8/23/11

Trust In Love.

Ok. Da lama juga Stinson tidak berceloteh di blog ni. Maklumlah, Stinson sudah agak leka dengan duniawi yang serba melekakan ini. Today, I want to talk about TRUST. Trust a.k.a kepercayaan. Tahukah anda bahawa dalam percintaan yang bahagia dan harmoni perlu ada 3 perkara. Cinta, sayang dan KEPERCAYAAN.

Kepercayaan amat penting. Memang lah jealousy is a sign of love tapi kalau dah dok cemburu 24jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun nnti pasangan kita mesti rimas kan? Ya, allah. Perlu ke kita meragui orang yang kita CINTA, orang yang kita SAYANG? Ok, mungkin kekasih kita tu 'friendly' orang nya, semua jantan dan betina di luar sana dia nak layan tapi percaya lah bahawa dia setia. kalau korang tak percaya, senang citer tanya je si dia, tapi bila bertanya janganlah memaksa-maksa nanti korang kena maki, padan muka hang.

Ok. Aku bukan nak suruh korang percaya membuta tuli cam tu je. Of course la kena siasat BUT, kena ingat seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, so jangan nak dok marah si dia sedapsedap mulut makbapak hang je walaupun hang sebenarnya tak tahu citer sebenarnya. Nanti kalau info sebenar tu lain dari info yang kita dapat tau macam mana? Malu tak? HAHAHAHA.

Dan one more thing. Korang pun mestilah jaga KEPERCAYAAN pasangan korang. Kalau korang sudah berpunya janganlah dok layan semua perempuan/lelaki yang ada macam kau tu single lagi. Lepas tu bila si dia marah kau pula yang melenting cakap dia tak percaya kau la, suka kongkong la dan macam macam lagi. Bila kau da berkomitmen dengan seseorang kau kena ingat bahawa dia memang patut nak kongkong kau, habis tu takkan nak biar kau lari dengan lelaki/perempuan lain? HAHAHAHA.

Pesanan: Kepercayaan adalah sesuatu yang sukar untuk didapatkan dan hampir tidak mungkin dapat kembali jika kepercayaan itu hilang sekali.

Kata-kata Stinson: Pastikan orang yang kamu setia itu layak menerima kesetiaan kamu, kalau tidak sudah pasti kepercayaan kamu akan di khianati.

BLOGGER YANG SETIA,
MISTER STINSON

No comments:

Post a Comment