Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

8/10/12

Project Love Route

PROJECT LOVE ROUTE


What is Project Love Route?

Untuk tahu itu kita kena mendalami dan memahami apa itu love route. Dalam sesuatu percintaan pasti akan ada proses mengusha/ mentackle/ mengenali/ mengurat kan? Itulah love route. Dapat ke tak perempuan tersebut biasanya akan bergantung kepada sama ada love route korang baik atau hampeh. Love route itu biasanya dianggap berjaya kalau seseorang itu berjaya mendapatkan buah hatinya itu. 

Korang mesti fikir yang semua orang korang boleh dapat dengan love route yang sama kan? SALAH. Setiap orang memerlukan love route berbeza bedasarkan personaliti masing-masing. Lain orang, lainlah caranya.

Okay. Faham? Love route ni bergantung kepada beberapa benda penting. Antaranya,bilangan "meeting" atau "pertemuan" dengan orang tersebut. Ada yang memerlukan "meeting" yang sedikit untuk berjaya dan ada yang memerlukan "meeting" yang banyak. Bilangan meeting penting untuk perkenalkan diri kepada target kamu itu dan cara menambahkan rasa cinta dan minat si target kepada diri kamu. Tapi berhati-hati kerana "meeting" yang banyak mungkin menyebabkan target terlalu terbiasa dengan dirimu hingga menganggap kamu hanyalah sekadar kawan sahaja, manakala "meeting" yang sedikit akan menyebabkan kamu dianggap stranger.

Selain itu, ada juga benda yang aku namakan "event" atau "kejadian". Bila sesuatu "event" berlaku kepada target dan kamu menempuhnya bersama, pasti akan menambahkan rasa cinta dengan banyak. Sama ada "event" itu gembira ataupun sedih kalau digunakan dengan baik, pasti akan berjaya. Kalau "event" seperti salah faham atau pergaduhan dengan target berlaku, tak perlu risau sebab "event" yang negatif boleh dijadikan positif jika diaplikasikan dengan betul.

Lastly, ada benda yang aku namakan "confession" atau "pengakuan". Ini part yang paling penting dimana kau meluahkan perasaan kepada target. Part ini memerlukan mood dan setting yang baik dan juga perlukan si target untuk rasa cinta kat kau. Jangan sesekali luahkan terlalu awal dan jangan terlambat. Kalau boleh jangan buat masa "meeting" mahupun "event". "Confession" ini perlukan kau untuk sedar tahap kecintaan target kepada kau. Kalau kau tersilap, kau kemungkinan besar terlepas.

Kenapa aku buat post ni? Ok, lepas ni aku nak start post pasal ni. Project Love Route adalah projek yang aku startkan di mana aku akan post route-route yang aku tahu untuk dapatkan target mengikut personaliti mereka. Kalau diguna dengan betul, kemungkinan besar akan dapat target tersebut. So, please nantikan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

pesanan: Sila guna Love Route dengan baik dan jangan salahkan aku. Oh, dan jangan guna untuk mainkan perasaan orang.

Stinson: Dah nak raya woiiiiiiiii.

7/19/12

Hi haters...

Hi dan Assalamualaikum.




Lamanya tak buka Lazer User. Kami semua tengah busy dengan exam. Ada yang nak SPM dan PMR tahun ni. Doakan kejayaan klami :-)


Back to the point. Dari tajuk tu aku rasa korang dah tau apa yang aku nak cakap. Haters. Macam pisang goreng panas pasal isu haters ni. Susah kalau ada haters. Kinda weird dengan si haters ni. Tak rasa malu ke nak sound sound orang bagai. Memanglah semua orang ada hak nak bersuara tapi tak payah la sampai kau ajak satu kampung nak benci dia. Buat page anti ni anti tu. Ya Allah kau ni...


Semua orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Cerminlah diri kau tu dulu sebelum kau nak jadi 'haters' kepada seseorang. Kau pun bukannya 100% perfect. Tak payah nak benci-benci sangat la. Agama Islam pun melarang umatnya untuk benci antara satu sama lain. Agama lain pun mungkin ada pendiriaan dia sendiri.


Menjaja keaiban orang sana sini. Kau ingan bagus sangat je perangai kau tu? Ya Allah. Sedar la sikit. Orang bukan suka tau, orang menyampah dengan perangai bodoh kau tu. Aku rasa budak tadika tengok perangai kau pun boleh gelak guling-guling sampai semput kena sedut gas dekat hospital sebab perangai kau tu. Berubah la.


