal celake dia buat dekat aku dan aku terima dia buat kali ke dua apabila aku undur kan masa itu .

sebenarnya bukan itu yang aku akan buat , dan sebetul nya
jika aku dapat "undurkan masa itu kembali"
aku nak sangat parents aku hanta aku belajar , dan aku akan belajar betul betul . buat semua nya dengan kasih sayang ibu bapa sendiri . tak perlukan kasih sayang daripada perempuan pada zaman sekolah which is : "cintamonyet"

If aku dapat patah balek , aku nak usaha kan semua matapelajaran aku tu biar aku score subject . then aku akan pergi tinggal kan Johor Bahru untuk sekolah yang lain . supaya aku tak berjumpa lagi dengan si dia akibat kesilapan aku semasa belajar dahulu .




Tapi semua itu cuma MawarKhayalan
aku kene terima dengan apa ada nya sekarang .



8/30/11

Ego Lelaki

Selamat hari raya (: Hari raya pun still ada assignment. Haha tape kerja tetap kerja. Back to topic. Ego lelaki - ape pendapat korang ? Haha bagi perempuan mungkin mereka akan suka menumpukan pada subjek ni tapi pada lelaki ? Mereka tentu ada yg tidak menyokong.

Selalu didengar lelaki ego terlalu tinggi , tak nak kalah. Itu lah lumrah kehidupn, perempuan pun ada ego tapi yg menjadikan beza apabila ego sang lelaki ni lebih tinggi dari diri dia sendiri. Haha tipu kan ?

Lelaki sememangnye ada ego. Mereka tak nak nampak lemah dan kalah depan wanita jadi mereka selalu menegakkan benang yg terang-terang da basah. Lelaki kan , tak gentle lah katanya kalau nampak bodoh depan perempuan.

Kalau bertengkar pula lagi lah confirm lelaki tak mahu kalah walau dia sendiri sedar itu salah dia. Bila wanita merajuk, lelaki jarang pujuk. Itu dinamakn ego jugak . Kesian pada si wanita kerana banyak makan hati. Mengalah adalah perkara yg sinonim dengan wanita apabila berdepan dengan lelaki ego.

Lelaki juga berEGO tinggi kerana ta dapat na terima pandangan orang lain. Ada juga lelaki jenis mcm ni. Dorang na kita ikut cakap dorang, apa dia cakap semua kena ikut. Dia lah pembuat keputusan, dia lah petindak dan dia juga lah kepala. Serba serbi dia betul. Pandangan orang lain tak selayak dengan pendapat dia. Ciss menyakitkn hati.

Akhir sekali pada pendapat blogger, ego ini mungkin sebab sifat kelakian mereka. Mungkin sebagai lelaki mereka rasa bertanggungjawab untuk menegur dan membimbing perempuan tetapi yang menjadi masalah apabila mereka menggunakan pendekatan yang salah untuk menasihati mereka.

Hee setakat ni jelaa yang terlintas dalam benak fikiran saya. Bukan na mengutuk atau kondem sifat mereka. Saya sendiri sedar kita perlukan lelaki dalam hidup kita tapi inilah pendapat saya tentang ego lelaki. Okayy thats enough. Terima kasih sudi membaca pendapat tentang assignment saya..

8/29/11

Muzik dan Kehidupan.

OHOHOHoi. Lama benar cek tak habak kat blog ni. Rindu pula rasanya.

Haha. Post kali ini adalah assignment dari MD. Haish, mcm skola dok kena buat assignment. Nasib baik assignment ni memang senang dan enjoy untuk aku buat kalau tak, hampeh tak siap lah assignment yang diberi.

Ok kembali ke tajuk asal, muzik dan kehidupan. Sebenarnya, aku memang penggemar muzik. Tak kira lah apa genre sekalipun, aku layan. Haha. Tapi aku paling minat lagu yang ada meaning. Maksudnya lagu yang cuba sampaikan sesuatu.

Korang sekalian mesti pernah dengar lagu yang buat korang terfikir 'Eh, ni macam ap yang aku rasa sekarang' kan? Lagi-lagi kalau lagu cinta, mesti berlambak yang terkena kan?

Hahaha. Sebenarnya bagi aku muzik sangat-sangat membantu semua sebab bila kita baru usha seseorang mesti kita ada petik sikit lirik lagu untuk buat si Dia cair atau kita dedicate kan lagu tu untuk dia kan? Haha. Very helpful kan?

Tapi bukan setakat tu je. Bila kita break mesti kita dengar lagu kan? Untuk memujuk hati sendiri kita bukak lah lagu sedih-sedih untuk layan feeling. Haha. Aku pun banyak mendengar lagu masa clash dulu. Memang sedikit-sebanyak membantu.

Bila kita lepak hangout pun ada lagu yang mengiringi. Bila workout atau jogging pun ada lagu yang dimainkan untuk membakar semangat. Haha.

