Showing posts with label women. Show all posts
Showing posts with label women. Show all posts

8/10/12

Umur pasangan.

Hi and Assalamualaikum.


Today is Friday. Wiwiwiwiwiwiwiwi~ Semua students tunggu saat ni. Lol~ Ok. Oh, btw. Sekarang ni tengah musim trial PMR. So, good luck untuk siapa yang ambil exam tu!


Ok back to the topic. Kalau sebut pasal umur 'boyfriend' yang diidamkan oleh perempuan, of course la lebih tua dari dia kan? Tapi tak semua yang nak boyfriend yang lebih tua dari dia. Ada yang nak sebaya, ada yang nak lebih muda dari dia and etc. Tapi orang tua-tua kata, perempuan kalau nak cari pasangan hidup kena cari yang lebih tua, lelaki kalau nak cari pasangan hidup kena cari yang muda. Ok. Aku akan explain.




Pada pendapat aku, kebanyakannya perempuan lebih suka lelaki yang umur dia lebih tinggi dari dia.  Sebab, first. Perempuan ni sebenarnya tak matang sangat. Sorry to say eh. Jangan kecil hati pulak bila aku cakap macam tu. Lulzz~ Perempuan perlukan someone yang boleh matangkan diri dia. Hidup mestilah kena matang kan? Nak main-main sangat pun tak boleh. Kita hidup umur makin lama makin meningkat. Tak kan hidup nak kekal perangai macam budak kecil. Kena lah ubah sikap tu.


Seterusnya. Ada sesetengah yang anggap bila ada teman yang lebih tua dari dia ni, orang tu akan protect dia. Bagi aku, itu betul. Sebab kalau aku pun, aku mesti nak ada boyfriend yang boleh protect aku. Rasa macam... Omg... Sweetnya bila ada orang nak protect kita... Rasa macam diri ni dihargai. Lagi-lagi kalau yang badan dia muscular. Wuwuwuwu~ Tapi bukan ke memang dikatakan bahawa lelaki diciptakan untuk melindungi wanita. So lelaki kenlah protect perempuan walawpun perempuan tu ganas mana pun ke ape benda yang terjadi! PErempuan yang ganas ni comel tau. Dalam hati, ada taman. Katanya. Eh?


Tapi zaman sekarang kan kalu korang perasan, lelaki lebih suka perempuan yang lebih berusia. Kenapakah? Persoalan mula timbul.


Ada lelaki cakap sebab perempuan yang lebih tua ni matang. Eh? Actually kematangan seseorang bukan berdasarkan umur dia. Macam aku cakap tadi, perempuan ni tak matang sangat sebenarnya. Kalau ikut sains la kan. Kematangan perempuan berdasarkan hormon dia. Kalau hormon dia cepat matang, cepat matang la dia. Kalau hormon dia lambat matang, lambat matang la dia.


Ada jugak yang cakap perempuan yang lebih tua ni lebih berpengalaman. Aku bukan nak cakap benda kotor k. Tolong jangan fikir bukan-bukan. Kononnya. Perempuan lebih tua dia berpengalaman dalam hidup dia. Dia tau macam mana nak selesaikan sesuatu masalah. Eh? Yeke? Kalau yang jenis yang lambat fikir tu boleh cepat selesaikan masalah ke? Sorry kalau apa yang aku cakap tadi agak sensitif. Dan ada lelaki beranggapan bahawa perempuan muda ni cerewet, tak pandai nak selesaikan masalah, hanya menambahkan masalah je ade la. Betul ke?


Secara konklusinya, umur pasangan kita tak penting pun dalam sesuatu perhubungan. Umur ni hanya perkara tambahan. Yang penting hati dan perasaan. Kalau seseorang tu perangai matang, romantik, badan muscular, pandai tapi dalam hati perasaan cinta tu tak pernah pun wujud... tak guna apa pun.



8/2/12

Sluts.

SLUTS.

Today I was given the task of talking about sluts. Ini perkara sensitif yang aku lihat sudah semakin bertambah di kalangan remaja-remaja sekarang ini.

What are sluts? Bagi aku sluts merupakan perempuan yang merendahkan harga diri masing-masing semata-mata untuk mendapatkan perhatian orang disekeliling mereka. Mungkin cara pemakaian diorang, cara percakapan diorang or maybe cara pergaulan diorang. Sluts ini akan cuba buat perkara yang mengaibkan diri semata-mata untuk perhatian.

Kenapa seorang perempuan menjadi sluts?

