8/25/11

Kesepian

Seoarang diri lagi,
tiada yang sanggup menemani.
Tiada yang sanggup menanti.
Dan kau sudah malas mencari.
Kau sudah biasa menyendiri.
Sudah biasa menyepi.
Tidak mahu percaya lagi.

Kau kata cukuplah sekali.
Kepercayaan dikhianati.
Diragui.
Dicemburui.
Disakiti.
Kau rela menyendiri.

Namun tanpa sedar kau sakiti diri sendiri.
Kerana manusia semua tidak layak menyendiri.
Semuanya layak mempunyai seseorang di sisi.
Namun kau rela menyepi.

Adakah kau suka?
Suka melihat orang lain bahagia?
Namun hati sendiri terluka.
Cukuplah berduka.
Cukuplah sengsara.

Kalau kau belum bersedia untuk bercinta,
Carilah sahabat sejati.
Yang sanggup berkongsi saat suka dan duka.
Dan sentiasa berada di sisi.

Kita semua layak untuk mencapai kebahagiaan.
Kita semua layak mendapat rakan.
Kita semua layak terlibat dalam percintaan.
Jangan lah kau duduk seorang diri dalam kegelapan

-------------------------------------------------------------------------------------------------

pesanan: manusia yang menyendiri tidak sihat untuk mentaliti. jangan lah dok pikir yang kita seorang sahaja yang boleh dipercayai dalam dunia ini.

Stinson: Kau sepi? Raya kan dah dekat. Nanti balik kampung riuhkanlah kampung tu. Kesepian itu pasti akan hilang.

BLOGGER YANG ASYIK BERPUITIS,
MISTER STINSON.

No comments:

Post a Comment