9/19/11

Surat Pengenalan.

Assalamualaikum.. kehadapan Najoha Insaq yang cantik lagi lawa orangnya. Semoga awak terus cemerlang dalam pelajaran dan sihat tubuh badan. Saya tahu awak mungkin agak risau akan peperiksaan PMR yang akan bermula tidak lama lagi.Tapi relax la sebentar dan baca surat ini.

Awak mungkin agak terkejut untuk menerima sepucuk surat dari saya. Sebenarnya saya pun tak nak surat-menyurat tapi disebabkan saya tiada nombor telefon awak, saya mengambil keputusan untuk menulis surat kepada awak. Tujuan sebenar surat saya adalah untuk berkenalan dengan awak dengan lebih rapat.

Nama saya Ismail Rajoli Bin Najib Tengah Botak atau saya lebih dikenali sebagai Perawan Gila di kalangan rakan-rakan yang rapat dengan saya. Saya seorang pelajar di Tingkatan 4 Cipan.. erk, maksud saya 4 Cemerlang. Awak mesti pelik macam mana saya boleh minat awak kan? Sebenarnya, dulu awak pernah maki hamun saya sebab makan bersepah kat kantin. Tapi takpe, saya tak kisah sebab saya tahu awak hanya menjalankan tugas awak sebagai seorang pengawas.

Sejak awak maki hamun saya, saya asyik termenung seorang diri, makan tak berselera, mandi tak basah dan haus tak minum. Setiap kali saya tidur saya akan termimpi awak memaki hamun saya. Suara awak yang nyaring tatkala memaki saya itu masih dapat saya ingat dengan jelas.

Disebabkan saya sentiasa mengingati awak, saya mengambil keputusan untuk menambahkan maklumat tentang awak. Oleh itu saya mula mengekori awak di sekolah. Saya bukan seorang stalker tapi saya cuma ingin tahu. Hasil pengekoran saya, saya telah mendapat tahu bahawa awak dalam kelas 3 Dungu dan keputusan percubaan awak adalah 2B 4C 1D 1E. Rupanya awak taklah pandai mana tapi bila kita sudah rapat nnti saya berjanji akan mengajar awak untuk membantu awak bersedia untuk PMR.

Selain itu, saya juga dapat tahu bahawa awak sedang single sekarang. Wah, tak sangka orang secantik awak pun boleh single. Tapi, percayalah, saya bukan nak usha awak, saya cuma nak berkawan sahaja. Tetapi kalau sudah jodoh kita berdua, nak buat macam mana kan? Kehkehkeh.

Untuk pengetahuan awak, saya ni pun agak 'hot' orangnya. Ramai dah awek yang nakkan saya tapi saya tolak cinta mereka sebab saya nak fokus kepada pelajaran. Saya juga seorang yang lebih bijak dari awak. Tak percaya? Percubaan PMR saya tahun lepas saya dapat 2a 2b 3c 1d. Saya juga sangat suka mempertahankan orang yang saya sayang. Kalau ada orang kacau awak nanti, awak terus beritahu saya. Nanti saya pukul orang tersebut. Memang untung kalau kenal dengan saya tau.

Saya tahu sebagai seorang pengawas sekolah, awak tak suka pelajar yang melanggar peraturan disiplin. Sebenarnya, saya selalu melanggar peraturan di sekolah. Ia seperti hobi saya. Setiap hari saya mesti buat sekurang-kurangnya tiga kesalahan. Tapi saya janji jika awak sudi berkenalan dengan saya, lepas ini saya tidak akan lagi melanggar peraturan sekolah. Malah saya sanggup menyertai pengawas demi awak.

Saya berharap awak balas surat saya ni dan sudi berkenalan dengan saya. Niat saya murni, tiada niat tersembunyi. Atau awak nak advance sikit dan terus contact saya melalui phone, nombor saya adalah 016-6666666 . Akhir kata, saya berikan serangkap pantun.

Gendang gendut tali kecapi,
Harap awak sudi berkenalan nanti.


Yang Kacak,
PERAWAN GILA!

No comments:

Post a Comment