Well, maybe kurang perhatian dari parents or family sendiri. Ini perkara biasa oleh keluarga yang kurang kasih sayang.

Of course ada juga faktor kebodohan diri dan mudah terpengaruh. Ini terjadi kepada perempuan yang kurang pelajaran. Keadaan mereka yang bodoh tu membuat mereka sangat senang terpengaruh dengan rakan-rakan mereka atau western culture.

Selain itu, ada juga perempuan yang personaliti dia memang sosialis, di mana dia perlukan perhatian orang untuk rasa diri bernilai. Perempuan jenis ini kadang kala sengaja ambil jalan mudah iaitu merendahkan harga diri sendiri semata-mata hendak perhatian orang.

My take on sluts? Kita kena kasihani mereka dan menasihati mereka. Mereka perlukan bimbingan kita semua. Boyfriend mana suka awek slut? Suami mana nak isteri slut? Sluts out there, please change yourself.

There is no need to sell yourself cheaply. Good guys love girls who are hard to get. Besides, if you are so easy to get, then you can also be easily thrown away.

Stinson: Dah nak bukaaaaaaaaaaaaa

7/19/12

Hi haters...

Hi dan Assalamualaikum.




Lamanya tak buka Lazer User. Kami semua tengah busy dengan exam. Ada yang nak SPM dan PMR tahun ni. Doakan kejayaan klami :-)


Back to the point. Dari tajuk tu aku rasa korang dah tau apa yang aku nak cakap. Haters. Macam pisang goreng panas pasal isu haters ni. Susah kalau ada haters. Kinda weird dengan si haters ni. Tak rasa malu ke nak sound sound orang bagai. Memanglah semua orang ada hak nak bersuara tapi tak payah la sampai kau ajak satu kampung nak benci dia. Buat page anti ni anti tu. Ya Allah kau ni...


Semua orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Cerminlah diri kau tu dulu sebelum kau nak jadi 'haters' kepada seseorang. Kau pun bukannya 100% perfect. Tak payah nak benci-benci sangat la. Agama Islam pun melarang umatnya untuk benci antara satu sama lain. Agama lain pun mungkin ada pendiriaan dia sendiri.


Menjaja keaiban orang sana sini. Kau ingan bagus sangat je perangai kau tu? Ya Allah. Sedar la sikit. Orang bukan suka tau, orang menyampah dengan perangai bodoh kau tu. Aku rasa budak tadika tengok perangai kau pun boleh gelak guling-guling sampai semput kena sedut gas dekat hospital sebab perangai kau tu. Berubah la.


Kau. Ya kau yang ramai sangat haters tu. Kau pun tak payah la nak maki hamun dia balik bila dia dah sound kau. Aku tau la kau bengang. Tapi jaga-jaga la sikit. Patutnya kau ambil iktibar apa yang dia cakap dekat kau tu. Mungkin kau boleh berubah menjadi manusia yang lebih baik. Siapa tau?


Berubah la sebelum terlambat. Puasa pun dah nak dekat. Takan kau nak tunggu raya nanti baru kau nak minta maaf antara satu sama lain? So. aku sarankan kalau kau rasa kau ada benci dekat someone tu cepat-cepat la ye minta maaf. Nanti tak sempat susah pulak jadinya. So, thats all for today. Bye!


p/s : Don't judge someone by its personality.

10/24/11

Break?






Zaman sekarang memang tak sah kalau seorang remaja tak bercinta.

Kalau dah bercinta memang tak boleh berpisah. Berkepit 24 jam. Kalau texting kalau boleh dalam jamban pon nak texting. Maaf la kalau ada mana pihak yang terasa. Ini megikut pengalaman yang pernah saya lalui je la.

Berdasarkan tajuk diatas. Kalau dalam sesebuah percintaan, mesti la banyak problem.Kalau dah banyak sangat problem smpi tak boleh handle, memang sah-sah la kan break. Ya, break. Itulah topik utk hari ini.

Orang kalau baru break dengan boyfriend/girlfriend, mesti meroyan tak tentu pasal kan? Heihh. Cameon la weyy. Get up! Dah jodoh korang samapi situ je, nak buad macam mane. Terima je lah hakikat sebenar yang kau dengan dia dah tade pape hubungan.

Kepada perempuan, name pon 'break' ofc la meroyan tak tentu pasal kan. Menangis la puas-puas. Sampai air mata kau tu kering. Mungkin dengan menangis, kau boleh lupekan dia. Kalau tak boleh jugak. Ajak kawan korang pergi hangout ataupun buang semua barang yang pernah dia kasi dekat korang. Kalau sayang sangat barang tu, amek simpan dalam kotak. Then, letak jauh-jauh.

Kepada lelaki. Kalau nak cover macho tana menagis, pergi ajak member tengok bola sampai lewat malam. Balik rumah terus tidur. Confirm korang dah tak ingat pasal dia. Kalau tak boleh jugak. Buang semua barang yang dia pernah kasi dekat korang. Kalau sayang sangat dekat barang tu, amek simpan dalam kotak. Then, letak jauh-jauh.

Biarlah kenanagan antara korang dengan si dia menjadi sejarah dalam diari hidu korang. Jadikan ia sebagai pengajaran. Buang yang keruh ambil yang jernih.



*I'm new here. Salam perkenalan :)


Lots of love, NSM.

10/10/11

Mak ai! Terlanjur tu! Nak buat apa kalau terlanjur?

Ahohoi! Hari ni nak cerita pasal terlanjur. Terlanjur apa? Terlanjur di atas katil la!

Hoho. Seronok kan? Best? Itukan tanda kita sayang sangat-sangat kat kekasih kita so, tak salah la kan?

Tapi,

Yang perempuan bila perut dah mengembung, period pun dah terhenti apa mau buat? Taubat? Insaf?

Sorry tapi anda terlambat. Sepatutnya anda fikir sebelum buat. Ni tak. Nak syok sepuluh minit tapi nak tanggung sembilan bulan.

Tanggung? Tanggung apa? Tanggung malu! Tanggun hina! Tanggung pandangan orang!

Tapi,

Kalau dah bijak sangat, mula lah nak tambah dosa. Mulalah cari tempat gugur. Haish. Tak cukup zina, nak dosa bunuh kandungan pula? Wah, ni macam calon penghuni neraka je.

Atau,

Kalau nak lagi bijak, ada juga yang tak gugur. Tapi, bila bayi lahir bayi itu terus di tidurkan di dalam tong sampah, longkang dan sebagainya. Wah, ni memang bijak. Albert Einstein pun kalah tau. Tanggung bayi itu sembilan bulan tapi bila dah lahirkan buang je? Tiada perasaan betul.

Sepatutnya,

Kau kena bawa berbincang benda ni. Jangan ingat kau boleh handle sendiri. Kalau jantan tu lari, bincang ngan parents kau. Of course bayi tu tidak boleh digugurkan dan mungkin kau terlalu muda untuk jaga bayi itu oleh itu kau boleh mencari pusat kebajikan untuk menyerahkan bayi itu. Tak pun cari pasangan suami isteri yang tak boleh nak hasilkan anak walau dah banyak kali cuba (tak macam kau, cuba terus dapat) dan serahkan anak kau. Mesti dia hargai dan jaga anak kau betul-betul.

Yang lelaki pula,

Wow, hebat sungguh kau. Sejahat-jahat, sesetan-setan aku pun, aku tak pernah terlanjur.

Terlanjur pukul orang, terlanjur ponteng sekolah pernahlah tapi terlanjur di atas katil tak pernah.

So, aku nak ucap syabas kat korang yang berjaya terlanjur ni. Kau da berjaya tempah tiket ke neraka jahanam.

Paling-paling, kalau kau dah terlanjur kau bertanggungjawab la. Jaga minah tu. Kahwin dengan dia. Lepas tu bila dia dah beranak, bela anak tu sama-sama.

Tapi,

Malang sekali, lelaki sekarang lebih suka lari dari tanggungjawab mereka. Haish, berani buat berani tanggung boleh tak? Haha.

Aku buat post ni bukan nak mengutuk korang yang dah alami dan bukan nak menggalakkan korang untuk buat. Cuma nak beritahu korang yang korang sentiasa ada pilihan. Jangan terburu-buru buat keputusan yang bodoh. Dah buat, beranilah tanggung, jangan jadi pengecut.

Sudah cukup penat aku mencoret.
Harap tidak akan dicaci dan dicerca.
Walau otakku agak senget.
Harap berguna untuk para pembaca.
Aku tak suka pakai baju ketat,
Akulah PERAWAN GILA!

10/7/11

TUDUNG dan perempuan ; APA KATA MD

Assalammualaikum. Sorry aku dah lama xpost. Agak busy lately. LAZER USER sendiri dah makin menyepi buat mase ni. Buat mase ni lah. Akan datang. InsyaALLAH active balik. So, nanti-2 kan.

Post kali ni aku nak tegur/cakap/mention pasal TUDUNG. Yes, TUDUNG. I'm sure all of you know what tudung is. Lagi-2 kaum hawa. Tudung itu satu bahan atau pemakaian bagi perempuan terutama yang ISLAM.

Makin hari aku lihat makin ramai gaya tudung zaman kini. Alhamdulillah. Ada juga perubahan dan perkembangan. SO, kaum hawa xde lah bosan kan pakai tudung yang sama setiap masa. Betul tak?

Tapi korang jangan main pakai tudung dan main beli je. Korang perlu ingat bahawa tudung itu adalah untuk menutup aurat anda. Termasuk bahagian dada. Jangan lah pakai tudung parasnya lagi atas dari dada.

Aku sebagai seorang dari kaum adam rasa wajar bagi aku untuk menegur. Jangan lah pakai tudung tpi parasnya atas dari dada(tidak menutup dada).

Dan kalau dah pakai tudung tu . Pakai lah pakaian yang sopan. Ni pakai tudung pastu pakai baju tak de lengan lah. Ketak-2 lah. Sendat-2 lah. MasyaALLAH.

Tapi kegunaan tudung masa ni dah makin mengecewakan . yes, terAMAT mengecewakan. Aku lihat ramai perempuan zaman sekarang ni suka FREEHAIR. Memperlihatkan rambut dan aurat mereka dikalangan awam.

Tapi yang aku pelik. Korang tahu perbuatan itu dosa. Tapi masih korang buat. Knpa? Tak takot dosa? Tak takut azab neraka?

Jangan sia-sia kan kehidupan anda.
Dan ternyata. Bagi kaum adam.
Kami lebih nampak anda manis berTUDUNG.
By; MidnightDweller

PERUBAHAN ITU SATU KONSEP KEHIDUPAN

9/20/11

First Impression

Dah lama gak aku tak buka blogger ni. HAHA. Been busy lately. Mencari inspirasi dan pengalaman untuk korang semua. SO, mari semua bersegak dan berpakaian sexy sebab kita nak buat sesi berkenalan bersama First Impression.

Gaya, keterampilan melambangkan siapa kita. Kan? Tapi dari segi luaran je. Kali pertama kita pandang seseorang. Kita boleh teka sifat dia macam mane apabila melihat gaya dia. Yes itu fakta.

But looks can be deceiving. Yes that's another fact. You can never judge a book by it's cover. Nampak baik tapi hati busuk. Nampak muke ganas tapi hati lembut.

Nampak baik hati macam orang yang setia tapi player. Yes. First impression is important. Tapi kalau betul-2 nak tahu peribadi seseorang. Perlulah mengenali dia dengan lebih rapat. Dengan lebih dalam.

Kadang-2 kita kutuk orang bile kite nampak dia suke buat sesuatu yang janggal di mata kita. Tapi terdetik tak kat hati kita kenapa dia buat macam tu? Tertanya-tanya tak?

The truth hurts sometimes tapi itu apa yang aku selalu cari. Kebenaran tentang setiap sesuatu. Maybe dia menyendiri sebab dia ade pengalaman buruk tentang sesuatu dalam hidup. Maybe dia perangai pelik sebab dia pernah dilukakan.

First time impression should not be taken seriously. If you want the truth. Get to know that person better.


Find a better side of a person on the inside not outside.
BY; MidnightDweller

8/23/11

Nice Guys VS Bad Guys

Sebelum MD mula berkata-kata. enjoy this song and dengar lirik dia betul-2. Ade kene mengene dengan topic kali ni. And fyi. It's about relationship and love.



Okay, aku  tahu video ni dah lame ade kat youtube tu. Dah banyak views dah pun. Tapi aku bukan nak promosi kan video or artis-2 dalam video ni. 

Except for CHESTER SEE. He's awesome. His love songs are very inspiring and you guys should really listen to his songs. (nanti aku relate kan topic-2 aku kat lagu dia banyak-2)  HAHA

Back to the topic. NICE guys VS BAD guys. Nice dan Bad yang aku maksudkan ni perlakuan. Bukan macam polis lawan penjahat. Tidak. Perlakuan yang macam dalam video.

Kalau dilihat perempuan zaman sekarang kan. Ramai yang suka bergaul dengan lelaki yang ade bad attitude. Korang perasan tak? Perempuan remaja ni. Suka berpasangan dengan lelaki yang bergelar 'bad boy'?