Sebenarnya, sedar atau tak sedar muzik banyak juga pengaruh hidup kita. Oleh itu, kita kena pandai pilih lagu yang sesuai dengan keadaan kita masa tu. Contoh: Kita tengah dok cuba nak kurangkan perasaan marah yang tengah memuncak tapi kita dok dengar lagu Metal/MCR/Rock rasanya makin tambah marah adalah kan? Haha.

Another thing: Jangan paksa diri sukakan lagu yang kita tak suka. Mentang-mentang lah semua orang suka kan artis seorang tu kau pun paksa diri kau untuk suka artis tu padahal kau tak suka pun lagu dia. Contoh: Kawan kau semua suka Justin Bibir so kau pun paksa diri kau untuk suka si Bibir tu padahal si Bibir tu suara macam katak.

Dalam muzik tiada halangan. Muzik memberi cetusan yang hebat kepada imaginasi kita dan seringkali memberi kita inspirasi. Dan muzik sesuai sebagai outlet melayan perasaan yang bermain di pemikiran.

Sampai sini sahaja kot. Kalau ada tambahan nanti, ada lah post baru yang akan di buat. Penat benar cek menaip.

Pesanan: Maaf jika ada peminat mana-mana artis marah dengan contoh yang diberi. Aku hanya berikan contoh sahaja, takde niat nak mengutuk atau mencaci.

Stinson: Haha. alhamdulillah syawal telah menjelma kembali. Stinson nak mohon maaf kalau ada post-post sebelum ni yang menyinggung para pembaca, sumpah cek tak sengaja.~
Oh, kepada MD yang tak habis-habis bagi cek assignment: Duit raya cek kena lebih!
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

BLOGGER YANG SIBUK KUMPUL DUIT RAYA,
MISTER STINSON.

8/16/11

Ape tanda orang itu sayang kita ?

Haaa. Interesting kan post kali ni? Tadi aku saje-2 melawat fb kawan aku. Dia tulis kat wall dia. 'Ape bukti orang sayang kita?' SO, aku terus login blog ni untuk meluahkan pendapat aku tentang topic ini.

Selalunye. Post aku lebih kepade persoalan tentang cinta dan kehidupun. Korang perasan tak? Haha. Kalau si Stinson tu banyak post pasal bende-2 yang remaja alami. Sekolah and all that.

So, itu keunikan blog ini. Korang ade choice nak bace sape punye post. AKU, stinson, shifu dan ramai lagi akan menyusuli.

Let's get back to the topic. Ape tanda orang itu sayang kita? Haa. Bukan nye susah sangat nak jawab soalan ni and bagi pendapat.

To me. If you truly love somebody. In order to show that, the main idea is with Care. YES, show that you care about that person. Ask him/her how is he/she today? How did the exam when?

Tanye soalan simple-2 macam tu pun dah menunjukkan yang korang dah care dekat dia. Senang kan? Same goes the other way around. Walaupun seseorang tu tanye soalan simple-2 macam 'dah makan belum?'. Itu menunjukkan yang dia ambil kisah dan tahu pasal korang.

Ini baru saje 1 tande yang orang itu sayang kita. Banyak lagi akan menyusuli .
Take care readers and be caring to others as they will to you.

BY; Midnight Dweller

8/14/11

a little something about; HOPE

Harapan. Ape itu harapan? Hope lah. HAHAHA. Harapan ni kire macam satu impian. Satu impian yang kite impikan untuk jadi kenyataan. Well, judging by this title it self. Many stories can be told.

Yes, akan ade banyak cerita menyusuli. Aku akan cerita pengalaman aku. Tapi bukan sekarang. Maybe akan datang. Dan kesilapan aku yang aku anggap bodoh. Aku tak tahu knape. Tapi aku sering bagi harapan dekat orang sekeliling tanpe aku sedari.

Anyway, hope is beautiful. It makes us happy. But, Hope can be a dagger standing by to make us cry. Why am i saying so? Sebab. bila seseorang yang 'bodoh' macam aku kasi kau harapan. then aku tak boleh nak tunaikan harapan tu. Kau pasti terluke. Kesan nya amat mendalam.

Dengan harapan. Sebuah kisah cinta boleh dilahirkan. Dengan harapan yang tidak dapat ditunai kan. Sebuah kisah cinta dapat dihancurkan. HOPE IS NOT SOMETHING TO PLAY WITH. Jangan sesekali bagi harapan palsu kat orang. Be honest. Be true. And be You.

So, korang sume. aku bukan nak halang korang bagi harapan ke ape. Aku just nak cakap something important. Kalau nak bagi hope kat someone. Kau kasi yang mane yang kau boleh tunai kan. Harapan ini ibarat janji. Janji sepatutnya wajib ditunai kan.

Demi cinta yang suci kita perlukan harapan yang ikhlas.
Next post :kisah2 iktibar dari topic HOPE / Promises / Honest
ikut mood aku nak post yang mne satu. hahaha

BY; Midnight Dweller