11/22/12

Pergi. Pasti. Hati. Mati.

Aku buat keputusan untuk pergi. Sebab aku tak pasti, apa yang ada dalam hati. Yang aku tahu, aku tidak mahu kau lagi. Sebelum apa-apa terjadi, ingin sekali aku bertanya, apa makna segalanya? Segala rasa cinta yg kau pernah beri..?

Dari cemburu melihat aku dgn yg lain. Dari menyanyi berdua dalam kereta. Dari ucapan I Love You pertama. Dari beli baju sama-sama. Dari bertukar hadiah. Dari keluar berdua. Dari photoshoot sama-sama. Dari makan bersuap. Dari bertukar jam tangan. Dari berpelukan. Sampaikan ke kucupan pertama di pipi, di dahi.. Apa semua tu bukan bermakna cinta bagi kau? Hendak ku cerita semua kenangan kita, mahu keramat hati aku ni..

Tak wujud sikit pun? Akhirnya, kau cuma menganggap aku tidak lebih dari kawan. Kau bijak. Kau jerat aku. Benar, cinta memg buta. Kau tiada segalanya. Kau bukan orang kaya. Malah jauh dari segi rupa. Tapi kenapa, dalam mata, kau yg nampak sempurna?

Aku cuba bergerak. Cuba berganjak. Letak 1001 cara untuk lupakan kau walaupun aku tahu kau sentiasa berada di setiap nafasku.. Hingga akhir waktu. Pergilah. Aku tahu bukan kau yg akan meneman aku di syurga nanti.. Cuma secebis kenangan yg masih bernyawa di dalam hati.. Akan ku genggam hingga mati..





1 comment:

  1. Life must go on....walau kau setiap hari hampir dgn aku tp aku akn buang kau jauh jauh agar aku mampu teruskan langkah menuju impian ...mmg aku selalu kongkong kau tp aku buat semua tu sbb aku syng kau...aku tk nk kau pergi kat orrg lain....tp kenape kau ttp pergi???, aku tk bermakna ke untk kau???? ....biarlah aku teruskn hidup tanpa kau....

    ReplyDelete