Tapi aku pelik. Seriously pelik sangat-2. Ape yang korang dapat ha couple dengan mereka? Layan orang yang perangai teruk macam mereka? Aku tengok dia tak hargai korang pun. Dia main pakai buang je.

Korang gemar ignore lelaki yang baik-2. But, he's not even 100% nice. Aku pernah lalui situasi yang agak pelik dan sukar dipercayai. Korang bayangkan. Aku tak cakap pun nak couple. Just kenal-2 atas niat nak usha.

And sampai satu tahap ni. Si perempuan akan cakap begini. "Kite kawan je eh? Saya tak cukup sempurna untuk awak. Awak terlalu sempurna untuk saya" 

whatta FISH. HAHA. kan? Aku ni boleh dikatekan 45% bad. Tak percaya? Tanya mama aku. Tanye ex-2 aku. And yet. Aku direject sebab aku terlalu sempurna atau kata lain NICE.

Okay. Fine. Love is blind. Kalau lelaki macam gitu yang korang nak bersama. Aku tak kisah pun. Malah kami lelaki yang kalian anggap NICE tak kisah.

Sebab we are true to ourself. Our love is pure. Tak de kejahatan dan nafsu dalam cinta kami. Dan in the end. Cinta kami yang suci dan dapat dikekalkan. SO, BAD guys menang sekarang dalam jangka masa yang pendek. 

NICE guys menang akan datang dalam jangka masa yang panjang. It's more beneficial that way. SO, overall. NICE guys WIN !

"Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik"
(ayat yang biase Mister Stinson cakap kat aku)
BY; Midnight Dweller

8/17/11

For The Girls Out There :)


Lagu ni sememangnya untuk perempuan. Aku tengok sebilangan perempuan remaja melayu sekarang dah senang sangat nak cair dengan ayat jejaka-jejaka lelaki. Baru kenal kat FB, Myspace, terjumpa kat mall or di recommend oleh kawan/family members dah boleh nak bagi nombor phone korang. Ok tu boleh diterima lagi, tapi kalau baru kenal 2-3 hari da nk ber-couple, WTFISH? Korang sure ke jejaka itu cintakan korang sepenuh hati diorang? Love is not made of speed. Cinta kalau memang nak cinta tang sebenar kena lah take things slow. No need to rush. Ni tak, kenal kejap, ayat sikit dah couple. Ok, mungkin korang da lama crush dgn mamat ni but please be rational la. Kenapalah korang ni b*d*h sangat ? Kot ye pun korang da lama crush takkan senang sangat nak cair ? Lagi b*d*h kalau korang dah pernah kena sekali lepas tu kena lagi berkali-kali selepas itu. HAHAHAHA. Kalau dia setakat mainkan perasaan korang takpelah, tapi kalau sampai dia main benda lain macam mana? Astaghfirullah. Jangan mudah jual cinta korang wahai kaum hawa. Korang suci, jangan cemarkan diri sendiri.

Macam lagu ni cakap: You gotta stand for something or you'll fall for anything. Wahai perempuan sekalian tolonglah ada pendirian yang tetap, kalau korang takde pendirian senang lah korang dipermainkan dek lelaki yang tiada perasaan di luar sana. Jangan lah berikan kekasih anda segalanya sebelum kahwin. Sebab selagi kita belum kahiwn tak confirm pun kita akan bersama kekasih kita selamanya. Kita bukan milik orang itu dan orang itu bukan milik kita selagi kita belum kahwin (aku rembat idea Midnight Dweller sikit)

Sorry kalau terkasar bahasa. Aku tak berapa nak suka perempuan yang murah sangat ni. Korang jangan jadi begini. Kalau pernah jadi begini berubah, lepas ni lebih berwaspada terhadap godaan lelaki. And please do enjoy the song :)

THE ONE AND ONLY
MISTER STINSON.

PEREMPUAN in action

HAHA. Topic macam ape kan? Okay. Firstly aku nak mintak maaf sangat-2. Mane lah ade di antara kaum hawa yang terguris perasaan bila bace post aku kali ni.

Well. Aku tak cakap yang semua perempuan macam dalam post ni. SEBILANGAN je. So, jangan lah korang salah faham dengan post aku ni. Aku berniat untuk menegur mane yang salah. Aku ingin perbetulkan silap kalian wahai kaum hawa. 

Korang ade maruah. Aku ade maruah. Dan niat teguran aku ni supaya maruah korang tak tercalar. Aku simpati lah kat korang. Makin hari perangai makin menjadi-2.

