Showing posts with label nice vs bad. Show all posts
Showing posts with label nice vs bad. Show all posts

9/7/12

Underage boys with Older girls

Hellooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.
Telah agak terlalu lama menyepi.
Mungkin sebab dah sibuk dengan peperiksaan.
Hampir semua blogger dalam ni sibuk dengan SPM dan PMR.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok. Ke topik. Pendapat aku tentang orang lelaki yang lagi muda bercinta dengan orang perempuan yang lebih tua.

Bagi aku, biasanya orang lelaki yang lagi muda akan ada masalah kalau bercinta dengan perempuan lagi berusia. Firstly because, lelaki lambat matang. Ni fakta aktual dari pakar luar negara so jangan nak kata aku salah. Biasanya perempuan akan matang dulu dari lelaki dan kebiasaannya ini menimbulkan masalah bila berdepan masalah yang memerlukan si lelaki untuk menyelesaikan masalah tersebut. Of course ada exception contoh terbaik adalah Nabi kita tapi dia Nabi, kita manusia biasa. So kalau boleh elakkan usha awek lagi tua kalau sedar akal tu masih macam budak sepuluh tahun.

Second, senang jealous. K, aku tahu ni biasanya masalah perempuan bukan lelaki tapi biasanya lelaki kurang matang ni kurang kepercayaan diri oleh itu dia lagi sukar nak percaya orang lain, terutama sekali teman wanita yang lebih tua. This is sebab utama perempuan tak boleh handle bf yang lagi muda especially kalau bf tu jenis jealous tak bertempat.

Third, sosial aktiviti perempuan lagi tua. Ni rumit sedikit. Biasanya kalau korang tengok perempuan lagi tua ni lebih banyak bersosial dengan lelaki berbanding perempuan lagi muda kan? Itu perkara biasa. Tapi untuk lelaki yang lagi muda mungkin dia tengok rakan perempuan sebaya dia semua tak begitu bersosial dengan lelaki lagi tua seperti gf mereka. Ni akan membuat lelaki tu rasa terancam dan takut kerana gf mereka membuat sesuatu yang diluar kebiasaan mereka.

Fourth, kebodohan lelaki kurang usia. Lelaki yang muda ni biasanya *ehem* bodoh sikit. Standard lah lelaki tak cukup usia. Bila ilmu tak setanding dengan perempuan lagi tua, lelaki itu akan mudah terpengaruh dengan setiap gosip buruk pasal si gf. Ni akan mempercepatkan lagi proses perpisahan.

Ok tu je kot. Mungkin ada lagi tapi aku tak mengetahui. My advice is: Girls, look for older men. Kalau tak boleh advice aku adalah: Perempuan, belajar bersabar dengan sikap kurang matang si lelaki dan kepada lelaki, belajar percayakan si perempuan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Stinson says: Damn. Menyesal ambil Sains Perakaunan. Susah nak mampus. Oh, aku tulis ni sebab ada orang yang rapat dengan aku couple dengan budak lelaki lagi muda. Harap Lazer akan kembali bangkit semula.

7/19/12

Hi haters...

Hi dan Assalamualaikum.




Lamanya tak buka Lazer User. Kami semua tengah busy dengan exam. Ada yang nak SPM dan PMR tahun ni. Doakan kejayaan klami :-)


Back to the point. Dari tajuk tu aku rasa korang dah tau apa yang aku nak cakap. Haters. Macam pisang goreng panas pasal isu haters ni. Susah kalau ada haters. Kinda weird dengan si haters ni. Tak rasa malu ke nak sound sound orang bagai. Memanglah semua orang ada hak nak bersuara tapi tak payah la sampai kau ajak satu kampung nak benci dia. Buat page anti ni anti tu. Ya Allah kau ni...


Semua orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Cerminlah diri kau tu dulu sebelum kau nak jadi 'haters' kepada seseorang. Kau pun bukannya 100% perfect. Tak payah nak benci-benci sangat la. Agama Islam pun melarang umatnya untuk benci antara satu sama lain. Agama lain pun mungkin ada pendiriaan dia sendiri.


Menjaja keaiban orang sana sini. Kau ingan bagus sangat je perangai kau tu? Ya Allah. Sedar la sikit. Orang bukan suka tau, orang menyampah dengan perangai bodoh kau tu. Aku rasa budak tadika tengok perangai kau pun boleh gelak guling-guling sampai semput kena sedut gas dekat hospital sebab perangai kau tu. Berubah la.


Kau. Ya kau yang ramai sangat haters tu. Kau pun tak payah la nak maki hamun dia balik bila dia dah sound kau. Aku tau la kau bengang. Tapi jaga-jaga la sikit. Patutnya kau ambil iktibar apa yang dia cakap dekat kau tu. Mungkin kau boleh berubah menjadi manusia yang lebih baik. Siapa tau?


Berubah la sebelum terlambat. Puasa pun dah nak dekat. Takan kau nak tunggu raya nanti baru kau nak minta maaf antara satu sama lain? So. aku sarankan kalau kau rasa kau ada benci dekat someone tu cepat-cepat la ye minta maaf. Nanti tak sempat susah pulak jadinya. So, thats all for today. Bye!


p/s : Don't judge someone by its personality.

12/21/11

Cinta.

Assalamualikum.


Bila tengok cerita High School Musical, rasa macam, ehhh bestnya pergi sekolah. Tapi bila kita pergi sekolah, rasa macam duduk dalam penjara. Tapi tapi tapi. Dekat sekolah lah tempat kita belajar. Dekat sekolah jugak lah yg mengajar kita erti kehidupan. Dekat situ jugak lah tempat untuk kita berkawan.


Dalam diam, banyak yg kita belajar bila kita pergi ke sekolah. Tak semestinya belajar subject Mathematics, Sejarah, Kemahiran Hidup, Agama Islam dll. Kita belajar macam-macam bende sehingga sampai tak terkata aku dibuatnya.


Cinta Monyet. Normal untuk budak yg umur macam saya. Kita mula kenal cinta pertama kita and perkataan 'I Love You' 'I Miss You' 'I Need You' ' I Want You' bila kita mula jejak kaki ke sekolah. Apa yg saya cakap ni benar bukan? Aku yakin, semua orang ada crush dia time zaman persekolah kan? Ya. Termasuklah saya.


Cinta ada banyak jenis. Ada cinta yang ikhlas. Ada cinta yg tak ikhlas. Cinta yg tak ikhlas ialah menggunakannya untuk melepaskan nafsu. Mereka gunakan cinta ini untuk mebuat perkara-perkara yg dilaknat oleh Allah SWT iaitu Berzina. Menjadikan seseorang sebagai bakal suami/isteri tidak salah. Tetapi menjadikan seseorang untuk dijadikan boyfriend/girlfriend, saya tak pasti adakah ia salah ataupun tidak.


Sila tonton video ini, terima kasih :)







"Bercinta lepas kahwin must be much more awsome
and full with barakah."

10/7/11

TUDUNG dan perempuan ; APA KATA MD

Assalammualaikum. Sorry aku dah lama xpost. Agak busy lately. LAZER USER sendiri dah makin menyepi buat mase ni. Buat mase ni lah. Akan datang. InsyaALLAH active balik. So, nanti-2 kan.

Post kali ni aku nak tegur/cakap/mention pasal TUDUNG. Yes, TUDUNG. I'm sure all of you know what tudung is. Lagi-2 kaum hawa. Tudung itu satu bahan atau pemakaian bagi perempuan terutama yang ISLAM.

Makin hari aku lihat makin ramai gaya tudung zaman kini. Alhamdulillah. Ada juga perubahan dan perkembangan. SO, kaum hawa xde lah bosan kan pakai tudung yang sama setiap masa. Betul tak?

Tapi korang jangan main pakai tudung dan main beli je. Korang perlu ingat bahawa tudung itu adalah untuk menutup aurat anda. Termasuk bahagian dada. Jangan lah pakai tudung parasnya lagi atas dari dada.

Aku sebagai seorang dari kaum adam rasa wajar bagi aku untuk menegur. Jangan lah pakai tudung tpi parasnya atas dari dada(tidak menutup dada).

Dan kalau dah pakai tudung tu . Pakai lah pakaian yang sopan. Ni pakai tudung pastu pakai baju tak de lengan lah. Ketak-2 lah. Sendat-2 lah. MasyaALLAH.

Tapi kegunaan tudung masa ni dah makin mengecewakan . yes, terAMAT mengecewakan. Aku lihat ramai perempuan zaman sekarang ni suka FREEHAIR. Memperlihatkan rambut dan aurat mereka dikalangan awam.

Tapi yang aku pelik. Korang tahu perbuatan itu dosa. Tapi masih korang buat. Knpa? Tak takot dosa? Tak takut azab neraka?

