8/29/11

Muzik dan Kehidupan.

OHOHOHoi. Lama benar cek tak habak kat blog ni. Rindu pula rasanya.

Haha. Post kali ini adalah assignment dari MD. Haish, mcm skola dok kena buat assignment. Nasib baik assignment ni memang senang dan enjoy untuk aku buat kalau tak, hampeh tak siap lah assignment yang diberi.

Ok kembali ke tajuk asal, muzik dan kehidupan. Sebenarnya, aku memang penggemar muzik. Tak kira lah apa genre sekalipun, aku layan. Haha. Tapi aku paling minat lagu yang ada meaning. Maksudnya lagu yang cuba sampaikan sesuatu.

Korang sekalian mesti pernah dengar lagu yang buat korang terfikir 'Eh, ni macam ap yang aku rasa sekarang' kan? Lagi-lagi kalau lagu cinta, mesti berlambak yang terkena kan?

Hahaha. Sebenarnya bagi aku muzik sangat-sangat membantu semua sebab bila kita baru usha seseorang mesti kita ada petik sikit lirik lagu untuk buat si Dia cair atau kita dedicate kan lagu tu untuk dia kan? Haha. Very helpful kan?

Tapi bukan setakat tu je. Bila kita break mesti kita dengar lagu kan? Untuk memujuk hati sendiri kita bukak lah lagu sedih-sedih untuk layan feeling. Haha. Aku pun banyak mendengar lagu masa clash dulu. Memang sedikit-sebanyak membantu.

Bila kita lepak hangout pun ada lagu yang mengiringi. Bila workout atau jogging pun ada lagu yang dimainkan untuk membakar semangat. Haha.

Sebenarnya, sedar atau tak sedar muzik banyak juga pengaruh hidup kita. Oleh itu, kita kena pandai pilih lagu yang sesuai dengan keadaan kita masa tu. Contoh: Kita tengah dok cuba nak kurangkan perasaan marah yang tengah memuncak tapi kita dok dengar lagu Metal/MCR/Rock rasanya makin tambah marah adalah kan? Haha.

Another thing: Jangan paksa diri sukakan lagu yang kita tak suka. Mentang-mentang lah semua orang suka kan artis seorang tu kau pun paksa diri kau untuk suka artis tu padahal kau tak suka pun lagu dia. Contoh: Kawan kau semua suka Justin Bibir so kau pun paksa diri kau untuk suka si Bibir tu padahal si Bibir tu suara macam katak.

Dalam muzik tiada halangan. Muzik memberi cetusan yang hebat kepada imaginasi kita dan seringkali memberi kita inspirasi. Dan muzik sesuai sebagai outlet melayan perasaan yang bermain di pemikiran.

Sampai sini sahaja kot. Kalau ada tambahan nanti, ada lah post baru yang akan di buat. Penat benar cek menaip.

Pesanan: Maaf jika ada peminat mana-mana artis marah dengan contoh yang diberi. Aku hanya berikan contoh sahaja, takde niat nak mengutuk atau mencaci.

Stinson: Haha. alhamdulillah syawal telah menjelma kembali. Stinson nak mohon maaf kalau ada post-post sebelum ni yang menyinggung para pembaca, sumpah cek tak sengaja.~
Oh, kepada MD yang tak habis-habis bagi cek assignment: Duit raya cek kena lebih!
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

BLOGGER YANG SIBUK KUMPUL DUIT RAYA,
MISTER STINSON.

No comments:

Post a Comment