Showing posts with label ego. Show all posts
Showing posts with label ego. Show all posts

10/6/11

Kematian.

Ya Allah!

Sungguh leka dengan dunia sendiri, sehingga terlupa akan kawan sendiri.

Baru-baru ini aku dapat tahu kawan baik aku dah meninggal. Inalillah.

Dia kawan baik aku masa aku stay kat Melaka dulu, first time jumpa masa darjah dua. Dialah kawan baik aku yang pertama. Tapi sayang masa aku darjah empat aku terpaksa pindah JB. Masa itu kesedihan meninggalkan kawan sangatlah terasa. Aku ingatkan lepas pindah dah tak contact lagi tapi alhamdulillah dia selalu juga call aku.

Bermula alam sekolah menengah, aku da mula jarang contact dia. Bila ada berita baru call. Setiap kali dia couple dia akan call aku dan setiap kali aku couple aku akan call dia. Begitu juga bila break. Dia sentiasa ada sewaktu aku perlukan nasihat dan aku ingin berfikiran yang aku sentiasa ada ketika dia perlukan aku. Aku masih ingat kali terakhir aku call dia pada 18 Mei 2011. Masa tu aku baru couple. Tak silap aku masa tu dah pukul 3-4 pagi.

Aku: Hoi, kau tengah buat apa?

Dia: Aku tengah tidur la gila.

Aku: Awalnye? Malam masih muda la!

Dia: Hotak kau la! Sekarang dah pagi, bukan malam! Yang kau call aku kenapa?

Aku: Teka.

Dia: Mesti kau dah couple kan? Happy semacam je.

*30 minit di habiskan bercerita tentang awek aku masa itu*

Dia: Baguslah kau bahagia. Jangan sakit hati nanti sudahlah.

Aku: Takkanlah. Kali ni aku serious, aku dah fikir sampai ke kahwin tau!

Dia: Confirm ke kahwin?

Aku: Mestilah! Nanti kalau aku kahwin kau jadi pengapit tau.

Dia: Aku tak boleh nak janjilah, takut tak sempat. Dah lah, aku nak tidur, bye.

Aku: Bye.

Takut tak sempat. Huh, sekarang aku faham maksud dia. Tak sangka ni cara perpisahan kita. Selama lapan tahun kita berkawan dia tak pernah buat aku muak dengan dia. Menyesal sebab tak angkat call dia dulu, aku terlalu khayal bercinta masa tu sehingga terlupa kawan yang sudah lama di sisi. Aku dapat tahu pasal kematian kau pun sebab nak beritahu kau yang aku dah clash. Terkejut bila phone kau off maka aku call la rumah kau. Mak kau yang angkat masa tu. Bila aku tanya kau ada tak, mak kau beritahu aku kau dah tiada. Kau dah pergi selamanya.

Tergamam.

Aku tanya bila dia meninggal, mak dia beritahu aku 3.8.2011. Kejutan lagi. Rupanya dah sebulan dia meninggal.

Aku tanya meninggal sebab apa, mak dia beritahu aku dia accident.

Tangisan. Panggilan diletakkan dan henfon dibaling.

How can God take him away when he was so damn close to me?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pesanan: Hargai kawan anda. Jangan menyesal kelak. Kita tak tahu bila ajal akan datang.

Stinson: Kesedihan ini lebih teruk dari kehilangan kekasih.

8/30/11

Ego Lelaki

Selamat hari raya (: Hari raya pun still ada assignment. Haha tape kerja tetap kerja. Back to topic. Ego lelaki - ape pendapat korang ? Haha bagi perempuan mungkin mereka akan suka menumpukan pada subjek ni tapi pada lelaki ? Mereka tentu ada yg tidak menyokong.

Selalu didengar lelaki ego terlalu tinggi , tak nak kalah. Itu lah lumrah kehidupn, perempuan pun ada ego tapi yg menjadikan beza apabila ego sang lelaki ni lebih tinggi dari diri dia sendiri. Haha tipu kan ?

Lelaki sememangnye ada ego. Mereka tak nak nampak lemah dan kalah depan wanita jadi mereka selalu menegakkan benang yg terang-terang da basah. Lelaki kan , tak gentle lah katanya kalau nampak bodoh depan perempuan.

Kalau bertengkar pula lagi lah confirm lelaki tak mahu kalah walau dia sendiri sedar itu salah dia. Bila wanita merajuk, lelaki jarang pujuk. Itu dinamakn ego jugak . Kesian pada si wanita kerana banyak makan hati. Mengalah adalah perkara yg sinonim dengan wanita apabila berdepan dengan lelaki ego.

Lelaki juga berEGO tinggi kerana ta dapat na terima pandangan orang lain. Ada juga lelaki jenis mcm ni. Dorang na kita ikut cakap dorang, apa dia cakap semua kena ikut. Dia lah pembuat keputusan, dia lah petindak dan dia juga lah kepala. Serba serbi dia betul. Pandangan orang lain tak selayak dengan pendapat dia. Ciss menyakitkn hati.

Akhir sekali pada pendapat blogger, ego ini mungkin sebab sifat kelakian mereka. Mungkin sebagai lelaki mereka rasa bertanggungjawab untuk menegur dan membimbing perempuan tetapi yang menjadi masalah apabila mereka menggunakan pendekatan yang salah untuk menasihati mereka.

Hee setakat ni jelaa yang terlintas dalam benak fikiran saya. Bukan na mengutuk atau kondem sifat mereka. Saya sendiri sedar kita perlukan lelaki dalam hidup kita tapi inilah pendapat saya tentang ego lelaki. Okayy thats enough. Terima kasih sudi membaca pendapat tentang assignment saya..