9/15/11

Harapan.

Dia seorang yang kelihatan kuat, gagah dan tabah. Saat dia ditinggalkan dia hanya menitiskan air mata jantannya seketika. Selepas itu, tiada lagi air mata. Saat dia disakiti, dia hanya meraung sebenta. Selepas itu, tiada lagi raungan. Saat dia dihina, dia hanya mendengar dan marah sebentar. Selepas itu, tiada lagi kemarahan.

Sebenarnya dalam hatinya siapa tahu? Dalam hatinya dia rasa dirinya sangat lemah dan hampir tidak mampu berdiri. Dalam hatinya dia rasa dia perlu tampil gagah untuk tunjukkan dia mampu hidup dengan hati yang terluka. Dalam hatinya dia rasa dia perlu dilihat sebagai seorang yang tabah menghadapi cabaran dalam hidupnya.

Tetapi...

Orang lain tidak tahu betapa dia mahu untuk menyendiri dalam biliknya untuk menangis keseorangan. Orang lain tidak tahu betapa dia mahu meraung sekuat-kuatnya ketika hatinya disakiti. Orang lain tidak tahu betapa dia mahu marah membara hatinya ketika dia dihina dan dicaci.

Namun, dia tahu dia tak mahu buat semua itu. Dia percaya. Dia percaya bahawa satu hari nanti seseorang akan membawa HARAPAN dalam hidupnya. HARAPAN itulah yang memberikannya kekuatan untuk terus hidup. HARAPAN itulah yang membuatnya menyekat air mata, menghalang raungan dan menahan kemarahan.

Dia percaya hidupnya akan disinari HARAPAN. Dia percaya satu hari hidupnya akan disinari kebahagiaan dan kegembiraan. Dia senantiasa berharap bahawa hari esok adalah lebih baik dari hari ini. Dia juga berharap kesakitan yang sering dirasai itu akan hilang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pesanan: Harapan telah membantu banyak orang untuk move on dan terus jalani hidup. Just ingat supaya tidak terlalu berharap sangat.

Stinson: Haish, sibuk dek pelbagai masalah yang melanda. Berharap setiap yang berlaku ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment