Showing posts with label breakup. Show all posts
Showing posts with label breakup. Show all posts

8/10/12

Project Love Route

PROJECT LOVE ROUTE


What is Project Love Route?

Untuk tahu itu kita kena mendalami dan memahami apa itu love route. Dalam sesuatu percintaan pasti akan ada proses mengusha/ mentackle/ mengenali/ mengurat kan? Itulah love route. Dapat ke tak perempuan tersebut biasanya akan bergantung kepada sama ada love route korang baik atau hampeh. Love route itu biasanya dianggap berjaya kalau seseorang itu berjaya mendapatkan buah hatinya itu. 

Korang mesti fikir yang semua orang korang boleh dapat dengan love route yang sama kan? SALAH. Setiap orang memerlukan love route berbeza bedasarkan personaliti masing-masing. Lain orang, lainlah caranya.

Okay. Faham? Love route ni bergantung kepada beberapa benda penting. Antaranya,bilangan "meeting" atau "pertemuan" dengan orang tersebut. Ada yang memerlukan "meeting" yang sedikit untuk berjaya dan ada yang memerlukan "meeting" yang banyak. Bilangan meeting penting untuk perkenalkan diri kepada target kamu itu dan cara menambahkan rasa cinta dan minat si target kepada diri kamu. Tapi berhati-hati kerana "meeting" yang banyak mungkin menyebabkan target terlalu terbiasa dengan dirimu hingga menganggap kamu hanyalah sekadar kawan sahaja, manakala "meeting" yang sedikit akan menyebabkan kamu dianggap stranger.

Selain itu, ada juga benda yang aku namakan "event" atau "kejadian". Bila sesuatu "event" berlaku kepada target dan kamu menempuhnya bersama, pasti akan menambahkan rasa cinta dengan banyak. Sama ada "event" itu gembira ataupun sedih kalau digunakan dengan baik, pasti akan berjaya. Kalau "event" seperti salah faham atau pergaduhan dengan target berlaku, tak perlu risau sebab "event" yang negatif boleh dijadikan positif jika diaplikasikan dengan betul.

Lastly, ada benda yang aku namakan "confession" atau "pengakuan". Ini part yang paling penting dimana kau meluahkan perasaan kepada target. Part ini memerlukan mood dan setting yang baik dan juga perlukan si target untuk rasa cinta kat kau. Jangan sesekali luahkan terlalu awal dan jangan terlambat. Kalau boleh jangan buat masa "meeting" mahupun "event". "Confession" ini perlukan kau untuk sedar tahap kecintaan target kepada kau. Kalau kau tersilap, kau kemungkinan besar terlepas.

Kenapa aku buat post ni? Ok, lepas ni aku nak start post pasal ni. Project Love Route adalah projek yang aku startkan di mana aku akan post route-route yang aku tahu untuk dapatkan target mengikut personaliti mereka. Kalau diguna dengan betul, kemungkinan besar akan dapat target tersebut. So, please nantikan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

pesanan: Sila guna Love Route dengan baik dan jangan salahkan aku. Oh, dan jangan guna untuk mainkan perasaan orang.

Stinson: Dah nak raya woiiiiiiiii.

10/24/11

Break?






Zaman sekarang memang tak sah kalau seorang remaja tak bercinta.

Kalau dah bercinta memang tak boleh berpisah. Berkepit 24 jam. Kalau texting kalau boleh dalam jamban pon nak texting. Maaf la kalau ada mana pihak yang terasa. Ini megikut pengalaman yang pernah saya lalui je la.

Berdasarkan tajuk diatas. Kalau dalam sesebuah percintaan, mesti la banyak problem.Kalau dah banyak sangat problem smpi tak boleh handle, memang sah-sah la kan break. Ya, break. Itulah topik utk hari ini.

Orang kalau baru break dengan boyfriend/girlfriend, mesti meroyan tak tentu pasal kan? Heihh. Cameon la weyy. Get up! Dah jodoh korang samapi situ je, nak buad macam mane. Terima je lah hakikat sebenar yang kau dengan dia dah tade pape hubungan.

Kepada perempuan, name pon 'break' ofc la meroyan tak tentu pasal kan. Menangis la puas-puas. Sampai air mata kau tu kering. Mungkin dengan menangis, kau boleh lupekan dia. Kalau tak boleh jugak. Ajak kawan korang pergi hangout ataupun buang semua barang yang pernah dia kasi dekat korang. Kalau sayang sangat barang tu, amek simpan dalam kotak. Then, letak jauh-jauh.

Kepada lelaki. Kalau nak cover macho tana menagis, pergi ajak member tengok bola sampai lewat malam. Balik rumah terus tidur. Confirm korang dah tak ingat pasal dia. Kalau tak boleh jugak. Buang semua barang yang dia pernah kasi dekat korang. Kalau sayang sangat dekat barang tu, amek simpan dalam kotak. Then, letak jauh-jauh.

Biarlah kenanagan antara korang dengan si dia menjadi sejarah dalam diari hidu korang. Jadikan ia sebagai pengajaran. Buang yang keruh ambil yang jernih.



*I'm new here. Salam perkenalan :)


Lots of love, NSM.

9/23/11

Mawar khayalan







Selepas kejadian "break-up" terjadi pada diri seseorang,
dan ada kalanya mereka semua berfikiran seperti
"kalau lah aku dapat undur kan masa tu balek , aku akan jage dia betul betul , aku tak nak curang , aku taknak busted dia or aku taknak buat something yang boleh dia marah sangat kat aku sampai jadi macam ni"





(Dan pasti situasi anda yang membaca / yang baru break-up seperti ini , teringat waktu bersama)




&



Dua gamba ni aku tunjuk kat Uolls semua untuk Uolls paham and senang nak Hadam dalam kepale hotak Uolls semua ,


WAKE UP ! WAKE UP !


dia dah lame pergi , jangan kau fikir kan lagi pasal dia
dan kau jangan cuba cuba lagi untuk berMawar Khayalan lagi
mulai detik ini
biarkan dia cari jalan hidup dia sendiri dengan orang baru di sisi nya .




Tapi pada aku , hidup aku .
(selepas aku buat analisis) aku tak akan pikir macam tu

JIKA

aku dapat peluang untuk
"undur kan masa itu kembali"
kerana , pada aku . aku akan menyakit kan hati aku sendiri bila dapat tahu dia ade lagi dengan aku . sudah banyak dajal celake dia buat dekat aku dan aku terima dia buat kali ke dua apabila aku undur kan masa itu .

sebenarnya bukan itu yang aku akan buat , dan sebetul nya
jika aku dapat "undurkan masa itu kembali"
aku nak sangat parents aku hanta aku belajar , dan aku akan belajar betul betul . buat semua nya dengan kasih sayang ibu bapa sendiri . tak perlukan kasih sayang daripada perempuan pada zaman sekolah which is : "cintamonyet"

If aku dapat patah balek , aku nak usaha kan semua matapelajaran aku tu biar aku score subject . then aku akan pergi tinggal kan Johor Bahru untuk sekolah yang lain . supaya aku tak berjumpa lagi dengan si dia akibat kesilapan aku semasa belajar dahulu .




Tapi semua itu cuma MawarKhayalan
aku kene terima dengan apa ada nya sekarang .



8/25/11

Proses yang dipanggil ; PENCARIAN

OKAY readers. Usually, lepas satu breakup. Apa yang korang akan buat? CARI PENGGANTI? Yes ! It's natural. Selepas breakup, yang lelaki dan juga yang perempuan pasti akan menempuh satu proses dipanggil 'PENCARIAN'.

Tapi, apa itu pencarian? Well, kebiasaannya. Lain orang mempunyai lain konsep. But to me. PENCARIAN itu satu proses untuk move on. Untuk mencari kegembiraan yang baru.

Now, I want to highlight something on this matter. Tujuan pencarian ini adalah untuk mencari kegembiraan baru. Bukan hidupkan balik kegembiraan lama.

Apa maksudnya? Maksudnya. Korang cari someone new. Untuk membina satu relationship yang baru. Bukan untuk membina satu relationship yang sama rasanya macam relationship yang pernah kita ada. 

Setiap relationship mempunyai lain perisa dan kegembiraan. Yes. Itu fakta. Korang tak kan boleh cari perempuan atau lelaki baru dan mengharapkan hubungan baru korang sama sahaja macam hubungan yang sebelum ini.

Itu mustahil. When a relationship end. It ENDS. Korang hanya boleh move on. Kenangkan masa lampau dan tersenyum. Mengapa senyum? Sebab kegembiraan kali ni lagi berbaloi dari yang dulu. That's the way to do it.

Jangan lah korang pandang masa lampau dan menyesal. Mahukan si dia kembali. Maaf, It's too late. Bagi korang yang baru break/yang akan break/yang dah lama break. Take my advice and let's move on.

Jangan takut untuk mencari seseorang yang baru. Let us find new love. Bagi korang yang mencari dan tercari-cari. Ini lagu untuk korang.


After a breakup. We should not find someone to replace our ex in your heart. Instead, find someone to replace your heart that your ex have broke.
BY; Midnight Dweller