8/17/11

Moving On.

Post kali ini mengenai move on. Haha. Sakit ketika berpisah tu boleh buat seseorang itu tak mampu nak move on. Moving on is important when the other person does not love you anymore. Memang lah sakit, tapi kuatkan hati, perasaan dan diri supaya mampu lupakan si dia.

Apa tanda-tanda kita kena move on? Ok, simple. Bila Ex kita cakap 'saya takkan boleh nak cinta awak lagi' ataupun bila Ex kita da bersama orang lain. Ok, korang mesti cakap yang korang masih ada peluang dgn Ex korang selagi Ex korang tu belum kahwin kan? Memang lah blogger lagi sorang ( Midnight Dweller ) ada cakap yang seseorang tu belum benar-benar dimiliki selagi belum berkahwin tapi please lah sedar sedikit. Kalau orang tu punya hati sudah tertutup untuk kau takkan lah kau nak paksa dia bukak semula hati dia? Ok, mungkin dia boleh paksa hati dia untuk terbuka semula untuk korang tapi korang kena ingat yang benda kalau dipaksa takkan sama macam benda yang dibuat secara sukarela.

Yes, aku faham. Korang mesti cakap yang korang takkan boleh nak jumpa wanita seperti dia. Dan korang memang takkan boleh. Tapi percayalah bahawa ada orang yang lebih baik di luar sana. Perbaiki diri kau dan insyaallah ada jodoh yang baik untuk kau di luar sana. Ingat lelaki yang baik adalah buat wanita yang baik. Buat apa nak seksa diri kau menunggu orang yang mungkin takkan kembali? Dosa tau seksa diri.

Ok, aku kan baru clash. Masa mula-mula dulu memang aku taknak dan tak boleh nak move on. Tapi aku sangat berterima kasih dengan kawan-kawan aku yang ada sewaktu aku sedih dulu. Petikkan perbualan aku dengan kawan baik aku dulu:

Kawan: Sudah-sudah lah bersedih.
Aku : Tak boleh tak sedih. Aku dah cuba berkali-kali nak berhenti bersedih tapi sememangnya tak boleh. Aku perlukan bantuan kau.
Kawan: Sebelum ni kau break siapa tolong kau bangun semula?
Aku : Kau lah.
Kawan: Tak. Aku rasa kau dah bangun sendiri sebelum ni kan?
Aku : Memang lah.
Kawan: Kenapa kali ini perlukan bantuan aku pula?
Aku : Tak tahu lah sebelum ni aku tak sakit macam ni.
Kawan: Aku boleh tolong setakat mana aku mampu je, tapi kau kena move on sendiri.

Pengajarannya, kawan memang membantu masa kita nak move on tapi sebenarnya yang kena move on adalah kita sendiri. Sekarang aku dah move on. Aku dah mampu nak tersenyum melihat Ex aku dengan orang lain. Ingat lah ni, kalau Ex korang dah bahagia, korang bila lagi? Cuba lah move on. Cukup-cukup lah korang menyeksa diri. Kalau korang taknak move on juga aku tak tau apa nak cakap kat korang lah. Sendiri mahu fikirlah kehidupan korang. Tak guna sakitkan diri sendiri lah. MOVE ON.

BLOGGER YANG SAYANGI ANDA,
MISTER STINSON

1 comment:

  1. haha. name aku ade kat situ. bangga.
    nice one dude. betul.
    walaupun dia xdimiliki lagi.
    we have to move on.
    kalau dia dah xcinta kita.
    xde gune kita tunggu.
    kalau jodoh.
    akan datang pasti jumpe balik.

    ReplyDelete