Kau. Ya kau yang ramai sangat haters tu. Kau pun tak payah la nak maki hamun dia balik bila dia dah sound kau. Aku tau la kau bengang. Tapi jaga-jaga la sikit. Patutnya kau ambil iktibar apa yang dia cakap dekat kau tu. Mungkin kau boleh berubah menjadi manusia yang lebih baik. Siapa tau?


Berubah la sebelum terlambat. Puasa pun dah nak dekat. Takan kau nak tunggu raya nanti baru kau nak minta maaf antara satu sama lain? So. aku sarankan kalau kau rasa kau ada benci dekat someone tu cepat-cepat la ye minta maaf. Nanti tak sempat susah pulak jadinya. So, thats all for today. Bye!


p/s : Don't judge someone by its personality.

7/17/12

Kawan :)

Assalamualaikum , hyeee peeps :) sehat tak ? Dah lama kan lazer user ta aktif so now kitorang aktif balik . Sorry la for those yang menunggu , dah lama sangat kan . Okay back to the topic , its about friends . I believe semua orang ada close friend , bestfriend tapi still certain people cuma ada diri dia seorang sahaja .

Itulah aku dulu , aku jenis tade kawan rapat . Aku kawan semua tapi in the end , aku masih seorang . Waktu tu aku tak kisah pun . Sebenarnya dalam hidup ni kita perlukan at least seorang kawan rapat . Seorang yang betul-betul kita boleh percaya , boleh diharap , boleh kita share suka duka , boleh terima kita seadanya , itupun kira dah syukur kalau kita punya satu kawan yang begitu dari sejuta kenalan :)

Kini aku punya ramai kenalan , aku ta keseorangan tapi aku punya satu kawan , sahabat , kakak , adik :) Dia lah segalanya . Kalau aku terasa dengan dia atau sebaliknya , perkara tu takkan berpanjangan sebab kita berdua ada terlalu banyak cerita nak kongsi , betul ta aku cakap ni ? :D Sahabat ternyata ta bole ta tegur lama-lama , mesti ada je hal na story .

So walau apapun jadi , jangan sia-siakan kawan kau . Aku ada satu tips la kalau na bersahabat , senang je.
A: aku pernah pancitkan tayar kereta pak seman .
B: ohh macam tu .
.........
B: ehhh kau tahu si A tu pernah pancitkan tayar pak seman .
C: ohhh macam tu .
*lakonan je pun -.-

Okay aku tergkan sikit , kalau na tahu dia ni betul-betul boleh buat kawan atau tak , kau cerita je keburukan kau pada dia , kalau hal tu sampai pada orang lain , maknanya dia bukan kawan yang bole dibuat kawan :) sebab seorang kawan bila dia tahu keburukan kita , dia akan senyap dan still terima kita :)

Aku pernah ada kawan yang makan kawan , aku pernah dapat kawan yang tikam aku dari belakang dan aku juga pernah jadi kawan yang tikam belakang kawan :) Kita semua manusia biasa , jangan cari kesempurnaan dalam perhubungan . Sebab itu perhubungan memerlukan dua orang untuk saling melengkapi kekhilafan diri sendiri :) Okay itu sahaja , thank you for reading .

by Hati Dunia


12/21/11

Cinta.

Assalamualikum.


Bila tengok cerita High School Musical, rasa macam, ehhh bestnya pergi sekolah. Tapi bila kita pergi sekolah, rasa macam duduk dalam penjara. Tapi tapi tapi. Dekat sekolah lah tempat kita belajar. Dekat sekolah jugak lah yg mengajar kita erti kehidupan. Dekat situ jugak lah tempat untuk kita berkawan.


Dalam diam, banyak yg kita belajar bila kita pergi ke sekolah. Tak semestinya belajar subject Mathematics, Sejarah, Kemahiran Hidup, Agama Islam dll. Kita belajar macam-macam bende sehingga sampai tak terkata aku dibuatnya.


Cinta Monyet. Normal untuk budak yg umur macam saya. Kita mula kenal cinta pertama kita and perkataan 'I Love You' 'I Miss You' 'I Need You' ' I Want You' bila kita mula jejak kaki ke sekolah. Apa yg saya cakap ni benar bukan? Aku yakin, semua orang ada crush dia time zaman persekolah kan? Ya. Termasuklah saya.


Cinta ada banyak jenis. Ada cinta yang ikhlas. Ada cinta yg tak ikhlas. Cinta yg tak ikhlas ialah menggunakannya untuk melepaskan nafsu. Mereka gunakan cinta ini untuk mebuat perkara-perkara yg dilaknat oleh Allah SWT iaitu Berzina. Menjadikan seseorang sebagai bakal suami/isteri tidak salah. Tetapi menjadikan seseorang untuk dijadikan boyfriend/girlfriend, saya tak pasti adakah ia salah ataupun tidak.