Okay. First, the situation is like this. Ade salah faham antara 2 orang perempuan. And the problem get worst. Aku ni bukan orang tengah and bukan nak menyibuk. Tapi aku kenal 2 orang perempuan ni. So, aku dengar lah cerita 2 belah pihak.

Memang sah lah. MISUNDERSTANDING. salah faham. faham? Haha.
SO, aku cube lah bagi nasihat kat kedua-2 pihak.
But, there is a HUGE problem.

Nak tahu ape?
Dua-dua pihak keras kepale. 
Ini kah wanita melayu zaman sekarang.

Nak attack-2 orang? Nak gadoh sesame sendiri? What is the point of having such a fuss or fight? Rebutkan jantan korang gadoh. Salah faham korang gadoh. Ape ni? Ape kepuasan yang korang dapat? Cube cerita sikit kat aku. Aku pun nak rase ape kau rase.

Kaum hawa. Jaga lah nama kamu. Aku risaukan korang tahu tak. Tanpe korang sedari. Mase korang gadoh. Mase korang attack-2. Name dan maruah korang tercemar. Dimata lelaki korang ni dah macam tak de maruah.

Korang nak ke kaum adam pandang korang macam tu? anggap korang macam tu? Tak nak kan? SO, aku tak cakap semua perempuan macam tu. Sebilangan je. Siape yang terase tu.

Aku harap korang buka pintu hati and cube lah berubah. Jangan lah cemarkan reputasi anda. Dan bila ade orang bagi nasihat. Dengar lah. Elakkan bergadoh. Itu kerje lelaki macam kami. HAHA.

Women are like sweets in our daily life. Be that candy. Don't rotten yourself. Don't scar your dignity. Please
BY; Midnight Dweller


*akan datang. pergadohan aku dengan sorang perempuan yang aku dah langsung tak respect lagi.

8/14/11

Kepelikkan perempuan di mata lelaki 1.

Hahaha. Stinson di sini.
Okay macam tajuk yang straightforward aku ni nyatakan perempuan sememangnya pelik di mata lelaki. Well, sekurang-kurangnya di mata sebilangan lelaki lah kan.
Kadang-kadang perempuan ni bila mula-mula berputik cinta dia lah yang hebat, dia lah yang call tiap-tiap malam, dia lah yang nak texting 24 jam dan dia lah yang suka berdating-dating. TETAPI, bila dah lama sikit mula lah kurang kehebatan nya. ni lah yang buat ramai lelaki rasa pelik.
ni lah yang buat ramai orang lelaki berfikir ' dia cinta aku lagi ke?'. Hahaha. Kepada lelaki yang pernah dan sedang memikirkan ni, aku memahami perasaan korang. Aku pernah lalui dan aku pernah rasa. Untuk pengetahuan korang pertukaran layanan perempuan kepada lelaki juga merupakan antara sebab kenapa lelaki boleh bosan dengan perempuan tu. Kalau mula-mula layan tak berapa baik kepada baik ok lah, tapi ni dari baik kepada tak baik. haish.

ok, sekarang ambik secawan kopi/teh tarik/apa-apa minuman dan duduk, baca apa aku nak sampaikan.
hmm, dah ada minuman masing-masing? haha, kalau takde telan air liur sudah. kepada para lelaki anda bertanggungjawab untuk teruskan mencari jalan untuk memastikan anda tak bosan. Perempuan pula, aku cuma nak ingatkan lah supaya jgn lah buat kekasih korang begitu, kasihan dia. Kau bayang kan dia dok cam ni
sebab memikirkan kau tau. Tak tido malam lepas tu kat kelas mengantuk, belajar pun tak masuk. haish. ada perempuan dulu tanya aku kenapa lelaki cepat bosan. ni lah jawapan dia. layanan korang kalau asyk berubah-ubah ingat lelaki suka? kalau berubah makin baik memanglah suka tapi ni, makin macam si** baik tak yah kan? haha.
buat orang pening je =='. sorry kalau perempuan di luar sana marah. memang tak semua perempuan macam ni. ada yang ok. Post ni bukan bertujuan kepada semua perempuan, tetapi sebahagian. Siapa yang makan cili banyak sangat, dia lah yang sakit perut kan? HAHAHAHA. and ni bukan post aku yang terakhir pasal kepelikkan wanita di mata lelaki. Berlambak lagi dher.
Sabar je lah.

Blogger yang tak tidur malam,
Mister Stinson.