Itu sahaja yang pernah kau pinta.
kau berikan dia cinta
dan segala yang dia pinta,
kerana kau tak sangka
yang dia akan berikan kau derita.
Kau tetap mahu berkawan
walaupun dia buat kau rasa seperti lawan.
tidak sedar akan kebodohan,
membuta-tuli menempuhi cabaran.
Dia sudah bahagia.
Tanpa kau di sisi.
Namun kau kata kau sanggup berduka.
Sebenarnya di mata dia kau sudah basi.
Cinta sudah ditolak.
Namun kau enggan berganjak.
Walau orang lain cuba menolak.
Sudah tiba masa kau bergerak.
Walau kau sudah nangis sehingga suara serak.
Dia mungkin takkan kembali kelak.
Tidak salah kau menunggu.
yang sakit kau bukan aku.
bukankah kau begitu gembira dahulu?
mengapa sekarang tak seperti dahulu?
Cari orang lain kau mampu.
Tapi hati enggan.
Masih cinta adalah alasan mu.
Sudah lah, pergilah mencari kebahagiaan.
Tunjukkan dia kau mampu berjaya.
Tunjukkan kau mampu bahagia.
Tunjukkan kau mampu hidup dengan kisah lama.
Kerana hati kau kuat dan gagah perkasa.
Aku hanya mampu hadir memberi nasihat.
Kerana kau bahagia aku mahu lihat.
Tak mahu lihat diri mu sakit.
Mahu lihat dirimu yang dahulunya sihat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
pesanan: hati yang patah hanya mampu di pulihkan dengan melupakan dia dan mencari kebahagiaan yang baharu.
Stinson: Sakiti diri sendiri sangatlah kejam. Berhenti lah dan kembali girang.
BLOGGER PUITIS,
MISTER STINSON
No comments:
Post a Comment