12/13/12

Selamat Tinggal

Pejam celik pejam celik. Kini. Aku dan engkau bukan lagi banduan di penjara persekolahan. Tiada lagi uniform putih bertie dan seluar hijau lumut mahupun baju kurung berkain biru cair.

Semuanya telah berakhir. Ya. Episode cerita aku di bangku persekolah telah sampai di satu noktah. Dan mungkin kau jua senasib dengan ku.

Namun aku kini hilang arah tuju.

Emosiku beku.

Dahulu aku yang tidak sabar menanti kebebasan ini. Namun kini aku yang pilu bila bertemu realiti. Tidak mungkin aku mampu kembali mengulangi zaman hingusanku.

Zaman persekolahan telah pun tamat buatku. Dan segala kenangan yang tersemat diminda hanya lah dan akan kekal sebagai kenangan yang menghiasi hidup muda mudi ku.

Selamat Tinggal zaman persekolahan.

Dan barangkali.
Selamat tinggal para sahabat.
Mungkin kita tidak akan berjumpa lagi.

Selamat tinggal semuanya....

1 comment:

  1. selamat menempuh dunia baru, alam baru.. di universiti, kolej atau kerja mungkin?

    ReplyDelete