8/24/12

PROJECT mythDWELLER

Assalammualaikum wbkt .

Midnight Dweller di sini. So macam mana raya dan cuti korang semua? AWESOME? Duit raya banyak di kumpul bagi yang muda-mudi? Akak-akak dan abang-abang kat luar sana jangan lah jeles ye tak dapat kumpul duit raya bersama. Bagi golongan belia yang sudah bekerja dan mengeluarkan duit raya. ALHAMDULILLAH

Ketahuilah dan ingat lah bahawa "GOLONGAN yang memberi adalah lebih MULIA dari GOLONGAN yang menerima." Tanpa abang-abang dan kakak-kakak yang murah hati kasi duit raya dekat golongan muda-mudi. Tak akan terukir sebuah senyuman kesyukuran di potrait wajah mereka. So anda patut berasa gembira dan bangga.

Baiklah. Back to the title. MD ada project personal baru. Project mythDWELLER yang akan di postkan dan korang baca di blog ini. Sounds boring? Don't judge a book by it's cover and NEVER judge my project without reading the progress. 

Apa yang menarik dalam project ni?

Myth2 atau 'kata orang tua-tua' melayu akan MD rungkaikan dan jelaskan dengan lebih mendalam bagi menjawab kenapa dan mengapa. Selalu bila mak ayah cakap "jangan buat tu.... orang tua-tua kata tak elok." Dan kita soalkan mengapa? Pastu mereka tidak dapat berikan penjelasan.

Tapi itu mereka. Nasib pembaca Lazer User sangat baik kerana MD akan mencuba myth2 melayu yang MD rasa nak buat. Dan MD akan rungkaikan myth2 remeh temeh yang sebagai contoh makan kicap(soya sos) banyak-banyak nanti jadi hitam. Pernah dengar tak?

Menarik? Kalau menarik. Teruskan membaca perjalanan project ini di blog yang MD cintai ini. Blog yang mencipta Midnight Dweller dan mengembangkan potensi MD sebagai seorang penulis.

Dan bagi anda yang tertanya-tanya dengan myth2 atau kata orang tua-tua melayu ni. Boleh lah kemukan kepada kami melalui blog ini dengan meninggalkan komen atau melalui FB page / account kami. Tak pun melalui twitter MD iaitu @MDwellerJournal.


Akan ku rungkai misteri dunia dan akan tersuluh kebenaran bersama logik-logik dan hujah yang mendalam. Aku bukan lah pahlawan perang. Namun aku adalah penghujah kebenaran. Akulah Midnight Dweller.

-Midnight Dweller-

No comments:

Post a Comment