8/30/11

Ego Lelaki

Selamat hari raya (: Hari raya pun still ada assignment. Haha tape kerja tetap kerja. Back to topic. Ego lelaki - ape pendapat korang ? Haha bagi perempuan mungkin mereka akan suka menumpukan pada subjek ni tapi pada lelaki ? Mereka tentu ada yg tidak menyokong.

Selalu didengar lelaki ego terlalu tinggi , tak nak kalah. Itu lah lumrah kehidupn, perempuan pun ada ego tapi yg menjadikan beza apabila ego sang lelaki ni lebih tinggi dari diri dia sendiri. Haha tipu kan ?

Lelaki sememangnye ada ego. Mereka tak nak nampak lemah dan kalah depan wanita jadi mereka selalu menegakkan benang yg terang-terang da basah. Lelaki kan , tak gentle lah katanya kalau nampak bodoh depan perempuan.

Kalau bertengkar pula lagi lah confirm lelaki tak mahu kalah walau dia sendiri sedar itu salah dia. Bila wanita merajuk, lelaki jarang pujuk. Itu dinamakn ego jugak . Kesian pada si wanita kerana banyak makan hati. Mengalah adalah perkara yg sinonim dengan wanita apabila berdepan dengan lelaki ego.

Lelaki juga berEGO tinggi kerana ta dapat na terima pandangan orang lain. Ada juga lelaki jenis mcm ni. Dorang na kita ikut cakap dorang, apa dia cakap semua kena ikut. Dia lah pembuat keputusan, dia lah petindak dan dia juga lah kepala. Serba serbi dia betul. Pandangan orang lain tak selayak dengan pendapat dia. Ciss menyakitkn hati.

Akhir sekali pada pendapat blogger, ego ini mungkin sebab sifat kelakian mereka. Mungkin sebagai lelaki mereka rasa bertanggungjawab untuk menegur dan membimbing perempuan tetapi yang menjadi masalah apabila mereka menggunakan pendekatan yang salah untuk menasihati mereka.

Hee setakat ni jelaa yang terlintas dalam benak fikiran saya. Bukan na mengutuk atau kondem sifat mereka. Saya sendiri sedar kita perlukan lelaki dalam hidup kita tapi inilah pendapat saya tentang ego lelaki. Okayy thats enough. Terima kasih sudi membaca pendapat tentang assignment saya..

No comments:

Post a Comment