8/10/12

Umur pasangan.

Hi and Assalamualaikum.


Today is Friday. Wiwiwiwiwiwiwiwi~ Semua students tunggu saat ni. Lol~ Ok. Oh, btw. Sekarang ni tengah musim trial PMR. So, good luck untuk siapa yang ambil exam tu!


Ok back to the topic. Kalau sebut pasal umur 'boyfriend' yang diidamkan oleh perempuan, of course la lebih tua dari dia kan? Tapi tak semua yang nak boyfriend yang lebih tua dari dia. Ada yang nak sebaya, ada yang nak lebih muda dari dia and etc. Tapi orang tua-tua kata, perempuan kalau nak cari pasangan hidup kena cari yang lebih tua, lelaki kalau nak cari pasangan hidup kena cari yang muda. Ok. Aku akan explain.




Pada pendapat aku, kebanyakannya perempuan lebih suka lelaki yang umur dia lebih tinggi dari dia.  Sebab, first. Perempuan ni sebenarnya tak matang sangat. Sorry to say eh. Jangan kecil hati pulak bila aku cakap macam tu. Lulzz~ Perempuan perlukan someone yang boleh matangkan diri dia. Hidup mestilah kena matang kan? Nak main-main sangat pun tak boleh. Kita hidup umur makin lama makin meningkat. Tak kan hidup nak kekal perangai macam budak kecil. Kena lah ubah sikap tu.


Seterusnya. Ada sesetengah yang anggap bila ada teman yang lebih tua dari dia ni, orang tu akan protect dia. Bagi aku, itu betul. Sebab kalau aku pun, aku mesti nak ada boyfriend yang boleh protect aku. Rasa macam... Omg... Sweetnya bila ada orang nak protect kita... Rasa macam diri ni dihargai. Lagi-lagi kalau yang badan dia muscular. Wuwuwuwu~ Tapi bukan ke memang dikatakan bahawa lelaki diciptakan untuk melindungi wanita. So lelaki kenlah protect perempuan walawpun perempuan tu ganas mana pun ke ape benda yang terjadi! PErempuan yang ganas ni comel tau. Dalam hati, ada taman. Katanya. Eh?


Tapi zaman sekarang kan kalu korang perasan, lelaki lebih suka perempuan yang lebih berusia. Kenapakah? Persoalan mula timbul.


Ada lelaki cakap sebab perempuan yang lebih tua ni matang. Eh? Actually kematangan seseorang bukan berdasarkan umur dia. Macam aku cakap tadi, perempuan ni tak matang sangat sebenarnya. Kalau ikut sains la kan. Kematangan perempuan berdasarkan hormon dia. Kalau hormon dia cepat matang, cepat matang la dia. Kalau hormon dia lambat matang, lambat matang la dia.


Ada jugak yang cakap perempuan yang lebih tua ni lebih berpengalaman. Aku bukan nak cakap benda kotor k. Tolong jangan fikir bukan-bukan. Kononnya. Perempuan lebih tua dia berpengalaman dalam hidup dia. Dia tau macam mana nak selesaikan sesuatu masalah. Eh? Yeke? Kalau yang jenis yang lambat fikir tu boleh cepat selesaikan masalah ke? Sorry kalau apa yang aku cakap tadi agak sensitif. Dan ada lelaki beranggapan bahawa perempuan muda ni cerewet, tak pandai nak selesaikan masalah, hanya menambahkan masalah je ade la. Betul ke?


Secara konklusinya, umur pasangan kita tak penting pun dalam sesuatu perhubungan. Umur ni hanya perkara tambahan. Yang penting hati dan perasaan. Kalau seseorang tu perangai matang, romantik, badan muscular, pandai tapi dalam hati perasaan cinta tu tak pernah pun wujud... tak guna apa pun.



No comments:

Post a Comment