Jangan sia-sia kan kehidupan anda.
Dan ternyata. Bagi kaum adam.
Kami lebih nampak anda manis berTUDUNG.
By; MidnightDweller

PERUBAHAN ITU SATU KONSEP KEHIDUPAN

9/20/11

First Impression

Dah lama gak aku tak buka blogger ni. HAHA. Been busy lately. Mencari inspirasi dan pengalaman untuk korang semua. SO, mari semua bersegak dan berpakaian sexy sebab kita nak buat sesi berkenalan bersama First Impression.

Gaya, keterampilan melambangkan siapa kita. Kan? Tapi dari segi luaran je. Kali pertama kita pandang seseorang. Kita boleh teka sifat dia macam mane apabila melihat gaya dia. Yes itu fakta.

But looks can be deceiving. Yes that's another fact. You can never judge a book by it's cover. Nampak baik tapi hati busuk. Nampak muke ganas tapi hati lembut.

Nampak baik hati macam orang yang setia tapi player. Yes. First impression is important. Tapi kalau betul-2 nak tahu peribadi seseorang. Perlulah mengenali dia dengan lebih rapat. Dengan lebih dalam.

Kadang-2 kita kutuk orang bile kite nampak dia suke buat sesuatu yang janggal di mata kita. Tapi terdetik tak kat hati kita kenapa dia buat macam tu? Tertanya-tanya tak?

The truth hurts sometimes tapi itu apa yang aku selalu cari. Kebenaran tentang setiap sesuatu. Maybe dia menyendiri sebab dia ade pengalaman buruk tentang sesuatu dalam hidup. Maybe dia perangai pelik sebab dia pernah dilukakan.

First time impression should not be taken seriously. If you want the truth. Get to know that person better.


Find a better side of a person on the inside not outside.
BY; MidnightDweller

8/23/11

Nice Guys VS Bad Guys

Sebelum MD mula berkata-kata. enjoy this song and dengar lirik dia betul-2. Ade kene mengene dengan topic kali ni. And fyi. It's about relationship and love.



Okay, aku  tahu video ni dah lame ade kat youtube tu. Dah banyak views dah pun. Tapi aku bukan nak promosi kan video or artis-2 dalam video ni. 

Except for CHESTER SEE. He's awesome. His love songs are very inspiring and you guys should really listen to his songs. (nanti aku relate kan topic-2 aku kat lagu dia banyak-2)  HAHA

Back to the topic. NICE guys VS BAD guys. Nice dan Bad yang aku maksudkan ni perlakuan. Bukan macam polis lawan penjahat. Tidak. Perlakuan yang macam dalam video.

Kalau dilihat perempuan zaman sekarang kan. Ramai yang suka bergaul dengan lelaki yang ade bad attitude. Korang perasan tak? Perempuan remaja ni. Suka berpasangan dengan lelaki yang bergelar 'bad boy'?

Tapi aku pelik. Seriously pelik sangat-2. Ape yang korang dapat ha couple dengan mereka? Layan orang yang perangai teruk macam mereka? Aku tengok dia tak hargai korang pun. Dia main pakai buang je.

Korang gemar ignore lelaki yang baik-2. But, he's not even 100% nice. Aku pernah lalui situasi yang agak pelik dan sukar dipercayai. Korang bayangkan. Aku tak cakap pun nak couple. Just kenal-2 atas niat nak usha.

And sampai satu tahap ni. Si perempuan akan cakap begini. "Kite kawan je eh? Saya tak cukup sempurna untuk awak. Awak terlalu sempurna untuk saya" 

whatta FISH. HAHA. kan? Aku ni boleh dikatekan 45% bad. Tak percaya? Tanya mama aku. Tanye ex-2 aku. And yet. Aku direject sebab aku terlalu sempurna atau kata lain NICE.

Okay. Fine. Love is blind. Kalau lelaki macam gitu yang korang nak bersama. Aku tak kisah pun. Malah kami lelaki yang kalian anggap NICE tak kisah.

Sebab we are true to ourself. Our love is pure. Tak de kejahatan dan nafsu dalam cinta kami. Dan in the end. Cinta kami yang suci dan dapat dikekalkan. SO, BAD guys menang sekarang dalam jangka masa yang pendek. 

NICE guys menang akan datang dalam jangka masa yang panjang. It's more beneficial that way. SO, overall. NICE guys WIN !

"Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik"
(ayat yang biase Mister Stinson cakap kat aku)
BY; Midnight Dweller