8/15/11

Berpuitis Malam-Malam

Semenjak kau hadir dalam kidup ku,
Hatiku mula terganggu.
Mengenangkanmu selalu.
Kau membuat hatiku berlagu.
Cuba dicari jalan merapatkan diri dengan mu.

Setelah berkenalan, cinta hadir tanpa diduga.
tapi kasih mu tetap ku sambut juga.
Aku nikmati masa kita suka.
dan ku tempuhi masa kita duka.
susah senang kita bersama.
Kerana bersamamu ku rasa indah.

Maaf kerana ku sememangnya tak sempurna.
terutama sekali bila datangnya bahagia.
mungkin ku senang leka.
tapi kau lah segalanya.

kau hilangkan segala resah.
kau hilangkan segala masalah.
bersama selamanya ku berani bersumpah.

Tapi sumpahku hanyalah sumpahku.
'Cinta kita dah tak sama' kata mu.
Hancur hatiku.
Disaat ku rela berikan segalanya pada mu,
kau berikan ayat yang buat ku luluh.
tidakkah kau ingat apa yang kita lalui dahulu?
ku merayu dan merayu.
namun kau takkan kembali pada ku.

Kesakitan ini sememangnya pedih.
Tiada lagi perasaan dalam ragaku kecuali sedih.
Rasa seperti aku sudah letih.
Letih untuk menghadapi realiti.
Kau sudah bahagia kini.
Dan kau tinggalkan aku begini.

Beberapa bulan berlalu.
Hati sudah tak berlagu.
Namun ku sudah mampu.
Mampu tersenyum melihatmu.
Kau bersama lelaki yang bukan aku.
tapi ku gembira melihat kebahagiaan mu.
kau sudah bahagia dan tak perlukan ku.
maka aku akan cuba melupakan mu.
tapi sumpah, aku cintakan mu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

harap tak marah sebab post benda ni.
ni kisah ex kedua aku.
siapa yang clash macam aku pasti faham.
sakitkan? tapi jangan lah dok kenang je.
jom lupakan kisah lama dan move on :')

MAMAT YANG JIWANG,
Mister Stinson.

1 comment: