1/30/12

Ya aku Penakut.

Mat seorang lelaki bersaiz agak kecil dan dia seorang yang sangat pendiam. Mat berumur 17 tahun dan di sekolah dia bukannya seorang yang pintar dan dia juga bukan atlet. Dia juga bukan seorang budak yang bermasalah. Senang cerita Mat ni seorang budak yang terlampau normal. Dia tidak mempunyai sebarang cita-cita dan tiada arah tujuan dalam hidupnya. Mat juga hanya mempunyai beberapa orang kawan sahaja.

Kawan baik Mat, yang juga merupakan jiran dan rakan sekelasnya, Lisa, sentiasa bersamanya. Lisa mengenali Mat sejak kecil lagi dan sudah lama mereka berkawan. Hampir segalanya dikongsi bersama. Tiada rahsia di antara mereka kecuali satu yang Mat tak berani kongsi. Sebenarnya dalam diam Mat sudah jatuh cinta dengan Lisa. Namun, Mat takut kalau Lisa menolak cintanya. Di mata Mat, Lisa ni terlalu baik untuknya. Lisa seorang yang pintar, cantik dan boleh dikatakan wanita idaman setiap lelaki di sekolah mereka. Oleh itu, Mat memendam perasaannya itu. Dia rasa sudah cukup dia hadir dalam hidup Lisa sebagai kawan sahaja.

Setiap hari mereka berborak dan meluangkan masa bersama. Setiap kali dalam perbualan mereka Mat cuba memberanikan dirinya untuk menyuarakan perasaannya kepada Lisa. Namun, ketakutan sentiasa mengalahkannya. Lidahnya kelu setiap kali ingin menyatakan isi hatinya. Betapa dia benci dirinya sendiri kerana tidak mampu membuat pengakuan kepada orang yang dia cinta.

Tidak lama selepas bermulanya hari persekolahan, Lisa telah di usha oleh seorang budak lelaki. Dia tidak pasti sama ada hendak menerima lelaki itu atau tidak oleh itu dia meminta pendapat Mat. Lisa kata bahawa lelaki itu sudah menyukainya sejak tingkatan 1 lagi. "Aku suka kau lagi lama dari tu" bisik hati Mat. Tapi sekali lagi Mat tidak berani menyatakannya kepada Lisa. Sebaliknya dia mengalakkan Lisa untuk bersama dengan lelaki itu.

Selepas Lisa bersama dengan lelaki itu, Mat terus menjauhkan dirinya dari Lisa. Alasannya adalah dia tidak mahu ganggu mereka tapi kebenarannya adalah dia tidak mampu menanggung kesakitan di hatinya. Mat yang tak sanggup meneruskan hidupnya akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil pil tidur hinggalah dia overdose. Dia mati di atas katilnya, dengan tangannya menggenggam kertas yang menulis "Lisa, aku cintakan kau. Ya aku penakut, aku tak berani nak cuba benda baru, tak berani nak bersukan, tak berani nak buat jahat tapi yang aku paling menyesal adalah aku tak berani nak nyatakan betapa aku cintakan kau."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

stinson: Lazer sudah berhabuk. hahahaha.

Pesanan: Luahkan perasaanmu sebelum terlambat. Kelak kau akan menyesal.

No comments:

Post a Comment