Sila tonton video ini, terima kasih :)







"Bercinta lepas kahwin must be much more awsome
and full with barakah."

12/7/11

Kawin dulu baru bercinta? Atau sebaliknya?

Assalammualaikum wbt semua. Maaf kami menyepi dalam jangka masa yang agak panjang. Well, kami bercuti.  Tapi dah kembali.

Trend sekarang. Bercinta baru kawin. Kononnya proses 'bercinta' ni proses mencari 'jodoh'. Tapi betul ke konsep ni? Dapat ke kita kecapi kebahagiaan nanti?

Tapi ada juga orang2 tua cakap. "jangan nak bercinta2. Belajar rajin2. Dapat kerja. Kawin. Barulah bercinta." Haaa... So, dalam hal ini. Kita kawin baru bercinta. Tapi konsep mana kah yang lebih baik? Yang lebih menjanjikan kita kebahagiaan apabila dah berumah tangga nanti?

Bila fikir2 balik kan. Setiap kaedah adalah untuk orang2 yang berbeza. Ada yang suka minum air pakai straw. Ada yang suka hirup dari cawan. Ada yang pakai piring bila air tu panas sangat. Kan?

SO, some goes here. Kita ikut konsep mana yang kita selese dan sesuai dengan. Jangan lah ambik satu konsep atau kaedah yang kita tak suka atau gemar. Tapi kalau mencuba tidak salah pun.

Bercinta sebelum kawin tu sebenarnya tak berapa digalakkan. Sebab orang bercinta ni macam2 boleh jadi. Terlanjur pun boleh berlaku. Namun istilah 'bercinta sebelum kawin' ni sebenarnya proses 'mengenali sebelum kawin'.

Kita nak pilih pasangan yang terbaik buat diri kita. Nak tahu dia yang kita perlukan tu macam mana? Dengan mengenali dia. Kan? SO, daripada buat maksiat apabila bercinta. Lebih baik kita kenal2 macam kenal kawan. Kalau berkenan. APA LAGI TUNGGU? KAWIN LAH !

HAHA. SO, kawin baru bercinta ni bagus. Kita kenal dulu. Sebagai kawan. Berkenan. Kawin. Lepas kawin. Dating lah puas2. Buat lah apa2 yang nak. Sebab hubungan tu dah jadi hubungan yang halal. Bercinta sebelum berkahwin ni bahaya sebab hubungan tu belum ada ikatan yang sah.

Jadi saranan MD adalah. Korang pilih lah konsep 'Kawin dulu baru bercinta'. Namum kene paham betul2 konsep ni. Bukan main melulu kata. Macam mana nak kawin kalau tak cinta/kenal? Padahal kita kenal dia sebelum kawin tapi proses 'bercinta' ni yang kita letak di selepas pernikahan .


Cinta boleh membutakan kita. Mengheret kita kelembah maksiat. Persahabatan boleh menyuluhkan hidup. Membantu meringankan segala sesusahan.
-Midnight Dweller

9/19/11

Surat Pengenalan.

Assalamualaikum.. kehadapan Najoha Insaq yang cantik lagi lawa orangnya. Semoga awak terus cemerlang dalam pelajaran dan sihat tubuh badan. Saya tahu awak mungkin agak risau akan peperiksaan PMR yang akan bermula tidak lama lagi.Tapi relax la sebentar dan baca surat ini.

Awak mungkin agak terkejut untuk menerima sepucuk surat dari saya. Sebenarnya saya pun tak nak surat-menyurat tapi disebabkan saya tiada nombor telefon awak, saya mengambil keputusan untuk menulis surat kepada awak. Tujuan sebenar surat saya adalah untuk berkenalan dengan awak dengan lebih rapat.

Nama saya Ismail Rajoli Bin Najib Tengah Botak atau saya lebih dikenali sebagai Perawan Gila di kalangan rakan-rakan yang rapat dengan saya. Saya seorang pelajar di Tingkatan 4 Cipan.. erk, maksud saya 4 Cemerlang. Awak mesti pelik macam mana saya boleh minat awak kan? Sebenarnya, dulu awak pernah maki hamun saya sebab makan bersepah kat kantin. Tapi takpe, saya tak kisah sebab saya tahu awak hanya menjalankan tugas awak sebagai seorang pengawas.

Sejak awak maki hamun saya, saya asyik termenung seorang diri, makan tak berselera, mandi tak basah dan haus tak minum. Setiap kali saya tidur saya akan termimpi awak memaki hamun saya. Suara awak yang nyaring tatkala memaki saya itu masih dapat saya ingat dengan jelas.

Disebabkan saya sentiasa mengingati awak, saya mengambil keputusan untuk menambahkan maklumat tentang awak. Oleh itu saya mula mengekori awak di sekolah. Saya bukan seorang stalker tapi saya cuma ingin tahu. Hasil pengekoran saya, saya telah mendapat tahu bahawa awak dalam kelas 3 Dungu dan keputusan percubaan awak adalah 2B 4C 1D 1E. Rupanya awak taklah pandai mana tapi bila kita sudah rapat nnti saya berjanji akan mengajar awak untuk membantu awak bersedia untuk PMR.

Selain itu, saya juga dapat tahu bahawa awak sedang single sekarang. Wah, tak sangka orang secantik awak pun boleh single. Tapi, percayalah, saya bukan nak usha awak, saya cuma nak berkawan sahaja. Tetapi kalau sudah jodoh kita berdua, nak buat macam mana kan? Kehkehkeh.

Untuk pengetahuan awak, saya ni pun agak 'hot' orangnya. Ramai dah awek yang nakkan saya tapi saya tolak cinta mereka sebab saya nak fokus kepada pelajaran. Saya juga seorang yang lebih bijak dari awak. Tak percaya? Percubaan PMR saya tahun lepas saya dapat 2a 2b 3c 1d. Saya juga sangat suka mempertahankan orang yang saya sayang. Kalau ada orang kacau awak nanti, awak terus beritahu saya. Nanti saya pukul orang tersebut. Memang untung kalau kenal dengan saya tau.

Saya tahu sebagai seorang pengawas sekolah, awak tak suka pelajar yang melanggar peraturan disiplin. Sebenarnya, saya selalu melanggar peraturan di sekolah. Ia seperti hobi saya. Setiap hari saya mesti buat sekurang-kurangnya tiga kesalahan. Tapi saya janji jika awak sudi berkenalan dengan saya, lepas ini saya tidak akan lagi melanggar peraturan sekolah. Malah saya sanggup menyertai pengawas demi awak.

Saya berharap awak balas surat saya ni dan sudi berkenalan dengan saya. Niat saya murni, tiada niat tersembunyi. Atau awak nak advance sikit dan terus contact saya melalui phone, nombor saya adalah 016-6666666 . Akhir kata, saya berikan serangkap pantun.

Gendang gendut tali kecapi,
Harap awak sudi berkenalan nanti.


Yang Kacak,
PERAWAN GILA!

8/14/11

Sekolah.


Korang nak tau apa yang lagi teruk daripada percintaan?
sekolah.
siapa suka sekolah angkat tangan.
haha, siapa yang angkat tangan tu gila.
seriously,
dengan budak-budak sekolah yang selalu dengki-mendengki, kawan-kawan yang tikam kita dari belakang, cikgu-cikgu sekolah yang berat sebelah, cikgu disiplin yang selalu sangat gunting rambut aku yang tengah lawa (serious cikgu jealous ke dengan rambut gua ni?), ex-ex lama aku yang selalu mengigatkan aku tentang kisah silam, kerja rumah yang terlebih banyak dan peperiksaan yang menyusahkan.
setiap kali kelas start kau teka aku buat apa?
hahaha, tu pun kalau boleh la kan. kalau tak boleh tidur aku
talk and talk and talk and talk.
awesome kan? hahaha. tapi serious sekolah pun ada perkara baik juga.
kalau bukan sebab sekolah mak ngan ayah aku mungkin tak akan berjumpa. kalau bukan kerana sekolah aku tak jumpa kawankawan baik aku yang aku nak bawak sampai mati.kalau bukan sebab sekolah aku takkan nak ber-blogging ni.
lagi satu masa sekolah lah masa yang paling berharga dalam hidup kita. pertemuan, perkenalan, perpisahan dan percintaan adalah perkara yang biasa kita lalui dalam hidup kita. tapi zaman sekolah kita lalui sekali sahaja seumur hidup kita. zaman persekolahan best. kalau tak percaya cuba tanya abang-abang dan kakak-kakak yang da tak sekolah, tanya dia best tak sekolah, rindu tak sekolah, mesti dia cakap rindu. really. school is good.
hahaha. so lepas ni jangan tidur dalam kelas dan cuba fokus kan study. ohh, dan jangan lupa enjoy masa persekolahan anda. bersiap sedia ke sekolah dengan azam baru!
YOURS TRULY,
Mister Stinson.